Advertorial
Home » Tag Archives: Imam Nawawi

Tag Archives: Imam Nawawi

Hukum membuang jari lebih

Soalan: Assalammualikum…Anak lelaki saya dilahirkan dengan mempunyai jari lebih di setiap tangan dan kaki. Sekarang dia berumur 14bulan. Doktor menyarankan semua jari lebih itu dibuang, supaya besar nanti dia tak merasa rendah diri atau malu di ejek kawan-kawan. Apa pendapat ustaz tentang masalah saya ini. Jawapan: Melakukan pembedahan untuk memperelokkan tubuh ada dua jenis; 1. Pembedahan yang dilakukan untuk tujuan membaiki kecacatan di badan sama ada kecacatan itu timbul kerana kekurangan suatu anggota atau kerana ada lebihan pada anggota di luar dari kebiasaan. Pembedahan sebegini diharuskan kerana ia bukan bertujuan mengubah ciptaan Allah, akan tetapi mengembalikan ciptaan Allah kepada keadaan normalnya. Namun hendaklah dipastikan pembedahan itu tidak menimbulkan mudarat lebih besar (perlu nasihat doktor). Bagi anggota lebih, jika tidak menimbulkan mudarat atau kesulitan pada diri, eloklah dibiarkan sahaja. Namun jika boleh ... Read More »

Punca Rambut Beruban pada kanak-kanak

    “Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr.Terima kasih”   Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban.   Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn Shu’ayb dari bapanya, dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mencabut uban, kerana ia akan menjadi cahaya pada Hari Kebangkitan.”   Dalam satu hadis yang lain dalam kitab Sahih ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!