Advertorial
Home » Tag Archives: hospital (page 8)

Tag Archives: hospital

Pendarahan Selepas Seks Semasa Hamil

PENDARAHAN SELEPAS SEKS SEMASA HAMIL   “Assalammualaikum doktor. Isteri saya hamil 5 bulan anak pertama. Saya nak tanya., semasa bersama isteri saya., terdapat pendarahan pada isteri.. Adakah ia membahayakan kandungan isteri saya? Mohon penjelasan doktor sebab saya berasa risau. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Melakukan hubungan intim atau seks bersama isteri pada pertengahan tempuh kehamilan, pada amnya selamat. Maksudnya apabila isteri telah mencapai usia kehamilan 15 minggu ke atas, hubungan seks bersama isteri dibenarkan kecuali jika isteri mengalami komplikasi kehamilan seperti uri berada bahagian bawah rahem.   Ini kerana pada ketika itu bayi berada dalam kedudukan yang lebih kukuh, tidak mudah mengalami keguguran berbanding dengan pada usia awal kehamilan.   Selain itu pangkal rahem akan disumbati oleh mucous plug, yang menlindungi selaput ketuban agar tidak mudah pecah. ... Read More »

Luka pembedahan lambat baik

LUKA PEMBEDAHAN YANG LAMBAT SEMBUH   “Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan DR. Saya telah menjalani pembedahan pada 17/4/2015 akibat saluran tiub kiri ovari pecah disebabkan kandungan luar rahim yang berusia 7minggu dan telah berlaku pendarahan didalam perut. Selepas menjalani pembedahan buang tiub ovari kiri doktor telah mengesahkan masih terdapat fibroid kecil dirahim saya. Selepas 14 hari pembedahan, luka pada pembedahan masih tidak sembuh,  kulit kering tetapi di hujung kiri dan kanan masih terasa pedih dan panas, serta lukanya bernanah(tetapi tidak banyak). Saya juga mengalami batuk dari sebelum pembedahan sehingga sekarang masih tidak pulih. Setiap kali batuk, luka pada kawasan pembedahan akan terasa sakit dan pedih. Kadang2 akan terasa berdenyut di kawasan ovari sebelah kiri dan kanan. Adakah fibroid yg masih ada dirahim saya membahayakan dan bagaimana utk menghilangkan fibroid selain drpd ... Read More »

Idebenone dalam produk kecantikan

IDEBENONE DALAM PRODUK KECANTIKAN   Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya, adakah produk yg menggunakan Idebenone sbg bahan utama selamat dan berkesan dalam merawat masalah kulit wajah seperti jerawat? Terima kasih atas maklum balas yg bakal diberikan.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ketika ini memang banyak produk yang mengandungi bahan idebenone terkenal, seperti Catena, Raxone, atau Sovrima.   Pada mulanya ia diperkenalkan oleh  Takeda Pharmaceutical Company sebagai sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer dan kecacatan kognitif (masalah ingatan) yang lain. Namun ubat ini tidak begitu berkesan.   Syarikat dari Swiss, Santhera Pharmaceuticals  telah memulakan kajian untuk rawatan penyakit saraf yang dikenali sebagai ‘neuromuscular diseases’. Pada tahun 2010, kajian klinikal dilakukan untuk sejenis penyakit ‘neuromuscular disease’ iaiatu Friedreich’s ataxia dan Duchenne muscular dystrophy, malangnya pada tahun 2013 ia tidak ... Read More »

habatus sauda menyebabkan keguguran?

HABATUS SAUDA  BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN?     “Assalammualaikum doktor. Saya ada satu soalan,saya ada terbaca satu artikel berkenaan habatussauda.Dalam artikel tersebut ada menyatakan wanita mengandung dan merancang untuk mengandung tidak digalakkan untuk mengambil habatusauda kerana ia boleh menyebabkan rahim mengecut.Adakah benar kenyataan tersebut sebab saya ada mengambil habatusauda untuk mengurangkan alahan saya.Dalam masa yang sama,saya merancang untuk mengandung anak kedua.Saya harap doktor dalam memberi jawapan dari soalan ini. Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, pengambilan suplemen habatus sauda boleh menyebabkan keguguran bagi wanita yang mempunyai rahem yang sensitif, sebagai contohnya wanita yang sering keguguran atau mengalami senggugut yang kuat, kerana dalam beberpa kajian habatus sauda boleh menyebabkan rahem mengecut.   Jika pengecutan ini berlaku ketika hamil, maka dibimbangi boleh menyebabkan keguguran.   Walau pun begitu, pengambilan habatus sauda ... Read More »

Adakah ia normal untuk payudara mengeluarkan susu semasa hamil ?

SUSU KELUAR DARI PAYUDARA KETIKA HAMIL   “Assalamualaikum doctor.. saya sekarg tgh hamil 32 mggu.. pg td tiba2 sy bangun, payudar saya terasa sakit seperti bgkak susu.. dan ptg ni sy cuba untuk marmet dan keluar cecair pekat berwarna putih kehijauan. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Puan tidak perlu bimbang dengan cecair yang keluar dari payudara puan kerana ia adalah susu awal (kolustrum). Ia lebih pekat dan berkrim, mula dikeluarkan beberapa minggu sebelum masa puan melahirkan anak.   Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya payudara wanita hamil akan mula membengkak sebagai persediaan untuk menghasilkan susu apabila memasuki minggu ke 16.   Semakin mendekati waktu melahirkan anak, payudara puan akan bertambah membengkak dan mula menghasilkan susu.   Adakalanya susu kolustrum ... Read More »

Lelaki mengalami kerosakan alat kelamin setelah menyuntiknya dengan gel vaseline

LELAKI MENGALAMI KEROSAKAN ZAKAR SETELAH MENYUNTIKNYA DENGAN GEL  VASELINE   Lelaki berbangsa Hungarian, dan merupakan bapa kepada seorang anak, berusia 24 tahun telah menyuntik zakarnya dengan gel Vaseline untuk meningkatkan kelelakian beliau. Hasrat beliau untuk membesarkan saiz kemaluan (zakar) beliau.   Rakan beliau melakukan suntikan ini setelah mempelajarinya di internet. Akhirnya beliau tidak dapat lagi mengalami ketegangan zakar (ereksi) kerana alat kelaminnya telah rosak. Ia juga telah menyababkan rasa sakit dan bengkakan. Beliau memberitahu “Saya  terpaksa berhenti melakukan hubungan seks dengan isteri saya kerana ia terlalu menyakitkan. Setiap hari adalah sukar bagi saya kerana ia sangat menyakitkan dan menyebabkan pendarahan. Ini adalah satu kesilapan yang paling teruk dalam hidup saya kerana saya tidak lagi merasa seperti seorang lelaki yang sebenar. “   Beliau memberitahu lagi  “Saya bertanya kepada seorang rakan ... Read More »

Morning Sickness (Loya dan Muntah ketika Hamil)

MORNING SICNESS (LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL)   “Salam doktor, boleh doktor terangkan apa itu morning sickness? Bila bermulanya morning sickness?” Morning sickness biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita kepada wanita.   Wanita yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah apabila bangun pagi. Walaupun ia dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah boleh datang bila-bila masa sepanjang hari. Rasa loya dan muntah ini lebih kerap berlaku pada sebelah pagi, mungkin disebabkan pada waktu pagi perut kita telah kosong.   Bau tertentu boleh menyebabkan rasa loya, menyebabkan tiada ada selera untuk makan dan minum sehingga membuatkan wanita hamil ini berasa letih sepanjang hari.   ” Adakah morning sickness memberikan tanda ... Read More »

Anak kena chicken pox boleh mandi

ANAK DIJANGKITI VIRUS CHICKEN POX BOLEH MANDI   “salam, doktor. Saya mahu bertanya anak saya berumur 4 thn 3 bulan, dia kena sakit chickn pox. Bolehkah dia mandi dan berkipas?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya boleh. Pesakit harus mandi dan bersabun bagi menjaga kebersihan diri. Cuma tuala jangan digunakan oleh orang lain bagi mengelakkan jangkitan. Tiada masalah untuk berkipas.         IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing ... Read More »

IUCD dan Sukar Hamil

IUCD DAN SUKAR HAMIL “ Salam Doktor. Saya pernah menggunakan alat pencegah kehamilan IUCD yang dimasukkan ke dalam rahem saya, ketika saya mula berkahwin. Ini kerana pada masa itu saya belum bersedia untuk hamil. Setelah 3 tahun saya mengeluarkannya kerana cuba hamil. Malangnya sudah masuk 2 tahun, saya dapati saya agak sukar hamil. Mengapa ya doctor? Ketika ini umur saya sudah 32 tahun. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Alat pencegah kehamilan IUCD (Intra Uterine Contraceptive Device) atau kadang kala dikenali sebagai ‘Copper T’, adalah alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahem. Ia diperbuat daripada plastik  dan dilingkari dengan dawai tembaga.   Paling terbaru, IUCD dibekalkan dengan hormon progesteron sintetik untuk memastikan ia lebih berkesan. IUCD ini dinamakan  levonorgestrel, yang dilepaskan ke dalam rahim ... Read More »

Kaffein dan IVF

KAFEIN DAN IVF   ” Salam doktor, bagaimana dengan pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF. Bolehkah mengambil kaffein? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan kafein lebih daripada 50mg sehari setiap hari boleh menggagalkan rawatan IVF.   Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga dikaitkan dengan pertumbuhan fizikal janin yang perlahan’ sehingga menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang rendah dan keguguran.   Jadi bagi pasangan yang sedang menjalani rawatan IVF cuba hindari pengambilan kafein.   wa allahu a’lam IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed ... Read More »

Jumlah Kafein Untuk Wanita Hamil

JUMLAH KAFEIN YANG DIBENARKAN UNTUK WANITA HAMIL   “Salam doktor. Saya penggemar kafein. Benarkah pengambilan kafeine boleh menyebabkan keguguran. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya benar, pakar perubatan menasihatkan agar mengurangkan, jika tidak mampu menghentikan pengambilan kafein semasa hamil. Setakat ini tiada ada panduan khas yang menghadkan pengambilan kafein untuk wanita yang ingin hamil.   Cuma saya cadangkan agar pengambilan kafein tidak melebihi 200mg sehari. Pengambilan kafein melebihi 200mg sehari meningkatkan risiko untuk keguguran.   Jika puan seorang penagih kafein, cuba kurangkan kafein, jika tidak dapat menghentikan pengambilannya.   wallahu a’lam   IKLAN IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM ... Read More »

Bolehkah Kafein Mengganggu Kesuburan?

BOLEHKAH KAFEIN MENGGANGGU KESUBURAN?   ” Salam. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun, berumur 35 tahun. Saya penggemar kafein. Adakah kafein mengganggu kesuburan saya? Mohon pencerahan. Terima kasih ”    Setakat ini tidak ada bukti yang sahih menunjukkan kafein boleh seorang wanita tidak boleh hamil. Namun beberapa kajian telah mencadangkan bahawa tahap kafein boleh membuat ia lebih sukar untuk hamil berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kafein dalam minuman. Pakar-pakar mengatakan mungkin ada kesan kafein ke atas masa ovulasi dan tahap keseimbangan hormon atau mungkin menyebabkan saliran fallopian menjadi tersumbat apabila otot-otot pada saluran itu mengecut akibat kesan kafein. Saluran fallopio yang membawa telur ovum dari ovari dan disenyawakan, kemudian membawa ovum yang telah disenyawakan masuk tertanam ke rahem. Perjalanan ovum yang disenyawakan ke arah rahem dibantu oleh gelombang otot-otot ... Read More »

Adakah selsema disebabkan virus berbahaya untuk wanita hamil.

ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?   “Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami selsema. Saya baca artikel di internet, mengatakan bahawa selsema itu bahaya di kalangan wanita yang hamil. Mohon penjelasa, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil yang mengalami selsema akibat jangkitan virus tidak mempunyai komplikasi semasa hamil, namun tiada yang dapat menjamin risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Jadi jika selsema pastikan ia bukan jangkitan virus.   TANDA-TANDA SELSEMA AKIBAT JANGKITAN VIRUS ... Read More »

Dos Folik Asid

DOS ASID FOLIK     “Salam. Bolehkah pengambilan pil asid folik dimulakan sebelum wanita itu hamil? Sekiranya boleh dan jika wanita itu tidak hamil misalnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan kemudian, adakah dia patut menghentikan pengambilannya? Apakah dos yang sewajarnya diambil oleh wanita yang merancang untuk hamil? Adakah pil ini mempunyai kesan sampingan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM   Folik asid ialah sejenis vitamin B. Ia bersifat larut air, maka berlebihan dos lazimnya dikeluarkan ke dalam air kencing. Jadi selagi ginjal masih sihat dan dapat mengeluarkan lebihan folik asid, ia tidak memberikan kesan sampingan.   Asid folik sangat penting dalam pembentukan otak dan sistem saraf tunjang kita. Kecacatan contohnya anencephaly (ketiadaan tempurung kepala), spina bifida (penyakit saraf tunjang) boleh diturunkan risikonya dengan pengambilan asid folik seawal sebulan sebelum hamil. ... Read More »

Menghilangkan Morning Sickness

MENGHILANG MORNING SICKNESS “Salam doktor. Berapa lamakah mabuk hamil seperti loya dan muntah akan berlangsung? Bolehkah ia menjejaskan perkembangan bayi yang kini lapan minggu dalam kandungan? Bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika simptom ini berterusan atau semakin teruk? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang hamil mengalami morning sickness atau rasa muntah dan loya di awal kehamilan. Ia adalah normal, dan tahap ketidakselesaan ini berbeza antara wanita dengan wanita yang lain. Ramai yang mengalaminya pada waktu pagi, sebab itu dinamakan morning sickness. Ada wanita yang mengalaminya sepanjang hari.   Jika puan bimbang dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor, puan boleh mencuba minum teh yang dicampurkan dengan herba di bawah. Antaranya: 1.pudina 2.lemon 3.halia Jika keadaan ini terlalu teruk, ia dinamakan “hyperemesis gravidarum”. Keadaan ini sangat berbahaya pada kehamilan ... Read More »

Bolehkah mengambil folic acid walaupun belum hamil?

BOLEHKAH MENGAMBIL FOLIC ACID WALAUPUN BELUM HAMIL? “Salam. Dr saya ingin bertanya tentang pengambilan asid folik di hospital kerajaan. Saya dan suami merancang utk mempunyai zuriat. Bolehkah kami mengambil asid folik 5mg untuk persediaan? Saya juga mengalami masalah sengugut yg agak teruk. Mohon pencerahannya doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada dua isu yang diutarakan: Pertama adakah pengambilan asid folik asid 5mg sebagai persediaan untuk hamil itu bermanfaat?   Ya pengambilan asid folik sangat bermanfaat ketika hamil dan harus bermula ketika seorang wanita itu sedang berusaha untuk hamil (belum hamil lagi).   Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada risiko mendapat kecacatan saraf tunjang  seperti spina bifida. Asid folik juga boleh membantu untuk mencegah kecacatan kelahiran yang lain, seperti sumbing pada bibir dan lelangit.     ... Read More »

Ekstrak Kacip Fatimah melegakan pesakit eczema

EKSTRAK KACIP FATIMAH MELEGAKAN PESAKIT ECZEMA ” Sy br balik dr umah abg… kesian tgk anak dia ekzema teruk.. skanh ank sdara sy brumur 1 thn 2 bulan. kebetulan skang musim panas campur dgn ruam lg. Kesian sy tgk. Td ms mandikn dia sy rs mmg kasar kulit2 dia merah2.. bahagian leher, betis. Dah macam2 cara ikhtiar. Tp msh sama. .x sggp tgk dia tergaru2, n time mandi mesti menangis2 rsnya sebab pedih. Apakah rawatan terbaik utk atasi masalah ekzema ni doc? Tq”   WA ALAIKUM MUS SALAM ‘Eczema’ adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan kulit beruam.   Ia adalah keadaan kulit kronik yang biasanya bermula semasa peringkat bayi dan berterusan sehingga ke zaman kanak-kanak. Sesetengah orang tidak mengalami keadaan ini selepas masuk ke alam dewasa tetapi sesetengah ... Read More »

Dakwaan menuman probiotik boleh menyebabkan kanser.

DAKWAAN MINUMAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK BOLEH MENYEBABKAN KANSER.       “ Salam doctor. Mohon berikan komen terhadap dakwaan di bawah.” “ Kami mendapat satu info yang dikongsikan daripada group Whatsapp namun sejauh mana kenbenaran info ini tidak dapat dipastikan dalam perkongsian ini ada sahabat memberitahu bahayanya minuman Vitagen Dan Solivite dan semua jenis yogurt berikut seperti dalam wharsapp:  Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt. Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser..Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser.  Dr yg rawat aruah anak dia bgtau.Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser Bakteria baik yg berlebihan tula penyebab aktifnya sel kanser  Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum … Tp pesakit kanser xbole makan or ... Read More »

Kesan sampingan pengambilan vitamin C terlalu banyak

KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VITAMIN C TERLALU BANYAK   “Salam doctor. Saya ingin bertanya, apakah kesan pengambilan vitamin C yang terlalu banyak? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Vitamin C (asid askorbik) adalah nutrien yang penting dalam pemakanan. Ia  adalah vitamin larut air yang membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak yang normal.   Vitamin C juga membantu badan kita menyerap zat besi. Oleh kerana badan kita tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, ia adalah penting bagi kita pastikan vitamin C ada dalam pemakanan kita.   Sebiji atau dua biji oren yang besar sudah cukup  menyediakan vitamin C untuk keperluan sehari.  Vitamin C juga boleh didapati dengan memakan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran seperti  kiwi, tomato, atau strawberi.   Jika Bagi orang dewasa, pengambilan vitamin C yang disyorkan ... Read More »

Adakah selamat mengambil vitamin C ketika hamil?

ADAKAH SELAMAT MENGAMBIL VITAMIN C KETIKA HAMIL?   “Salam. saya ada soalan tentang vitamin C. Soalannya adakah ibu hamil dan menyusukan anak boleh mengambil vitamin C dengan dos 1000mg. Saya beli dari  farmasi di United Kingdom. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengambilan Vitamin C semasa hami sebenarnya sangat bagus.  Ada kajian menunjukkan bahawa wanita yang tidak mengambil cukup vitamin C dengan mudah mengalami kebocoran air tuban dan menyebabkan kelahiran pramatang.   Rujuk: “Vitamin C intake and the risk of preterm delivery.” Am J Obstet Gynecol. 2003 Aug;189(2):519-25. Siega-Riz AM1, Promislow JH, Savitz DA, Thorp JM Jr, McDonald T.   Saya menasihatkan agar puan berhati-hati ketika mengambil suplemen semasa hamil. Elakkan mengambil  vitamin C yang mengandungi dos yang tinggi.   Lihat pada label dan berbincang dengan ahli farmasi ... Read More »

Kitaran haid yang normal untuk remaja

KITARAN HAID YANG NORMAL UNTUK REMAJA   “Salam doktor. Saya baru berusia 17 tahun. Belum nerkahwin. Saya ada masalah tentang haid saya. Dua bulan lepas haid saya datang pada hari ke 24. Begitu juga pada bulan berikutnya. Tetapi haid saya berlarutan sehingga dua minggu. Darah haid saya juga agak banyak, sehingga saya terpaksa menukarkan 8 pad pada hari pertama. Adakah saya mempunyai penyakit serius, doktor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Adalah normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ssecara purata bagi wanita, kitaran haid mereka berlangsung selama  28 hari. Tetapi tidak semestinya semua wanita mengalami kitaran haid yang sama 28 hari setiap kitaran mereka. Oleh itu ia bukanlah gejala suatu penyakit yang serius jika mengalami  kitaran haid yang tidak teratur. Ia ... Read More »

Berkhatan tidak menyebabkan pancutan pramatang

BERKHATAN TIDAK MENYEBABKAN PANCUTAN PRAMATANG     “Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya bukan Melayu dan bukan Islam. Saya mahu berkhatan, malangnya saya banyak membaca dari majalah mengatakan bahawa berkhatan boleh menyebabkan pancutan awal. Adakah ini benar? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana mahu berkhatan. Berkhatan bukan saja tuntutan agama Islam, tetapi juga tuntutan agama Yahudi dan beberpa mazhab dalam Kristian.   Malah ramai orang lelaki yang tidak percayakan tuhan di barat, turut berkhatan kerana mereka mahu menjaga kebersihan.   Lelaki yang berkhatan mempunyai risiko yang sangat rendah mendapat penyakit kanser penis.   Berkaitan dengan pertanyaan saudara, ada satu laporan yang diterbitkan dalam journal perubatan pada 2 Jan 2014.   Dalam satu kajian yang bertajuk “Does circumcision have a relationship with ejaculation time? Premature ejaculation ... Read More »

Pendarahan selepas melakukan HVS

PENDARAHAN SELEPAS MELAKUKAN HVS   “Salam doktor. Saya mengalami keputihan sehingga bertukar warna kekuningan. Kemudian saya buat HVS pagi semalam tadi. Sebelum magrib tadi saya dapati lendir saya bercampur darah. Adakah darah ini disebabkan swab tadi? Mohon penerangan doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   High Vaginal Swab (HVS) adalah teknik yang digunakan di Jbatan Obstetrics & Gynaecology untuk mengambil contoh sampel lendiran dalam faraj. Ia diambil di bahagian berdekatan dengan pangkal rahem.   Sampel lendiran ini akan dihantar untukujian “ culture and sensitivity” untuk memeriksa punca jangkitan pada faraj.   Selalunya dilakukan apabila doctor mengesyaki ada jangkitan candidiasis, bacterial vaginosis atau trichomonas vaginalis.   Oleh kerana kawasan tersebut dijangkiti kuman dan berada dalam keadaan radang, sentuhan dari swab mungkin akan menyebabkan pendarahan yang minima.   Jika pendarahan ... Read More »

risau anak belum merangkak umur 8 bulan

RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN       “Salam doc, saya  ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan.   Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan.   Pada masa ini, bayi itu boleh memegang kepalanya sehingga melihat ke hadapan, dan otot lengan, kaki dan otot belakang sudah cukup kuat untuk menahannya daripada jatuh di atas lantai.   ... Read More »

Risau anak belum merangkak umur 8 bulan

RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN     “Salam doc, saya  ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan.   Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan.   Pada masa ini, bayi itu boleh memegang kepalanya sehingga melihat ke hadapan, dan otot lengan, kaki dan otot belakang sudah cukup kuat untuk menahannya daripada jatuh di atas lantai.   Selepas ... Read More »

Kekeringan faraj selepas melahirkan anak

KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK     “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kekeringan faraj memang sering berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak. Selalunya ia bersifat sementara. Jangan risau.   Buat sementara puan boleh gunakan ... Read More »

Fungsi dusphaton untuk pesakit endometriosis

FUNGSI DUSPHATON UNTUK PESAKIT ENDOMETRIOSIS Tablet Duphaston 10mg mengandungi ramuan dydrogesterone, iaitu hormone wanita progesteron sintetik (buatan).   Struktur kimia hormone buatan ini hampir menyerupai progesteron yang asli dihasilkan oleh tubuh seorang wanita secara semula jadi. Oleh itu ia memberikan kesan yang sama.   Dalam kitaran haid yang normal, hormone progesteron yang dihasilkan oleh ovari,  akan bertindak pada lapisan endometrium pada dindang dalam rahem, untuk kekal menebal. Ini sangat penting untuk mengekalkan kehamilan. Jika tidak janin yang telah disenyawakan akan mudah gugur.   Jika wanita itu tidak hamil, tahap kandungan estrogen dan progesteron dalam tubuh akan menurun dan lapisan endometrium akan turun sebagai darah haid.   Tablet dusphaton juga diberikan kepada pesakit endometriosis sebagai rawatan awal.   Endometriosis adalah keadaan di mana tisu endometrium tumbuh dengan banyaknya di luar rahem. ... Read More »

Kesan ubat gatal akibat chickenpox terhadap kehamilan

KESAN UBAT GATAL AKIBAT CHICKENPOX TERHADAP KEHAMILAN   “Salam Dr, saya sedang mengandung anak pertama, usia kandungan 14 minggu. Saya telah mendapat chicken pox,  dan diberi ubat gatal (piriton) dan ubat sapu calamine. Adakah pengambilan ubat ini akan memberi kesan kepada bayi saya? Sy pernah djangkiti chickenpox semasa kecil.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang individu yang mengalami jangkitan chickenpox akan mengalami kegatalan pada parut dari kelompang yang dialaminya. Bagi mengurangkan kegatalan ini, doctor akan memberikan ubat antihistamine, selalunya tablet Piriton. Tablet ini mengandungi ramuan chlorphenamine maleate, iaitu sejenis ubat yang dikenali sebagai antihistamine yang menyebabkan rasa mengantuk. Ramuan ini akan memberi kesan kepada otak dalam kuantiti yang signifikan dan menyebabkan rasa mengantuk. Rasa mengantuk ini akan melegakan rasa gatal yang teruk terutama pada waktu malam. Ubat ini jarang diberikan kepada ... Read More »

Lendiran faraj berkurangan, sakit ketika bersama suami

LENDIRAN FARAJ BERKURANGAN, SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI     “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Adakah ini berbahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke dalam faraj tanpa kehadiran lendiran yang cukup boleh menyebabkan hubungan seksual yang sepatutnya memberikan kenikmatan, menyebabkan rasa sakit bagi kedua-dua lelaki dan wanita tersebut.   Lendiran faraj biasanya dikeluarkan apabila ... Read More »

Demam

DEMAM   Berikut adalah  perkongsian saya pada 26 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “DEMAM”   1. “Doktor, apa yang dikatakan sebagai demam?” Suhu tubuh kita yang normal ialah 37.5 hingga 38.5 C. (99.5-100.9F).  Apabila ada jangkitan kuman, pertahanan tubuh kita (daya tahan tubuh), akan meningkatkan suhu dalam badan. Ia adalah perubahan normal. Ini bertujuan bagi mempercepatkan kesembuhan dalam melawan kuman. Namun thermostat tubuh (bahagian otak yang terletak di hypothalamus) yang mengesan dan mengawal suhu dalam tubuh, sangat sensitif terhadap perubahan suhu ini. Thermostat kita akan memberitahu otak dan tubuh agar mengeluarkan prostaglandin, iaitu bahan biokimia yang semulajadi dalam tubuh. Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan saluran darah pada kulit, menyebabkan kita berasa sejuk bila kita demam. Dalam masa yang sama, kesan dari pengeluaran prostaglandin akan menyebabkan otot-otot badan mengecut, menyebabkan kita ... Read More »

Kesan cuaca panas pada kesihatan

KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN   Berikut adalah perbincangan dan perkongsian saya pada 19 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN”   1. “Doktor, boleh jelaskan suhu badan yang normal dan suhu yang bagaimana boleh menjejaskan kesihatan manusia?”   Suhu tubuh kita yang normal antara 37,5 C hingga 38.5 C.  Suhu persekitaran akan mempengaruhi suhu dalam tubuh kita, namun ALLAH mencipta pengawal suhu dalam tubuh (seperti thermostat) yang menurunkan suhu badan jika ia terlalu tinggi dan menaikkan suhu badan jika ia terlalu rendah.  Termostat ini berada dalam otak kita di kawasan yang dinamakan preoptic di kelenjar anterior hypothalamus.  Banyak kajian menunjukkan apabila kita terdedah pada suhu persekitaran melebihi 35C selama 6 jam, tubuh kita mula menunjukkan tanda-tanda kemudaratan.   2.”Apabila berlaku peningkatan suhu dalam tubuh, ... Read More »

wanita dewasa tidak pernah datang haid

WANITA DEWASA TIDAK PERNAH DATANG HAID   “Salam sejahtera doktor,saya berumur 27thn dan saya sudah berkahwin setahun yang lepas.  Saya mengalami masalah belum pernah datang haid dari umur remaja sehingga sekarang. Berat badan saya 46kg dan ketinggian saya 160cm..Saya amat memerlukan pandangan doktor dalam menyelesaikan masalah saya kerana saya ingin hamil seperti wanita normal yang lain.Terima kasih doctor. Terima kasih”   Salam sejahtera.   Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula datang haid seawal umur 9 dan ada yang agak lambat sehingga berumur 18 tahun. Namun purata kanak-kanak perempuan mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun.   Apabila kanak-kanak ini tidak pernah dating haid langsung semenjak awal, keadaan ini dinamakan “Amenorhea Primer”.   Oleh itu kanak-kanak perempuan yang telah mancapai umur 15 atau 16 tahun, sama ada telah melalui perubahan seksual wanita (seperti ... Read More »

Bolehkan menyusukan anak dengan susu ibu, anak mendapat alahan susu lembu?

MENYUSU IBU JUGA BOLEH MENDAPAT ALAHAN SUSU LEMBU? “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya menyusukan anak saya secara eksklusif, tiada bagi apa-apa susu kecuali susu ibu saja. Baru-baru ini saya perhatikan muka dan tubuh anak saya ada ruam selepas menyusu. adakah ini alahan susu? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi yang menyusu badan sepenuhnya juga boleh mengalami tanda-tanda alahan apabila ibu mereka mengambil produk tenusu termasuklah susu lembu dalam pemakanan mereka.   Sebahagian kecil protein lembu ini akan memasuki susu ibu dan menyebabkan bayi ini mengalami tanda-tanda alahan susu lembu (susu formula).   wallahu a’lam       IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C ... Read More »

Alahan susu formula

ALAH PADA SUSU FORMULA     “Salam doktor, saya telah melahirkan anak dan usianya sekarang 6 bulan. Sebelum ini saya memberikannya susu ibu, tetapi susu saya semakin sedikit, jadi saya berikan susu  formula. Saya perhatikan anak saya mudah kembung perut dan cirit birit. adakah anak saya tidak sesuai menggunakan susu formula? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Anak puan mungkin mengalami alahan pada susu formula (susu lembu).  Masalah alahan susu formula sering berlaku di kalangan bayi yang diberikan susu formula semenjak lahir atau apabila ibu mereka mencampurkan penyusuan susu badan dengan susu formula.   Tanda alahan yang biasa ditunjukkan ialah sukar bernafas, bengkak di bibir dan kelopak mata serta ruam yang timbul beberapa minit selepas susu formula diberikan.   Tetapi tanda yang lebih kerap berlaku adalah ... Read More »

PERLUKAH SAMAN DOKTOR DAN HOSPITAL?

PERLUKAH SAMAN DOKTOR DAN HOSPITAL?     “Assalamualaikum. Doktor  saya nak mintak jasa baik dan pendapat doctor mengenai  anak saudara saya baru buat pembedahan, kerana lepas bersunat kaedah clamp doctor mencadangkan  pembedahan tersebut  untuk betulkan sunat pertama kali. Tetapi semasa pembedahan kali kedua, terdapat pendarahan dan jururawat hanya menghentikan pendarahan mengguna ice pack. Pembedahan emergency malam tu jugak sebab penis dia jadi hitam. Kami risau dgn masa depan dia dan bercadang nak saman hospital. Terima kasih atas jasa baik.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Soalan puan agak berat untuk saya menjawab kerana saya tiada info yang lengkap mengenai apa yang telah berlaku. Namun dalam keadaan ini, mungkin ada unsur kecuaian di pihak doctor dan hospital.   Zakar yang hitam itu, mungkin akibat ‘gangrene’ kerana tiada bekalan darah yang cukup ... Read More »

Tip memilih tuala wanita

TIPS MEMILIH TUALA WANITA   “Minta Dr terangkan tips pemilihan tuala wanita yang selamat dan perkara yang tidak diketahui disebalik tuala wanita yang dijual dipasaran sekarang?”   Tuala wanita yang dijual secara komersial adalah selamat digunakan.  Pemilihan tuala wanita bergantung pada keperluan bagi setiap wanita. Ia berbeza dari satu individu kepada individu yang lain, bergantung kepada kitaran haid mereka, dan saiz tubuh.   Jadi tuala wanita dipilih berdasarkan 3 faktor utama iaitu kadar serapan, bentuk dan saiznya,  dan ketebalan tuala wanita itu.   Semakin tebal tuala wanita itu, semakin tidak selesa digunakan. Ketebalannya tidak menggambarkan ia cepat menyerap dan menyimpan darah. Ada tuala wanita yang bersaiz nipis tetapi mampu menyerap dengan cepat dan menyimpan banyak darah. Ia bergantung kepada bahan yang digunakan dan selalunya lebih mahal.   Tuala wanita yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!