Advertorial
Home » Tag Archives: #HealthDrZubaidi

Tag Archives: #HealthDrZubaidi

pengambilan pil ectasy sebagai fat burner

PENGAMBILAN PIL ECTASY SEBAGAI FAT BURNER   Berikut adalah temubual saya dengan Puan Rabi’atul A’dawiyah, wartawan Harian Metro 19 October 2017         Adakah dakwaan pengamal pil ekstasi sebagai fat bunner ini benar? Secara amnya, penurunan berat badan berkait rapat dengan pengambilan makanan dan pembakaran tenaga yang kita ambil dalam makanan. Selalu kita sebut ‘calories in and calories out’. Semakin kita banyak makanan dan tidak banyak melakukan pergerakan, lebih mudah kita mengumpul lemak dan meningkatkan berat badan. Jika kita kurang makan dan banyak bergerak, maka dengan mudah kita mengurangkan berat badan. Oleh itu orang yang menjaga pemakanan (kurang pengambilan kalori) dan banyak melakukan pergerakan tubuh, akan cepat menurunkan berat badan.     Ectasy mengandungi bahan psychotropic sintetik Gamma-hydroxybutyrate, (GHB) yang sangat berbahaya. Kadang kala pil ini dijual dalam ... Read More »

kesan permainan pass out

KESAN PERMAINAN PASS OUT       MENGAPA PASS OUT INI DIJADIKAN PERMAINAN? Pada saya permainan ini, kalau boleh dikatakan sebagai permainan tidak mendatangkan faedah dan mencabar maut. Dengan menekan dada seseorang individu lain, ia bertujuan untuk menyebabkan pengsan atau tidak sedarkan diri untuk sementara waktu. Namun apa yang terjdi apabila ia bukan hanya menyebabkan pengsan, tetapi kesan trauma pada dada, atau menyebabkan kegagalan untuk sedar semula (pengsan yang lebih lama).   Dari segi psychologynya, ia mungkin dilakukan oleh para remaja bersifat “suka-suka” dan bertujuan untuk menarik perhatian. Ia dilakukan bagi tujuan “menunjuk-nunjuk” melakukan sesuatu yang remaja lain tidak dapat melakukannya.   Oleh kerana ia tidak menyebabkan kesakitan, ia dianggap selamat oleh para remaja.   Mereka tidak sedar bahawa perbuatan ini mendatangkan bahaya, sama ada untuk sementara waktu atau kesan ... Read More »

asam gelugor mengurangkan bereat badan

ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN     Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini.   Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji.   Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping.   Buah ini dikatakan sebagai sebahagian dari keluarga manggis, tetapi ia mempunyai persamaan dengan limau. Asam keping sendiri bukan sahaja masam, tetapi ia kaya dengan vitamin C.   ... Read More »

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK   Kita boleh mengalami alahan terhadap mana-mana ubat, ada beberapa ubat yang dikenalpasti menyebabkan alahan pada kita berbanding ubat-ubatan lain.     Antara ubat yang dikenalpasti itu ialah:   1. ANTIBIOTIK PENICILLIN atau mana-mana antibiotik dalam kumpulan penicillin. . Mereka yang alah terhadap penicillinboleh menyebabkan alahan teruk anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.   2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada penicillin, mereka boleh mengalami alahan kepada antibiotik cephalosporins.   3. UBAT YANG MENGANDUNGI SULFONAMIDES (termasuk antibiotik, ubat oral diabetik dan beberapa ubat diuretik). Tindak balas ubat ini tidak jelas sama ada disebabkan oleh alahan atau proses immunologi ... Read More »

anak dilanggar motor

ANAK DILANGGAR MOTOR                                                                                                                        (GAMBAR HIASAN)   Salam doktor. Saya nk minta pendapat doc anak saya berumur 4 tahun kena langgar moto kepala mengalami bengkak kena admit wad satu hari untuk refer sama ada muntah de tak 5x . Masa admit muntah 3x saje then doc bagi balik . Masalah nye doc bila balik rumah makin je muntah mkn je muntah tapi jadi waktu pagi je bila ptg die ok aktif main ... Read More »

merawat luka menggunakan kream

KREAM MERAWAT LUKA   “Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “     Wa alaikum mussalam.   Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka harus dibersihkan setiap hari.   Puan juga harus berikan perhatian pada masalah kesihatan yang sedia ada (jika puan mengalami masalah diabetes atau masalah autoimmune disease yang terpaksa mengambil rawatan steroid), ... Read More »

benarkah bahaya memakan nenas ketika hamil?

BENARKAH BAHAYA MEMAKAN NENAS KETIKA HAMIL? “Salam doktor. Baru-baru ini saya keguguran pada usia kehamilan 12 minggu selepas saya memakan seulas nenas. Benarkah nenas boleh menyebabkan keguguran? Terima kasih”     WA ALAIKUM MUSSALAM   Nenas merupakan buah tropika yang kaya fiber, mineral dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral manganese yang merupakan mineral penting untuk kesehatan tulang, otot dan saraf tubuh.     Namun begitu ,wanita yang hamil harus berhati-hati ketika memakan nenas terutama wanita masih berada di awal kehamilan. Keguguran boleh berlaku hanya kerana memakan seulas buah nenas.     Walaupun tidak semua wanita akan mengalami masalah ini, namun banyak kes keguguran berlaku terutama pada wanita yang sensitif dan mempunyai “rahem yang tidak kuat”.     Terdapat banyak manfaat dan juga kemudaratan apabila mengambil nenas ketika hamil.   ... Read More »

sisa janin masih tertinggal dalam rahem selepas keguguran

SISA JANIN MASIH TERTINGGAL DALAM RAHEM SELEPAS KEGUGURAN   ” Salam, doktor. Saya baru keguguran bulan lepas pada usia kehamilan saya 10 minggu. Selepas 30 hari masih ada rasa sakit, keluar lendiran busuk dan pendarahan. Saya pun berasa mahu demam. Dua hari lepas saya ke hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah keguguran yang tidak lengkap. Masih ada sisa janin yang gugur dalam rahem saya. Doktor mencadangkan pembedahan D&C. Rasa takut. Bolehkah saya gunakan saya lain. Terima kasih”     WA ALAIKUMMUS SALAM. Puan disahkan mengalami masalah “keguguran yang tidak lengkap” atau “Incomplete Abortion“.     Ia terjadinya apabila berlakunya keguguran tetapi tidak seluruh janin dalam rahem ikut luruh (keluar dari rahem). Maknanya masih ada sisa janin yang tertinggal di dalam rahem.     Secara amnya, punca keguguran yang tidak ... Read More »

susu ibu keluar walaupun tidak hamil

SUSU IBU KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL     “Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu. Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.”     WA ALAIKUMMUSSALAM   Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini.   Tubuh wanita akan mengeluarkan susu ibu bermula di akhir usia kehamilan, bertujuan sebagai persediaan makanan untuk bayi yang bakal dilahirkan. Jadi ia adalah normal ... Read More »

Bolehkah wanita hamil menggunakan lozenges untuk menghilangkan batuk ketika hamil

BOLEHKAH AMBIL LOZENGES UNTUK HILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL.     “Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol.     Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan membantu meringankan rasa gatal pada kerongkong dan membunuh virus dan bakteria.     Secara amnya kedua-dua bahan tersebut adalah ... Read More »

bacaan gula terlalu rendah

BACAAN GULA SAYA TERLALU RENDAH.         “Assalamualaikum dan selamat malam doktor, Saya ingin tanya, saya bukan pesakit diabetis. Baru-baru ini saya baru melakukan ujian tahap gula menggunakan mesin glukometer saya sendiri. Keputusannya ialah gula dalam darah saya adalah LO. Adakah ia bermakna gula dalam darah saya yang sangat rendah? Saya tiada mengalami masalah penat, menggigil atau berpeluh Mohon penjelasan. Terima kasih”     WA ALAIKUMMUS SALAM.     Alat glukometer yang puan gunakan mempunyai kemampuan mengukur gula secara terbatas. Bila telah lama digunakan ia perlu diservis agar bacaan yang diberikan menjadi tepat. Begitu juga dengan strip test yang puan guna. Perhatikan jika ia telah melewati tarikh luput.     Selalunya jika bacaan menunjukkan keputusan LO, bermakna gula dalam darah puan sangat rendah sehingga ia tidak boleh dibaca ... Read More »

Tanda-tanda endometriosis

SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUMMUSSALAM. Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing.     Lapisan ini menebal dan berdarah pada setiap kali kitaran haid menyebabkan keradangan pada organ-organ dalam pelvis. Akhirnya ia menghasilkan parut, sehingga menyebabkan ovari membengkak dan saluran fallopian tersekat.     Selalunya wanita yang mengalami endometriosis mengalami tanda-tanda seperti berikut:   1. Sakit perut sebelum ... Read More »

perlukah pembedahan ovarian drilling pada pesakit PCOS

PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT  PCOS   “Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut?  Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan.     Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. Doktor akan membuat 5-10 lubang-lubang kecil pada setiap ovari.     Dengan menebuk ovari sebegini diharapkan mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan ... Read More »

Peluang hamil kembar bila mendapat rawatan kesuburan

APAKAH PELUANG HAMIL KEMBAR BILA MENDAPAT RAWATAN KESUBURAN   “Doktor, apakah peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan? Terima kasih”   Peluang untuk hamil bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan. Selalunya selepas pemeriksaan, doktor pakar kesuburan akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur (ovari) untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.   Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%   Jika tidak berjaya, mungkin doktor akan memberikan suntikan hormon FSH sebelum rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!