Advertorial
Home » Tag Archives: ISMA

Tag Archives: ISMA

Bantu Palestin dengan jihad ekonomi

BANTU PALESTINE DENGAN JIHAD EKONOMI BANGI, 16 Julai 2014. Jihad terhadap Palestin yang terutama (awla) bagi waktu sekarang adalah dengan jihad ekonomi, kata Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Prof Madya Dr Aznan Hasan.   “Jihad itu luas dalam pelbagai bentuk dan suasana. Dalam konteks kita di Malaysia, kita boleh melaksanakan jihad ekonomi untuk mereka.   “Kita boleh menggerakkan segala usaha dan kerahan dalam kalangan kita untuk memberi sumbangan antaranya bantuan kewangan, makanan, perubatan serta kempen memboikot segala produk berkaitan Israel.   “Ini kerana jihad fizikal mungkin kurang bersesuaian untuk waktu ini,” ulas beliau berkenaan persoalan jihad yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.   Serangan zalim dan ganas tentera kerajaan Israel ke atas bumi Gaza ini masih lagi berterusan tanpa ada noktah penghujungnya sejak tahun 2006.   ... Read More »

Kenyataan Rasmi Majlis Ulama ISMA (MUIS) berkenaan insiden MH 17

KENYATAAN RASMI MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BERKENAAN INSIDEN  MH 17     “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.”   (Al-Baqarah: 155-157)   Majlis Ulama ISMA (MUIS) melahirkan rasa sedih dan dukacita atas insiden terhempasnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 17 pada 20 Ramadan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M.   Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga mengucapkan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!