Tag Archives: herba

REMAJA LAMA TIDAK DATANG HAID

“Salam doctor. Anak saya berusia 18 tahun. Beliau telah mula datang haid pada usia 15 tahun. Sekarang beliau mengadu sudah tidak dating haid selama 3 bulan. Apakah penyakit itu, doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Secara umumnya, jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, bolehlah lakukan pemeriksaan. Apa yang selalu saya lakukan di klinik ialah lakukan pemeriksaan air kencing untuk kehamilan, walaupun anak puan kelihatan sopan dan belum berkahwin. Banyak kes di mana seorang gadis sebenarnya hamil dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Ibubapa pula tidak menyedari langsung kegiatan anak gadis. Bila disoal siasat …

Read More »

beza jangkitan kuman dengan bakteria

BEZA JANGKITAN KUMAN VIRUS DENGAN BAKTERIA “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengalami demam dan doctor telah memberikan ubat antibiotic yang mahal. Perlukah saya menggunakan ubat antibiotic itu sedangkan demam saya tahap sederhana? Mohon penjelasan dan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seseorang itu demam, ada dua kemungkinan yang biasa berlaku sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman bakteria atau  jangkitan virus.   Kedua-dua jangkitan bakteria dan virus boleh menyebabkan demam, menggigil, rasa seram sejuk dan keletihan. Oleh itu sukar untuk membezakan jika seorang yang demam itu mengalami jankitan viral atau bakteria.   Kedua-dua jenis jangkitan ini harus dibezakan …

Read More »

ubat senggugut

UBAT SENGGUGUT     “Assalamualaikum, saya mengalami senggugut yang agak kuat, sehingga tidak dapat bekerja. Saya belum berkahwin. Apakah rawatan bagi senggugut ini? Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita ketika  datang haid. Ia sering kali menjadi masalah sehingga menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.   Senggugut juga dikenali sebagai “dysmenorrhoea”.   Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan wanita, tanpa sebab. Maknanya tiada masalah kesihatan atau penyakit.   Namun ada beberapa wanita yang mengalami senggugut disebabkan oleh masalah penyakit. Antaranya:   Endometriosis. Cyst Ovari …

Read More »

Bahaya kencing tidak lawas

BAHAYA KENCING TIDAK LAWAS “Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai kencing tidak lawas. Saya ada mengalami ini beberapa bulan yang lalu dan sehingga kini saya masih mengalaminya. Adakah ia berbahaya? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kencing tak lawas bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gejanla atau tanda penyakit yang lebih serius terutama jika dihadapi oleh kaum lelaki.   Oleh itu apa yang penting ialah mencari puncanya dan dengan itu ia boleh dirawat dengan sempurna.   Ada pelbagai jenis kencing yang tidak lawas bergantung kepada puncan-puncanya.   1.Air kencing keluar dengan sendiri walaupun tak keinginan untuk membuang air kecil.   …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor

KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR? “Assalamualaikum doktor,  Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan  ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid …

Read More »

Air dapat merawat migraine

AIR YANG DIMINUM DAPAT MENGURANGKAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAINE “salam doctor. Saya adalah penghidap migraine yang kuat dan kerap. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengalam sakit kepala sehingga tidak dapat melakukan kerja. Saya sering mengambil MC untuk berehat di rumah. Selain dari ubat-ubatan, apakah yang say perlu lakukan untuk mengurangkan sakit kepala saya. Mohon nasihat, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Sakit kepala migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan rasa mual dan muntah . Sesetengah pesakit menjadi sangat sensitif  terhadap cahaya dan bunyi bising. Kebanyakan pesakit akan merasa sakit pada sebahagian kepala, dan biasanya ia berulang. …

Read More »

Lendiran Dari Faraj Tanda Subur

LENDIRAN DARI FARAJ TANDA SUBUR “Salam doctor, saya ada soalan yang agak segan saya Tanya kepada mana-mana doctor. Masalah saya ialah beberapa hari selepas haid saya kering, terdapat banyak lendiran faraj keluar. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Adakah ia menandakan suatu penyakit. Untuk pengetahuan doctor saya berusia 22 tahun dan masih belum berkahwin. Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Lendiran faraj yang banyak keluar, tidak bermakna ia suatu penyakit. Ia adalah normal dan mungkin suatu tanda saudari seorang yang subur. Selalunya apabila beberapa hari selepas haid kering, akan keluar lendiran dari faraj, bentuknya seperti putih telur yang …

Read More »

Mengira Hari Subur Bagi Mengelakkan Hamil

MENGIRA HARI SUBUR BAGI MENGELAKKAN HAMIL “Salam doctor,saya banyak mengikut dan membaca tentang info mengenai kesihatan penyakit yang doktor kongsikan. Saya ingin bertanya dengan lebih terperinci tentang perancang keluarga tanpa mengambil pil, suntikan, implan dll. Saya ingin merancang sendiri. Masalahnya sy tidak tahu masa subur, tanda2 subur dan bagaimana kiraan waktu subur. Saya berharap sangat doktor dapat membantu dan memberi pandangan yang sewajarnya. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat perancang keluarga , dinamakan kaedah kalender.   Dalam kaedah ini, pasangan suami isteri cuba mengelak melakukan hubungan seksual pada hari-hari subur.   …

Read More »

Guttate psoriasis

GUTTATE PSORIASIS Tidak semua antibiotik menyebabkan alahan ubat. Adakalanya doktor terkeliru apatah lagi selepas ubat diberikan, pesakit mengadu mengalami alahan pada kulit. Dalam satu keadaan yang dinamakan “Guttate psoriasis” atau dalam bahasa mudahnya  ” letusan psoriasis ” adalah sejenis penyakit kulit psoriasis yang muncul selepas  jangkitan bakteria, biasanya jangkitan saluran pernafasankecil . Pesakit mengalami demam, selsema dan batuk, lalu diberikan antibiotik. Tidak lama, pesakit datang semula ke klinik dan mengadu mengalahi ruam yang gatal di kulitnya. Ruam sebesar  0.5-1.5 cm diameter, terutamanya pada kulit belakang dan peha. Dalam kes ini, alahan itu bukannya disebabkan oleh alahan ubat tetapi letusan yang …

Read More »

Keratoacanthoma

KERATOACANTHOMAS Seorang petani berusia 68 tahun datang ke klinik dengan menunjukkan masalah yang dialami pada jari kanannya. Seperti ada ketumbuhan  (nodule) dan sedikit nanan di tengah-tengahnya. Beliau tidak berasa sakit dan semua jarinya boleh digerakkan tanpa masalah. Selepas biopsy diambil, beliau didiagnosakan mempunyai masalah “Keratoacanthomas” dan sebahagian dari kanser yang dinamakan Squamous Cell Carcinoma dan perlukan rawatan yang agresif. Ia  gigitan serangga atau jangkitan kuman.    

Read More »

pesakit batu karang mengalami tulang yang reput

PESAKIT BATU KARANG MENGALAMI TULANG YANG REPUT     Pesakit yang pernah mempunyai batu karang dalam ginjal mungkin mengalami peningkatan risiko untuk mendapat kecederaan patah tulang dengan mudah. Kajian ini diterbitkan dalam “Clinical Journal of the American Society of Nephrology.” Ini kerana pesakit yang mempunyai batu karang dalam air kencing selalunya bermula dengan mengalami peningkatan kepekatan mineral kasium dalam air kencing. Mineral kalsium ini akan perlahan-lahan mendak dalam buah pinggal dan menyebabkan batu karang. Kalsium yang keluar melalui air kencing biasanya berasal dari tulang dalam tubuh. Ini bermakna garam kalsium dari tulang keluar dan menyebabkannya menjadi rapuh dan mudah patah …

Read More »

Bolehkah Bidan Kampung Mendiagnosa Fibroid

  “Salam doktor. Saya berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya telah diurut oleh seorang bidan kampung sebagai persediaan saya untuk bernikah tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh bidan kampung itu bahawa ada fibroid. Sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kitaran haid saya. Bolehkah saya mempercayai kata-kata beliau?. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menolak pengalaman bidan kampung, namun ada beberapa perkara yang beliau katakan mungkin betul dan mungkin tidak. Kata-kata beliau mungkin setakat kebetulan saja.   Ini kerana fibroid adalah ketumbuhan pada rahem yang berada jauh di dalam perut. Dengan urutan …

Read More »

Memakai bra ketika menyusukan anak

BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI   “Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini .   Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan …

Read More »

Susu Formula Terbaik untuk Eczema

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA   “Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan …

Read More »

Gejala Jangkitan Kuman pada Ginjal ketika Hamil

APAKAH GELAJA JANGKITAN PADA BUAH PINGGANG KETIKA HAMIL   “Salam doktor, saya hamil 20 minggu. Baru-baru ini saya mengalami rasa pedih ketika kencing dan melihat air kencing saya agak keruh. Saya rasa sangat letih dan demam menggigil. Adakah ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Semasa hamil, jangkitan kuman pada pundi kencing lebih mudah menjangkiti berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, kuman akan menjangkiti pula buah pinggang (ginjal) dan boleh memudaratkan diri dan bayi dalam rahem. Tanda-tanda jangkitan kuman pada ginjal ialah: 1. demam panas (sehingga menggigil, …

Read More »

APAKAH GELAJA JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING PADA WANITA HAMIL?

  “Salam doktor. Saya hamil 20 minggu. Saya mengalami kencing yang kerap. Ada rakan-rakan mengatakan saya mengalami kencing kotor, dan jurarawat di pusat kesihatan pula mengatakan ia adalah normal bagi wanita yang sedang hamil. Bagaimana saya hendak mengetahui sama ada ia disebabkan oleh kencing kotor atau disebabkan rahem saya yang sudah membesar? Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Kencing kotor adalah nama yang diberikan oleh orang awam untuk jangkitan kuman dalam air kencing. Ia boleh berasal dari pundi kencing atau dari ginjal. Gejala jangkitan pada pundi kencing (cystitis) berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain. Tanda-tanda biasa …

Read More »

Bahana MSG

Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki berbadan besar datang berjumpa saya, kerana sakit kepala. Bacaan tekanan darahnya agak ‘borderline’ dan saya memintanya datang semula selepas seminggu. Saya tidak memberikannya ubat. Saya minta dia minum air 2L sehari setelah membaca al fatihah dan tiupkan ke dalam air botol itu. Sebelum beliau meninggalkan saya, saya menarik tangannya dan berbisik. “Kalau mahu sihat, tak perlu lagi ke restoran segera seperti McD, Bugger King, KFC.. ” Beliau tidak datang. Selepas enam bulan, pada satu malam dalam perjalanan pulang, saya mengisi minyak di Petronas. Ada seorang lelaki gagah menepuk saya dari belakang. Saya fikirkan saya …

Read More »

KESAN DEMAM DI AWAL KEHAMILAN

“Salam doktor, saya hamil 10 minggu. Demam saya sekejap naik dan sekejap turun. Adakah kesan seperti ini memberi kesan pada bayi saya yang masih dalam rahem?”  WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi demam tinggi (lebih dari 103 darjah Fahrenheit) boleh membawa maut untuk bayi. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan susu ini, atau demam yang rendah ini bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, …

Read More »

MENGAPA DEMAM KETIKA HAMIL BERBAHAYA?

“Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah.   Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman.   Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan …

Read More »

RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)

“Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia.  Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia. Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan  maxillofacial dan pembedahan plastik. PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi …

Read More »

Luka Diabetes

LUKA DIABETES   “Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami  rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik. Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis. Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif. Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, …

Read More »

Kitaran Haid 40-60 Hari

KITARAN HAID 40-60 HARI.. “Salam doctor, saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Selalunya antara 40-60 hari. Adakah ia disebabkan oleh masalah PCOS?”Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda utama seorang wanita mungkin mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome – PCOS) ialah apabila mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ada pesakit yang mengalami haid antara dua hingga tiga bulan sekali. Namun begitu kitaran haid yang tidak teratur, hanya satu tanda untuk penyakit PCOS, dan pesakit harus menjalani pemeriksaan doctor, teruatamanya pemeriksaan hormone dalam darah dan ultrasound bagi melihat imej ovary. Ini kerana PCOS berlaku apabila …

Read More »

TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT

Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini: 1. Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak. 2. Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih. 3. Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok . 4. Elakkan dari persekitaran yang berhabuk, dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama. 5. Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat. 6. Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan …

Read More »

SUDAH MENGAMBIL UBAT BATUK TETAPI BELUM SEMBUH

” Salam doktor, saya mengalami batuk selama dua minggu. Pelbagai jenis ubat batuk yang saya gunakan. Saya ambil dari klinik dan hospital dan ada yang saya beli dari farmasi dan kedai ubat. Ia belum sembuh. Adakah ubat-ubat yang saya ambil tidak lagi berkesan kepada saya? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Batuk adalah bukan penyakit. Ia adalah mungkin gelaja bagi penyakit yang lebih serius atau ia adalah sebagai tindak balas refleks yang normal apabila melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau apabila terkena bahan-bahan seperti habuk, atau hawa yang sejuk. Adakalanya batuk disertai dengan selsema dan demam yang rendah. Bagi batuk …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Tekanan darah yang tidak stabil

“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung  dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala  di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor. Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit kepala yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Produk herba kuat seks dirampas

  KUALA LUMPUR 31 Julai – Berselindung di sebalik kandungan herba asli dari Brazil yang kononnya boleh meningkatkan kemampuan seks golongan lelaki, satu produk kesihatan dikesan boleh mendatangkan bahaya kerana mengandungi racun berjadual. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hari ini menyerbu sebuah premis di Jalan Sarikei di sini dan merampas tujuh kotak produk tersebut yang dianggarkan bernilai RM840. Ketua Unit Perhubungan Media Bahagian Perkhidmatan Farmasinya, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, hasil ujian makmal yang dijalankan sebelum ini, produk yang dirampas itu dikesan mempunyai racun berjadual serta boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna. “Produk itu mengandungi sildenefil iaitu sejenis racun berjadual yang memerlukan preskripsi …

Read More »
error: Content is protected !!