Advertorial
Home » Tag Archives: immuniti

Tag Archives: immuniti

Rubella dan Kehamilan

  Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella.   Soalan beliau seperti berikut: ”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ”   Untuk menjawab soalan beliau elok kita berkenalan dengan virus dulu. Rubella adalah sejenis virus. Ianya juga dikenali sbg German measles. Kanak-kanak, remaja dan org dewasa boleh dijangkiti virus ini.   Ia merebak dari seorang ke pada seorang yang lain. Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah kulit yang tidak serius. Namun jika seorang wanita hamil dan dijangkiti Rubella, maka virus ini akan menyerang janin dalam kandungan.   Jika puan dijangkiti virus Rubella, ... Read More »

Bagaimana berlaku Alahan atau Allergy?

    Allergic Hypersensitivity secara mudah diterangkan sebagai ‘tindakbalas daya tahan(immune reaction) yang memudaratkan terhadap protein pada allergen (penyebab alahan) dalam persekitaran kita, yang biasanya tidak memberikan mudaratan kepada orang biasa yang tidak mempunyai alahan.   “Maknanya orang yang alergik ini mempunyai daya tahan atau antibody yang lemah kah?”   Sebenarnya orang yang alergik akan mempunyai daya tahan yang sensitif. Maknanya jika pada orang biasa, ‘sepuluh kekuatan’ allergen akan menyebabkan tindakbalas alahan(alergik), tetapi bagi orang yang alergik, hanya ‘satu kekuatan alergen’ boleh menyebabkan tindak balas alahan ini.   Sebab itu bagi orang biasa, keadaan berhabuk dan makan makanan laut tidak memudaratkan mereka, tetapi bagi orang yang mengalami alergik, habuk dan makanan laut boleh menyebabkan mereka mengalami alahan.   Tindakbalas alahan ini yang biasanya dialami ialah bersin yang melampau, rasa gatal ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!