Advertorial
Home » Tag Archives: hypothyroidism

Tag Archives: hypothyroidism

Adakah saya hamil?

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera.  Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda.   Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil.   Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan air kencing, darah dan ultrasound.   Masalah yang seperti puan rasakan hanya tanda-tanda yang menunjukkan puan MUNGKIN hamil saja.   Beberapa jenis penyakit ... Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergentung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

Pendarahan yang banyak setiap bulan

  “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan ... Read More »

Mengapa Selalu  Mengantuk Di Siang Hari

Mengapa Selalu Mengantuk Di Siang Hari

Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya. “Dalam satu hari berapa cawan minum nes ?” “Saya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk” “Teruk sangat ke rasa mengantuk?” “Mana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh buka mata langsung. Pernah sekali hampir berlaku kemalangan jalan raya kerana terlalu mengantuk. Satu ketika pula, saya tertidur bila berhenti di simpang lampu isyarat. Saya terjaga bila terdengar bunyi hon kuat dari kereta di belakang” Saya mengangguk-angguk kepala. Saya percaya bahawa keadaan rakan saya ini memang teruk. Keadaannya dinamakan sebagai “hypersomnia”. Mengikut penulisan bertajuk “Hypersomnia — causes, adults, drug, person, people, used, effect, Definition, Description, Causes and symptoms, Demographics, Diagnosis, Treatments, Prognosis”, oleh laman web Minddisorders.com ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!