Advertorial
Home » Tag Archives: jalan

Tag Archives: jalan

Rahim tidak kuat

  “Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.   Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.   Seorang wanita didiagnosakan sebagai ‘cervical incompetence’ apabila beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada trimester kedua atau kelahiran pramatang tanpa sebab yang diketahui.   Masalah ‘cervical incompetence’ selalunya berlaku pada trimester kedua atau ... Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”   Dr Zubaidi Hj Ahmad.   Wa alaikum mus salam. Semoga saudara diberikan ketabahan dan dipermudahkan untuk menghadapi ujian ALLAH Ini.   Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!