Advertorial
Home » Tag Archives: IBD

Tag Archives: IBD

Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik

  “Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing.   Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu mahu kencing walaupun pundi kencingnya belum penuh. Ini dapat dikesan apabila beliau kerap rasa mahu buang air kecil, atau terkencing sebelum sampai ke bilik air atau air kencing yang sedikit tetapi kerap. ... Read More »

Penyakit endometriosis boleh dirawat tanpa pembedahan

      Endometriosis adalah penyakit kronik yang dialami oleh wanita. Ramai wanita yang menangguhkan rawatan kerana mengharapkan agar penyakit ini akan sembuh sendiri.   Pada sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim, terutama di ovari, usus atau pundi kencing. Penyakit yang melibatkan tisu endometrium yang berada di luar rahim ini dipanggil endometriosis.   Perubahan hormon pada setiap bulan menyebabkan tisu endometriosis membesar. Apabila kedatangan darah haid, maka berlakulah juga pendarahan pada ovary, dinding luar usus dan pundi kencing menyebabkan keradangan dan kesakitan.   Malangnya pesakit akan hanya mendapatkan rawatan apabila tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, kedatangan haid awal, turun darah haid terlalu banyak, kesakitan semasa dan selepas melakukan hubungan seks dan mengalami masalah sukar hamil.   Bagi wanita yang belum berkahwin, pesakit endometriosis akan ... Read More »

Kesan mengambil Pil Perancang Kehamilan

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berusia 36 tahun, ibu tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat 49 kilogram dan tinggi 145 sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘Mercilon’ selama tujuh tahun yang dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak berhenti mengambil pil berkenaan, haid saya sangat sedikit dan ada juga tidak datang haid pada bulan tertentu. Saya amat bimbang, apa yang harus dilakukan”. Wa alaikum mus salam. Pil perancang kehamilan seperti Mercilon, sememangnya haid akan menjadi sempurna iaitu kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari. Inilah kebaikan pil perancang kehamilan selain dari menghalang kehamilan. Oleh itu ramai doctor yang mencadangkan pengambilan pil perancang kehamilan sebagai sebagai rawatan untuk membetulkan kitaran haid yang tidak menentu.   Walau bagaimana pun pil perancangan kehamilan ini adalah sebahagian dari rawatan hormone. Ia harus diberikan ... Read More »

Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?

    “Assalamu alaikum, doktor.  Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi.   Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan  pemeriksaan doctor.   Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan.   Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia dapat dilihat  pada faraj, sebagai satu bentuk daging yang menonjol keluar dari pintu kemaluan.   Jadi mustahil jika seorang bidan dapat memberitahu seorang wanita mengalami ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!