Advertorial
Home » Tag Archives: hidung (page 6)

Tag Archives: hidung

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).   Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi, terutamanya risiko penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung. Kebiasaanya jika dalam masa 10 ... Read More »

Vitamin C dan Udang boleh bawa maut?

  Ramai orang yang menyebarkan kononnya “ orang yang memakan udang dan vitamin C boleh membawa maut kerana ia akan menyebabkan terjadinya racun dalam tubuh sehingga menyebabkan keluar darah darah hidung, telinga dan mata”   Baru-baru ini seorang arakn menelefon bertanyakan hal yang sama. Saya hanya memberitahu ia adalah kongsian dalam facebook dan blog. Belum tentu sahih. Penulis artikel ini juga tidak diketahui.   Di akhir perbualan rakan saya memberitahu, “sebab saya biasa makan makanan laut terutamanya udang yang diperah bersama jus lemon. Tapi tiada apa yang berlaku pun.. Masih hidup..!”   Saya tersenyum.   Bila saya semak artikel itu rupanya ia disertakan dengan gambar seorang wanita yang terbaring di lantai/jalan raya mati dengan darah yang banyak keluar dari mata, telinga, hidung dan mulut kononnya disebabkan oleh keracunan arsenik.   ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Anak sengau

  “Salam doctor. Saya mempunyai anak berusia 7 tahun dan baru memasuki sekolah. Beliau mempunyai masalah sengau. Apakah punca sengau dan perlukah beliau menjalani pembedahan? Mohon perncerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan anak puan. Masalah sengau haruslah diatasi segera kerana selalunya kanak-kanak sebegini mempunyai rasa rendah diri dan sering menjadi mangsa buli.   Apabila seorang bercakap antara satu sama lain, pertuturan berlaku ketika bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui mulut atau hidung.   Bunyi yang keluar dari hidung ialah bunyi ‘m’, ‘n’, ‘ng’ dan ‘ny’. Bunyi selain dari ini dihasilkan dari mulut.   Jadi sekiranya, bunyi yang sepatutnya keluar dari mulut, tetapi keluar melalui hidung, akan menyebabkan bunyi yang sengau.   Ia berlaku apabila struktur dalam mulut dan hidung yang dikenali sebagai injap velopharyngeal yang terdiri ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Bolehkah bayi gunakan bedak?

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menggunakan bedak untuk bayi saya selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan asthma pada bayi saya?”   Wa alaikum mus salam.   Bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat , selagi puan menggunakannya dengan berhati-hati.   Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak puan. Jika tidak, ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asthma.   Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran  bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak.   Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh boleh menyebabkan kanser. Walau bagaimanapun  banyak kajian telah mengkaji hal ini dan mendapati ia tidak benar.   Tuala lembut yang kering dapat mengeringkan ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang diberikan oleh doktor berkenaan, kerana saya tidak mengetahui hal keadaan sebenar ketika itu.   Saya sendiri lebih berhati-hati apabila memeriksa pesakit lelaki yang berumur sekitar 40an yang mempunyai risiko untuk ... Read More »

Bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan hidung?

    Kebanyakan pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti. Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti.   Apabila hidung anda berdarah: Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut. Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual. Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan. Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik. Anda juga boleh menggunakan ... Read More »

Lendir Melekat di Tekak

“Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung? Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk saya?  Harap doktor dapat menjawab secepat mungkin kerana saya amat risau dgn keadaan saya.”   Wa alaikum mus salam. Saya percaya  puan mengalami alahan allergic rhinitis, iaitu sejenis alahan yang melibatkan kawasan muka terutamanya ... Read More »

Sup ayam baik untuk pesakit demam selsema

    Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema.   Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu.   Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response).   Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.   (rujuk: Rennard BO, Ertl RF, Gossman GL, Robbins RA, Rennard SI (October 2000). “Chicken soup inhibits ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Mengapa Anak Saya Batuk waktu Malam ?

        “assalamualaikum, doktor. Saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang sering mengalami batuk yang kuat terutama malam dan subuh. Dia telah membuat pemeriksaan di klinik dan doctor memberitahu memberikan rawatan nebulizer untuk mengurangkan batuknya tetapi masih tidak lagi sembuh. Mohon pencerahan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Ibubapa selalu membawa anak mereka ke klinik kerana anak mereka mengalami batuk. Adakalanya batuk mereka tidak disertai dengan demam, hanya batuk kering yang berterusan sebaik saja batuk bermula.   Batuk berlaku sebagai satu tindak balas apabila ada bendasing sama ada kahak, habuk dan sebagainya yang memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini, paru-paru kita dapat mengelak daripada dicemari dengan bendasing itu.   Jadi batuk sebenarnya memberikan faedah kepada kita. Oleh itu, batuk hanya sebagai tanda bahawa system pernafasan kita sedang mengalami ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal. Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. Saya mahu bertanyakan beliau, tapi beliau kelihatan sibuk dan tidak mesra pesakit. Boleh doktor terangkan?” Penambahan berat badan adalah penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahem, penambahan saiz organ-organ ibu ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!