Advertorial
Home » Tag Archives: Jabatan Kecemasan

Tag Archives: Jabatan Kecemasan

Doktors di Brazil melakukan pembedahan Ceserean pada wanita yang tidak hamil

  Doktor di Brazil melakukan kecuaian? Ini suatu kecuaian yang besar dan luka akibat pembedahan bukanlah suatu yang kecil dan boleh diabaikan begitu saja.   Walaupun luka itu akan sembuh selepas beberapa minggu, tetapi jika wanita ini pesakit diabetes luka akibat pembedahan itu mungkin akan sembuh setelah beberapa bulan atau lebih.   Oleh itu doctor selalunya berhati-hati sebelum melakukan apa saja prosedur perubatan.   Wanita yang tiba-tiba muncul di Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit perut itu mengaku beliau sedang hamil 41 minggu.   Setelah didesak oleh wanita itu, akhirnya doctor di sana terpedaya dan mempercayai bahawa itu itu sedang hamil dan sedang dalam proses melahirkan anak.   Doktor di sana tidak dapat memikirkan dengan baik dan terpadaya dengan tanda-tanda kehamilan yang ditunjukkan oleh wanita itu, seperti perut yang besar dan ... Read More »

Bahayakah cucuk air tulang belakang?

    Saya pernah membawa anak saya yang berusia setahun, secara tiba-tiba pengsan di rumah ke Jabatan Kecemasan. Beliau terus dibantu dengan bantuan sistem pernafasan sehingga peratusan kandungan oksigen dalam darah memuaskan.   Akhirnya beliau ditahan diwad untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut punca sebenar beliau mengalami masalah itu.   Banyak ujian yang dibuat, tetapi semuanya negative. Masih tidak diketahui punca sebenar. Saya bimbang jika tidak dirawat punca sebenar, masalah yang sama (pengsan secara tiba-tiba) akan berulang.   Pakar pediatric akhirnya mencadangkan kepada saya untuk melakukan pemeriksaan air tulang belakang atau disebut sebagai ‘lumbar punture’.   Sebagai seorang doctor, saya faham prosedur itu. Saya juga faham faedah dan kemudaratan yang mungkin menimpa.   Saya berserah pada ALLAH dan memohon petunjuk. Saya menandatangani surat keizinan dengan berat, walaupun bapa saya bersungguh-sungguh melarang ... Read More »

Ketegangan Zakar Berterusan.

PRIAPISM : KETEGANGAN ZAKAR BERTERUSAN    Antara kes emergency yang paling saya ingati ialah kes semasa berada di tahun akhir ijazah kedoktoran ketika belajar di India.   Tiba-tiba saya diajak oleh seorang rakan ke Jabatan Kecemasan kerana ada cerita yang menarik. Kebetulan hospital tidak jauh dari perpustaan tempat kami mengulangkaji pelajaran.   “Kes apa ni Roslan, kes minum Paraquat lagi ke?”   Saya bersungguh bertanya kerana saya sudah agak bosan dengan kes minum racun rumput yang saban minggu pasti ada seorang dua yang dimasukkan ke hospital swasta tempat saya belajar ini.   Agaknya kalau di hospital kerajaan, sudah tentu lebih banyak kes-kes seperti ini.   “Roslan, kalau kes bunuh diri, malas lah aku pergi. Kau pergi sorang je lah”   “Ini kes bagus. Priapism. Kau tahu tak kes apa tu? ... Read More »

Hyponatraemia: Penyakit Misteri?

”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Seorang wanita dalam usia 30an mempunyai seorang anak dimasukkan ke hospital kerana lemah badan dan ketika itu dia tidak mampu berjalan, malah sukar berdiri. Saya mengingati kes ini kerana pada masa itu banyak kedengaran kata-kata yang menyindir wanita itu. ”Ala mengada-ngada pesakit ni. Harap je muka cantik, tapi lembik” Saya tidak pasti mana datangnya suara itu. Namun ianya tentulah tidak adil baginya kerana hanya orang yang sakit saja mengetahui keadaan dirinya. Dan apa yang lebih menjadikan saya geram apabila suaminya ... Read More »

Baby Walker: Adakah Selamat?

Baby Walker vs Kehidupan Bekerja Dalam kehidupan sekarang terutama bagi para ibu yang bekerja, mempunyai anak kecil adalah satu cabaran yang besar. Apa tidaknya di saat pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula meminta perhatian dan merengek minta didukung. Untuk seketika mendukung anak kecil memberikan keseronokan kepada ibu untuk melepaskan rindu. Akhirnya tangan yang letih akan menyebabkan ibu tadi meletakkan semula anaknya. Namun tangisan anak kebosanan bermain di lantai, membuat para ibu memikirkan bagaimana cara untuk mengalihkan perhatian anak dan dalam masa yang sama agar mereka dapat berehat. Baby Walker adalah peralatan untuk para ibubapa meletakkan anak mereka di dalamnya untuk tujuan ini. Untuk jangka masa yang pendek tidak mengapa, namun jika Baby Walker menjadi gantian untuk ibubapa memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar untuk kanak-kanak itu mula belajar ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!