Tag Archives: hodoh

Darah haid berwarna coklat dan berketul-ketul

PERSOALAN DARAH HAID BERWARNA COKLAT DAN BERKETUL-KETUL Seorang wanita mungkin mendapati bahawa darah haid beliau menjadi warna perang gelap atau hampir berwarna hitam apabila menghampiri hari-hari terakhir haid. Ini adalah satu perubahan warna yang normal. Ia berlaku apabila darah adalah lama, tidak dapat dikeluarkan dari rahem dengan cepat. Jika darah haid ini (berwarna perang atau kehitaman) berlangsung hingga beberapa hari atau minggu melebihi hari kebiasaan haid, maka selalunya disebabkan oleh tahap hormon dalam badan yang tidak stabil. Ini tidak normal. Lapisan endometrium yang gugur sebagai haid hanya keluar sedikit demi sedikit menyebabkan ia lambat berhenti. Ini menyebabkan “darah haid” keluar agak …

Read More »

onani menyebabkan batang zakar patah

KUAT BERONANI BOLEH MENYEBABKAN BATANG ZAKAR PATAH “Salam doktor, saya berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah ketagihan untuk beronani walaupun saya sedang cuba untuk menghindarkannya. Ketika ini amalan onani saya saya agak pelik iaitu ketika onani, saya akan  membengkokkan zakar saya sedikit  untuk menambah keseronokan. Saya dapati selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar. Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak posisi dan gaya  ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks. Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak …

Read More »

Ramai lelaki Malaysia mati pucuk

RAMAI LELAKI MALAYSIA MATI PUCUK   Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang (2004).   Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu. Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi.   Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang …

Read More »

Kentut Dari Faraj

KENTUT DARI FARAJ   ” Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 36 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Masalah saya ialah saya mengeluarkan bunyi ketika bersama suami saya. Seolah-olah saya kentut, padahal ia keluar dari faraj, bukannya dubur. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada kalanya angin boleh keluar dari faraj. Ia sebenarnya adalah pembebasan udara yang terperangkap di dalam faraj semasa atau selepas hubungan seks dengan suami, menyebabkan ia berbunyi seperti kentut.   Ia tidak mengandungi gas berbahaya dan dan tidak mempunyai bau tertentu. Ia hanya udara dari atmosfera.   Puncanya adalah otot-otot di …

Read More »

Sopak bukan Penyakit Berjangkit

SOPAK ATAU VITILIGO   SOPAK atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen. Kehadirannya dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.   Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya, selain boleh menukarkan rambut menjadi putih. Penyakit vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal.   Kebanyakan kes yang melibatkan …

Read More »

Khasiat Peria untuk Penyakit Kronik

KHASIAT PERIA Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.   Peria juga mengandungi lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.   Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, boleh cuba meminum …

Read More »

Tidak datang haid selepas pembedahan hamil luar rahim

TIDAK DATANG HAID SELEPAS PEMBEDAHAN HAMIL LUAR RAHIM “Assalam mu alaikum doktor, saya ada pertanyaan sikit. Pada  bulan 5 lepas saya baru menjalani pembedahan laparoscopy d sebabkan kehamilan luar rahim. Tiub falllophian  saya dipotong sebelah kanan. Sekarang sudah 2 bulan saya tidak datang haid. Bila saya lakukan pemeriksaan UPT, ia negatif. Boleh saya tahu kenapa saya lambat datang haid, adakah sebab ubat antibiotic yg saya makan selepas operation. Mohon pencerahan , saya sangat risau. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan simpati atas ujian yang melanda puan. Semoga ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik. Puan masih …

Read More »

Bahaya Tidur dengan Bayi

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI   Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. …

Read More »

Ubat “viagra untuk wanita” diluluskan oleh FDA

UBAT “VIAGRA UNTUK WANITA” DILULUSKAN OLEH FDA   Hubungan intim antara suami isteri adalah suatu perkara yang penting. Boleh dikatakan hamper 30% punca penceraian berlaku apabila suami atau isteri atau kedua-duanya tidak lagi menikmati hubungan intim ini.   Sebab itu, apabila dalam hubungan suami isteri tiada lagi “chemistry” atau rasa seronok ingin bersama, selalunya nasib rumahtangga itu tidak bertahan lama, kecuali ada usaha untuk menyelamatkannya.   Tanpa rasa ingin bersama dengan suami atau isteri masing-masing, maka perasaan ini akan dikogsikan dengan orang lain.   Lelaki selalunya mengalami masalah ketegangan alat kelamin (erectile dysfunction) yang mana alat kelamin tidak mampu tegang …

Read More »

ANAK SELALU MENGALAMI PEMBENGKAKAN TONSIL

Terima kasih kerana membaca email saya,di sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan. Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap demam, batuk dan selsema  sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami “febrile fits”, dan berulang pada usia 2 tahun 3 bulan. Apa y merisaukan saya, tiap kali demam, doctor akan memberikan ubat antibiotic kerana jangkitan kuman pada tonsil, dan boleh dikatakan 2 bulan sekali diberikan antibiotics. Saya risau akan ada kesan sampingan jika ubat tersebut diambil dgn kerap. Sehingga kini, tonsil …

Read More »

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya mempunyai tahap kolestrole yang tinggi dan doktor telah memberikan ubat Simvastatin 40mg sehari sebiji. Masalah saya ialah, selepas sebulan saya mengambil ubat itu saya mengalami rasa sakit badan dan lemah otot. Otot-otot saya terasa sakit ketika bangun pagi dan ketika mahu menaiki tangga. dakah ini disebabkan oleh kesan ubat atau tahap kolestrole saya yang tinggi ?. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Doktor sering memberikan ubat statin (antaranya simvastatin) untuk pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Apabila kandungan kolesterol dapat dikurangkan dalam darah, ini …

Read More »

Kecederaan Anterior Cruciate Ligamen (ACL) Tidak Semestinya Memerlukan Pembedahan

KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT   “ Salam dr. Saya nk tanya pandangan dr. Saya mengalami masalah koyak ACL, tetapi belum lagi melakukan pembedahan kerana ingin beubat kampong. Alhamdulillah, sudah boleh jalan seperti biasa dalam tempuh sebulan. Cuma saya ingin bertanya apakah supplement apa yang bagus untuk pulih dan kuat kan lutut sy? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah ligamen di dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut. Kecederaan ACL sering terjadi kepada pemain sukan yang lasak, seperti pemain bola sepak, futsal, tenis, badminton, bola tampar dan sukan mempertahankan diri. Pada umumnya ACL boleh …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Setelah 8 bulan Berhenti Ambil Suntikan dan Pil Perancang Keluarga

KITARAN HAID MASIH TIDAK MENENTU SETELAH 8 BULAN MENGHENTIKAN PENGAMBILAN SUNTIKAN DAN PIL PERANCANG KELUARGA   “Assalamulaikum. Dr saya nak bertanya, saya bersalin secara pembedahan Ceaser pda tahun 2014, Saya pernah mengambil suntikan perancang depo selama 3 bulan, kemudian saya berhenti dan mengambil pil prancang selama 8bulan. Setelah berhenti mengambil pil prancang, kitaran haid saya jadi tidak menentu. Saya mengalami pendarahan selama sebulan. Berapa lama kesan pil perancang akan hilang,dan boleh hamil. Sebab saya sudah 7 bulan tidak lagi mengambil pil perancang. Terima kasih”.   WAALAIKUM MUS SALAM   Masalah puan berkaitan dengan kitaran haid tidak menentu setelah menggunakan suntikan …

Read More »

PESAKIT HYPERTHYROIDISM SUKAR BERNAFAS

“Saya di sahkan menghidap HYPERTHYROIDISM. Doktor yang merawat telah membuat pemeriksaan di leher dan keadaan saiz thyroid saya normal tiada bengkak.Saya diberikan ubat anti thyroid hormone makan 11 biji sehari. Dalam masa yang sama saya mengalami masaalah “tak puas bernafas” atau “nafas x cukup”. Adakah itu sebab kesan dari throid itu sendiri atau kesan sampingan yang biasa. Doktor juga telah membuat x-ray paru paru dan ujian paru paru/pernafsan.Katanya normal.Bila jdi keadaan kurang/x puas bernafas saya baring sekejap untuk dapatkan puas tarik nafas.harap dokto dapat bantu saya mengatasi masaalah saya dan dapat bagi panduan untuk penghidap thyroid dari segi pemakanan dan …

Read More »

Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar …

Read More »

Berapa Cepat Saya Boleh Menguji Kehamilan dengan UPT?

BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT? “Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah gejala nak datang haid? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda payudara menegang dan sakit tidak bermakna puan sedang hamil. Mungkin juga puan akan mengalami kedatangan darah haid. Jadi cara terbaik untuk menguji puan hamil atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan UPT. Ketepatan ujian UPT ini bergantung kepada jenis …

Read More »

KEGUGURAN LALU MENJEJASKAN PELUANG HAMIL SEMULA?

“Salam, saya telah melakukan beberapa kali D&C ketika saya masih belajar di universiti. Atas kesilapan saya, saya menjalani prosedure itu kerana kami suami isteri belum bersedia untuk hamil. Sekarang kami telah bekerja dan umur pekahwinan kami memasuki 6 tahun. Adakah saya sukar hamil akibat prosedure D&C yang lepas? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah sukar hamil yang puan alami mungkin tiada kaitan dengan keguguran dan prosedure D&C yang pernah puan jalani. Kebiasaanya prosedure itu selamat dan tidak mendatangkan komplikasi. Namun ada beberapa peratusan kecil, di mana prosedure D & C ini menyebabkan parut di bahagian atas pangkal rahem atau …

Read More »

BAYI BERAK DALAM RAHEM

Ramai yang bertanya tentang masalah bayi mereka dikatakan berak dalam rahem.   Dalam kes-kes yang biasa, air ketuban (cecair amniotik) yang berada di dalam rahem, akan ditelan dan masuk ke dalam paru-paru. ia tidak berbahaya kepada bayi dalam rahem, kerana ia bersifat sterile (bersih dari kuman).   Meconium ialah najis awal (tahi) yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir tidak lama selepas kelahiran. Kebiasaannya ia keluar dari badan sebelum bayi tersebut mula mencerna susu ibu (atau susu formula) yang diberikan sebaik saja atau beberapa jam selepas dilahirkan.   Dalam beberapa kes, ada bayi yang mengeluarkan meconium ketika masih di dalam rahem. …

Read More »

Berapa banyak penambahan berat badan ketika hamil?

Ada beberapa ibu hamil yang risau dengan penambahan berat badan yang agak perlahan. Hal ini telah ditegur oleh jururawat/bidan terlatih yang bertugas. Penambahan berat badan ini sangat penting kerana ia menunjukkan bayi dalam rahem sedang membesar dengan baik. Agak sukar saya memberikan komen kepada hal ini, kerana ia bergantung kepada ketinggian, bentuk tubuh dan berat sebelum hamil. Namun pada amnya di akhir kehamilan, penambahan berat badan sebanyak kira-kira 12.5kg (27,6 lb) berbanding sebelum hamil. Daripada penambahan berat ini, satu pertiga datangnya dari berat bayi, uri dan cecair ketuban. Sebagai contoh, penambahan berat badan disebabkan oleh: 1. Berat bayi kira-kira 3.3kg …

Read More »

Demam selepas rawatan chemotherapy

DEMAM SETELAH RAWATAN CHEMOTHERAPY   “Salam doctor. Anak saya mengalami penyakit kanser dan baru menghabiskan rawatan satu kitaran dari empat pusingan chemo. Result darah anak saya FBC anak saya menunjukkan peningkatan di mana WBC-9.6, Hb-10.6, Platelat -315. Sekarang ini anak saya berada di rumah sementara menunggu rawatan seterusnya minggu depan. Sepanjang di rumah, saya dapati suhu badannya tidak menentu. Saya mohon Dr Zubaidi boleh berikan pendapat dan jika boleh beritahu apa patut saya lakukan utk pastikan anak saya tidak demam sepanjang di rumah?  Terima kasih atas masa dan perhatian Dr.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kanser secara …

Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP   “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi …

Read More »

Rahem ke dalam, adakah sukar hamil?

RAHEM KE DALAM, ADAKAH SUKAR HAMIL?   “Salam .dan salam syawal Dr. Harap Dr menjawab persoalan saya. Semasa bulan puasa. Period saya berlarutan sehingga 15hari. Kemudian saya pergi hospital pakar puan. Doktor melakukan pemeriksaan scan dan tiada apa kelihatan yang tidak normal termasuk rahim, cuma kata “rahim berada dalam keadaan ke dalam” katanya. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut sebab pada masa itu saya agak keliru. Sekarang baru saya khuwatir .Adakah bahaya jika rahim ke dalam dan tidak kelihatan. Adakah sukar untuk hamil? Mohon penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA.   Puan mengalami dua kemusykilan, …

Read More »

Anak demam melebihi 10 hari

ANAK DEMAM “ON AND OFF” BATUK DAN BERKAHAK MELEBIHI 10 HARI   “Assalammualaikum doktor. Anak saya mula batuk pada 8hb Feb kemudian pada 10hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan. Doktor yang bertugas memberikan ubat antibiotik amoxycilin dgn ubat batuk bromehexine. Lepas habis ubat antibiotic, anak saya masih tidak sembuh.   Pada 13hb Feb saya pergi klinik swasta dan doctor tidak berikan antibiotik, Cuma memberikan ubat salbutamol dan prednisolone, namun anak saya masih tidak sembuh juga.   Pada 24hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan semula. Doktor memberikan nebulizer dan melakukan pemeriksaan x-ray. Doktor memberitahu ada …

Read More »

Kesan jangka panjang onani, melancap dan masturbasi

KESAN JANGKA PANJANG MASTURBASI, MELANCAP DAN BERONANI   “Salam doktor, saya ingin bertanya apakah kesan beronani?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Onani, masturbasi dan melancap merujuk pada perkara yang sama, iaitu mendapat kepuasan seksual bersendirian atau bersama pasangan dengan menggunakan tangan atau alat bantuan seks.   Perbuatan ini memang akan menyebabkan seorang lelaki mengalami tanda-tanda awal mati pucuk, seperti sukar mendapat kepuasan (lambat pancutan), sukar mendapat ketegangan zakar atau ketegangan zakar yang tidak maksima.   Bagi wanita pula selalunya sukar dikesan kerana mereka lebih suka mendiamkan diri walaupun tidak mendapat kepuasan seksual. Kebiasaanya wanita juga mengalami masalah ini kerana …

Read More »

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA   “Salam doktor. Apa kesan kesihatan seseorang yang tidur selepas bersahur?”   WALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang. Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, …

Read More »

Pendarahan selepas keguguran

PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN     Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya: 1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami. 2)adakah pendarahan ringan …

Read More »

Berzikir dengan suara yang kuat dan ubat penenang

BERZIKIR DENGAN SUARA YANG KUAT DAN UBAT TENANG   “Assalamualaikum Doktor, saya ingin ajukan soalan berkaitan pengambilan ubat penenang dan ubat tidur. Baru-baru ini salah seorang ahli keluarga saya mengalami gangguan. Pada awalnya, beliau menunjukkan sikap yang aneh dan tidak seperti keadaan normal iaitu kerap berzikir dengan suara yg kuat, tidak tidur malam, dan tidak makan. Keluarga saya telah pun membawanya ke hospital dan dirujuk ke bahagian psikiatri. Beliau juga diberikan ubat penenang dan ubat tidur. Selain rawatan moden, kami juga ikhtiar dengan rawatan islam, dan alternatif. Namun masih belum menunjukkan tanda untuk sembuh. Doktor juga mengatur temujanji untuk melakukan …

Read More »

Ambil POSTINOR kitaran haid tidak menentu

 AMBIL POSTINOR KITARAN HAID JADI TIDAK MENENTU   “Salam Doktor, saya ingin bertanya satu masalah. Saya menggunakan pil pencegah kehamilan POSTINOR, dan saya mengambilnya 4 biji sebulan.  Sejak mengambil POSTINOR kitaran haid saya menjadi tidak teratur, kadang kala sedikit dan ada masanya dua kali dalam sebulan. Soalan saya apakah ini kesan sampingan pengambilan POSTINOR? Sebelum ini saya tidak pernah ada masalah kitaran haid yang tidak teratur. Soalan kedua,  apakah kesan sampingan lain POSTINOR? Bolekah saya terus mengambil pil postinor ini? Adakah ini akan memberi masalah kesuburan sekiranya saya ingin hamil pada masa akan datang? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA …

Read More »

Tunggu sejam UPT ada jalur halus

UPT MENGELIRUKAN TUNGGU SEJAM ADA JALUR HALUS   “”Assalamualaikum. Doktor, saya ada buat ujian UPT. Bersama ini saya tunjukkan gambar ujian UPT saya. Kalau macam ini adakah saya hamil? Saya menjadi keliru kerana saya telah menunggu hampir sejam, jalur halus itu tidak hilang. Mulanya jalur itu tidak ada. Selepas setengah jam, baru timbul jalur haus itu. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian UPT seharusnya dibaca dalam masa 5 min selepas contoh air kencing telah dititiskan. Jika UPT positif, bermakna ada dua jalur. Jika UPT negatif hanya ada satu jalur di bahagian C sahaja.   UPT tidak harus …

Read More »

Anak Tidak Mahu Menyusu Badan Lagi Sebab Puting Kecil

ANAK TIDAK MAHU MENYUSU IBU LAGI SEBAB PUTING KECIL “ Assalammualaikum Dr. Zubaidi,  saya ingin bertanya berkenaan dgn susu badan dimana Ada kwn mengesyorkn injection utk hormon yg menghasilkn susu badan..Sy berharap doctor dpt memberi pandangan utk Sy. Untuk pengetahuan doctor, saya mempunyai bayi berusia 56 hari. Di awal kelahiran susu masih ada sehingga hari ke 6 bayi saya ada sedikit  kekuningan (jaundice). Oleh kerana  kekurangan susu badan saya memberi susu formula & disebabkan itu bayi saya tak mahu breast feed akibat puting saya yang kecil berbanding puting tiruan. Mohon doktor bantu saya utk breast feeding kerana dua anak yang …

Read More »

Suntik Rubella secara tidak sedar telah hamil dan anak dikatakan akan cacat

SUNTIK RUBELLA SECARA TIDAK SEDAR TELAH HAMIL DAN ANAK DIKATAKAN AKAN CACAT    “Assalamualaikum. Saya nak ucapkan terima kasih pada doktor.. kerana dgn penulisan dan penerangan doktor dlm blog dan juga di fb byk membantu sy.. terutama semasa sy mengandungkan anak sy yg ke 2 yg mana nurse desa memberi sy suntikan rubella yg ketika tu sy tak sedar sy sedang hamil 4 minggu.. bila sy tahu dan sy rujuk semula pada klinik desa berkenaan semua kata2 negetif dr diorg.. dia ckp anak sy akak cacat dan soh sy pergi mana2 klinik swasta utk cuci.. tp sy tak sanggup sbb …

Read More »

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN     ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.   Saya percaya doktor telah memberikan …

Read More »

Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan

ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN “Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang bulan.Dia telah membuat pemeriksaan UPT sebanyak 4 kali (3 kali buat di rumah, dan sekali dibuat di klinik swasta). Agak menyedihkan, keempat-empat ujian tersebut adalah negative. Saya telah membuat appointment lain dengan klinik tersebut untuk membuat scanning pada isteri saya. Di sini ada beberapa soalan ya Dr.: 1. Jika scanning …

Read More »

Suntikan perancang haid tidak datang lebih 6 bulan

KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA “as salam dr.. saya nak tanya.. saya ada bayi sekarang berumur 13 bulan.. masih breastfeed walau pun x sepenuhnya.. selepas 2 bulan melahirkan, saya ada mengambil suntikan depo sebanyak 2 kali bagi tempoh 2 bulan sekali. selepas itu saya sudah menghentikan pengambilan suntikan depo.. masalahnya, hingga ke hari ini saya masih x period…adakah itu normal dr ? saya sudah 6 bulan stop injeksion depo tu dr..” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara kesan sampingan injeksion perancang tersebut adalah kitaran haid yang tidak menentu. Kesan ini selalunya bersifat sementara, dan paling lama ia berlangsung selama enam bulan. Saya …

Read More »

Sedikit pendarahan pada 8 minggu kehamilan

 PENDARAHAN PADA MINGGU KE LAPAN KEHAMILAN   “salam doc.. sori ,meganggu. ada 1 soalan kecemasan ni. sy pregnant 2 1/2 bulan. ms kandungan 8 minggu ada sedikit bleeding & warded lps tu ok. skg keluar pulak lendir coklat yg terlalut pekat. coklat kehitaman. blh tlg jelaskan tak apa yg berlaku? Tq”   WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa, terutamanya dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, kadang kala ia tidak membahayakan bayi dalam rahem. Pendarahan ini akan berhenti dalam masa dua atau tiga hari. Punca pendarahan seperti ini disebabkan oleh: Pendarahan implantasi, yang mungkin berlaku apabila …

Read More »

Keguguran akibat makan ikan pari

KEGUGURAN AKIBAT MAKAN IKAN PARI   “Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa.  Sy baru mengalami keguguran pd usia kandungan 3 bulan..dan sy ingin bertanya adakah memakan ikan pari sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana sy ada mkn ikan pari sewaktu hamil dan selepas beberapa hari ada bleeding. Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab persoalan sy ini”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang puan alami. Semoga ALLAH  mnggantikan kehilangan yang puan alami dengan sesuatu yang lebih baik.   Puan mengalami keguguran pada usia kehamilan 3 bulan iaitu lebih kurang 12 minggu. Sebenarnya banyak punca keguguran …

Read More »
error: Content is protected !!