Advertorial
Home » Tag Archives: hitam

Tag Archives: hitam

Darah Haid atau Keguguran

DARAH HAID ATAU KEGUGURAN? “As salamu alaikum  Dr Zubaidi,  saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik,  saya hamil.  Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit.  Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG.   Ini kerana kebanyakan alat UPT yang dijual di Malaysia tidak sensitif pada hormone hCG yang rendah, yang dikeluarkan oleh uri di awal kehamilan.   ... Read More »

Menghilangkan kulit hitam di leher

MENGHILANGKAN KULIT HITAM DI LEHER     “Salam Doktor, seorang pesakit diabetes berusia 45 tahun dan berat saya 120kg. Masalah saya ialah saya mengalami ‘skin tag’ dan mempunyai daki yang tebal pada leher saya. Bolehkah daki yang tebal ini dihilangkan? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya saudara mengalami masalah yang dinamakan “Acanthosis Nigricans” iaitu kulit menjadi tebal dan gelap terutama di kawasan berlipat seperti leher, ketiak, atau lipatan antara payudara dan dada.   Acrochordons (tags kulit) sering hadir di kawasan-kawasan terlibat.   Ia selalu berlaku pada pesakit diabetes mellitus, obese, Polycyctic Ovarian Syndrome, dan Cushing Syndrome.   Jadi agak sukar untuk menghilangkan kulit tebal berwarna gelap itu kerana ia bukanlah daki atau pengumpulan kotoran sel-sel kulit yang mati. Apa yang lebih penting ialah saudara mengawal gula dalam ... Read More »

Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk

    “Salam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Ya, saya percaya saudari mengalami reaksi alahan pada kulit setelah menggunakan produk ubat jerawat itu.   Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu badan yang mengawal keselamatan ubat,  Food and Drug Administration (FDA) di Amerika syarikat pada 25 June 2014 telah melaporkan terdapat insiden di mana ubat merawat jerawat yang boleh diberi terus dari farmasi, tanpa preskripsi doctor, boleh menyebabkan alahan pada kulit yang teruk.   Bahan-bahan dalam ubat merawat ... Read More »

Najis anak saya normal ?

      “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai anak lelaki berumur satu  tahun. Masalahnya setiap kali anak saya membuang air besar saya dapati najis anak saya berwarna coklat kehitaman. Sebelum ini najisnya berwarna kekuningan. Ini membuatkan saya risau”    Wa alaikum mus salam.   Saya berharap puan tidak terlalu risau dengan warna najis anak puan dan harus lebih memantau keadaan kesihatan anak puan secara keseluruhan.   Kebiasaannya jika anak puan boleh mengeluarkan najis berwarna coklat, hijau atau kuning gelap, ia adalah normal.   Tidak perlu puan risaukan. Warna najis bergantung kepada makanan yang diberikan kepadanya.   Walau bagaimana pun jika anak puan mengeluarkan warna merah, hitam dan warna kuning pucat, ia mungkin menandakan anak puan mengalami masalah.   Najis berwarna merah mungkin menandakan anak puan mengalami radang dalam usus besar. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!