Advertorial
Home » Tag Archives: Hospital Sultanah Aminah

Tag Archives: Hospital Sultanah Aminah

Jangan hanya mengira sengsara dan bencana tanpa menghitung nikmat dan bahagia

Dalam kehidupan kita, sering kali kira mengira berapa banyak kerugian, kemalangan dan kekurangan yang kita ada, sedangkan jika dicampur ketiga-tiga hal ini tidak sampai 1% jika dibandingkan dengan  nikmat kurniaan ALLAH yang berupa kesenangan, rezeki, kenikmatan, keuntungan, kebahagiaan, dan pelbagai lagi kurniaannya.   Kita sering mengenang nasib kita yang malang, tanpa menyedari ALLAH telah banyak memberikan kenikmatan sebelum ini.   Seorang lelaki yang kehilangan kasutnya dan terpaksa ‘berkaki ayam’ ditanya perasaannya ketika mengetahui bahawa kasutnya telah dicuri, dia segera menjawab, “Saya bersyukur, walaupun kasut saya telah ditakdirkan hilang tetapi saya masih diberikan kesempatan menikmati lagi kedua belah kaki saya yang masih kuat”   Semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, ketika berada di jabatan orthopaedic, saya sempat menyaksikan seorang pesakit diabetis yang baru sedar dari pembedahan dipotong sebelah ... Read More »

SYUKUR adalah motivasi terbaik

  Saya menganggap diri saya sebagai kurniaan ALLAH yang sangat berharga dan saya sangat bersyukur atas segala pemberian nikmatNYA. Saya bersyukur dengan nyawa, kehidupan, bakat dan rahmat yang diberikan. Saya juga bersyukur dengan jutaan kurniaan yang tidak dapat saya hitung dari mula saya dilahirkan sehingga kini.   Setiap saat, jutaan nikmat, rahmat dan kasih sayang ALLAH yang saya perolehi, menyebabkan saya rasa bermotivasi untuk menunjukkan kesyukuran dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya ada untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.   Saya menganggap diri saya sebagai bekas pelajar yang biasa dan sederhana. Saya tidak memperolehi ‘straight As’ sebagai mana rakan-rakan saya yang cemerlang dalam akademik mereka.   Saya percaya mereka telah dianugerahkan dengan kecerdikan yang luar biasa, mampu menghafal dengan sekali bacaan, mudah memahami apa yang diajar dengan mudah dan mempunyai ... Read More »

Bolehkah bayi minum air mineral?

Baru-baru ini seorang rakan doktor memberitahu ada satu kes seorang bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu mmberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula.   Apa yang berlaku ialah ibu bayi itu adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang diberikan dengan lebih banyak air dari kadar sukatan yang sepatutnya.   Setelah diberikan beberapa hari, bayi itu menunjukkan perubahan yang yang tidak baik seperti tidak aktif, menangis dengan suara yang perlahan dan selalu tidur. Tidak lama selepas itu bayi itu mengalami sawan dan mengeluarkan buih pada mulutnya. Apabila dibawa ke hospital, bayi itu telah tidak sedarkan diri dan koma.   Anak adalah amanah   Oleh itu saya sering menasihatkan para ibu bapa agar lebih berhati-hati ... Read More »

Hyponatraemia: Penyakit Misteri?

”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Seorang wanita dalam usia 30an mempunyai seorang anak dimasukkan ke hospital kerana lemah badan dan ketika itu dia tidak mampu berjalan, malah sukar berdiri. Saya mengingati kes ini kerana pada masa itu banyak kedengaran kata-kata yang menyindir wanita itu. ”Ala mengada-ngada pesakit ni. Harap je muka cantik, tapi lembik” Saya tidak pasti mana datangnya suara itu. Namun ianya tentulah tidak adil baginya kerana hanya orang yang sakit saja mengetahui keadaan dirinya. Dan apa yang lebih menjadikan saya geram apabila suaminya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!