Advertorial
Home » Tag Archives: Hepatitis B

Tag Archives: Hepatitis B

Kemudaratan Penyakit Kelamin ketika hamil

    Baru-baru ini saya ditemui oleh seorang wanita muda berusia awal 20an yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang bakal menjadi tunangnya.   Beliau tidak membuat laporan polis kerana mereka juga dijangka akan dinikahkan tidak lama lagi.   Malangnya ketika pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan, doktor yang bertugas disana beliau menghidap penyakit kelamin yang belum ditentukan lagi jenisnya.   Walau bagaimana pun beliau bernasib baik kerana tidak dijangkiti oleh HIV.   Apa yang dirisaukan oleh beliau ialah  kesan penyakit kelamin kepada diri beliau sebagai wanita hamil, dan dan anak yang di dalam rahim.   Soalan yang beliau tanyakan ialah “apakah kesan penyakit kelamin terhadap kehamilan dan bayi?” Kebanyakan kesan penyakit kelamin terhadap wanita hamil adalah sama dengan  wanita yang tidak hamil.   Kebanyakan penyakit kelamin ini menyebabkan penyakit yang ... Read More »

Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?

  “Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?”   Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya.   Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin kerana ibubapa mereka keliru dengan pelbagai maklumat yang salah terhadap terhadap vaksin.   Alhamdulillah, puan telah menyedari kebaikan vaksin sebagai usaha mencegah jangkitan kuman berbahaya pada anak puan. Langkah yang ... Read More »

Selamatkah Vaksin Untuk Bayi Kita?

Saya menyedari ramai ibubapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal berita-berita ini diberitahu oleh orang yang tidak ada ilmu perubatan dan kebanyakan hujah yang diberikan adalah tidak benar. Malah ada di kalangan kita yang menuduh bahawa program vaksin yang diberikan adalah konspirasi jahat untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia. Kononnya dengan pemberian vaksin ini akan menyebabkan umat Islam menjadi mudah diserang penyakit. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana teori konspirasi ini telah diterima oleh sebahagian dari kita. Pada hal dengan tidak memberikan vaksin, kita sebenarnya mendedahkan diri anak-anak kita dengan kemungkinan-kemungkinan dijangkiti penyakit berbahaya ini. Hanya orang-orang kita sahaja yang agak skeptikal terhadap program immunisasi ini, sedangkan orang-orang lain berlumba-lumba untuk menyiapkan diri mereka dengan ... Read More »

Bayi Mendapat Jangkitan Hepatitis B Ketika Ibu Hamil

BAYI MENDAPAT JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA IBU HAMIL  Ramai pesakit hepatitis B yang mengalami penyakit hepatitis B tanpa mengetahui bahawa mereka mengalami penyakit ini dan tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas.  Bagi seorang wanita yang hamil, jangkitan virus ini boleh menjangkiti anak mereka. Penyakit ini boleh menyebabkan penyakit hati yang serius, menyebabkan kanser dan menyebabkan kematian. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil berat terhadap isu ini. Apabila seorang wanita hamil melakukan pemeriksaan antenatal, antara pemeriksaan yang dilakukan ialah pemeriksaan darah untuk jangkitan virus hepatitis B (HBV). Hepatitis B mudah berjangkit melalui darah, air mani dan lendiran badan. Pesakit hepatitis B mendapat jangkitan ini melalui: 1.            Hubungan kelamin bersama pesakit hepatitis B 2.            Ketika dilahirkan oleh ibu pembawa penyakit hepatitis B 3.            Berkongsi jarum atau tercucuk jarum tanpa sengaja, yang digunakan oleh ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!