Advertorial
Home » Tag Archives: hb

Tag Archives: hb

masa sesuai makan pil tambah darah

BILA MASA SESUAI MAKAN PIL TAMBAH DARAH   Assalamualaikum doktor. Ingin pencerahan dan nasihat. Saya sedang mengandung 5 bulan dan Hb saya ialah 10.4, bacaan yang agak rendah. Bulan rejab akan tiba rabu ini. Dan saya ingin berpuasa. Saya musykil kerana, pil itu perlu dimakan semasa perut kosong utk mendapat penyerapan yg baik. Sebelum ini, saya makan pil iron sebelum tidur.  Terima kasih.   WAALAIKUMMUSSALAM Pil zat besi (iron) sering diberikan kepada pesakit atau wanita hamil yang mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah. Selalunya ia dikesan apabila seseorang individu menjalani pemeriksaan darah dan didapati bacaan tahap Hb (hemoglabin) rendah. Masa yang terbaik bagi pesakit untuk mengambil pil ini adalah ketika perut kosong, kerana ia diserap dengan baik semasa perut kosong. Namun, pil ini boleh menyebabkan sakit (kekejangan) perut, loya ... Read More »

kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAM RAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut.   Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”.   Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini.   Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik dalam bentuk norethisterone.   Jika puan sedang hamil janin perempuan, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan jika janin puan mengalami kesan ‘kelelakian’.   Namun ... Read More »

Onani tidak berbahaya?

ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA?   Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan.   Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani.   Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari tangan, bukan lagi hubungan intim dengan isteri. Dan kebanyakan lelaki yang beronani akan mengalami masalah ketegangan alat kelamin dan mati pucuk selepas 10-15 tahun.   Bayangkan jika mula mengalami ketagihan ... Read More »

Adakah Ultrasound Bahaya Pada Bayi Saya?

ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT? “Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran. Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik. Ini kerana tidak semua doktor dapat melakukan pemeriksaan dengan baik, terutamanya dalam kes yang agak kompleks, apatalah lagi jika menggunakan mesin ultrasound yang “ketinggalan zaman”. Ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Bolehkah Ovarian Cyst Menjadi Kanser?

ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER? “Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan terlalu bimbang. Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak. Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan rawatan kerana tidak hilang dengan sendirinya. Malahan, terdapat beberapa kes terpencil yang telah berlaku ovarian cyst boleh bertukar menjadi kanser. Biasanya ... Read More »

Adakah Normal Mengalami Keputihan Semasa Hamil?

KEPUTIHAN SEMASA HAMIL     “Adakah normal mempunyai keputihan yang berlebihan semasa hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, apabila mengalami keputihan yang berlebihan, ia adalah suatu yang biasa dan normal. Selalunya sebelum hamil, wanita kerap mengalami lendiran yang berwarna jernih dan tidak berbau. Adakalanya akan kental seperti susu basi dan mempunyai sedikit bau. Ia adalah sesuatu yang biasa, selagi tidak menyebabkan kegatalan. Keputihan ini semakin banyak apabila mereka hamil, kerana semasa hamil terdapat peningkatan pengeluaran estrogen dan aliran darah ke kawasan faraj lebih banyak. Lendiran ini sebenarnya rembesan dari kelenjar di pangkal rahim dan faraj, dan terdiri juga dari sel-sel yang telah mati dari dinding faraj, dan bakteria normal dari faraj. Biasanya ia lebih banyak apbila menghampiri waktu melahirkan anak, terutama apabila usia kehamilan menghampiri 36 minggu. ... Read More »

Gemuk Akibat Antibiotik yang Berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.   Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. ... Read More »

Pendarahan ketika 28 minggu kehamilan

PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam, doktor. Saya sedang hamil 28 minggu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya perasan ada pendarahan dari faraj?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Puan sebaiknya buat pemeriksaan segera, walaupun pendarahan telah berhenti. Walaupun ia mungkin pendarahan yang sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah yang serius.   Ramai wanita yang hamil agak keliru dengan pendarahan yang mereka alami, kerana menyangka bahawa mereka sedang mengalami haid. Darah yang keluar, sama seperti darah haid, sama ada berwarna merah jambu ke merah darah ke coklat. Perbezaannya ialah darah haid adalah darah yang normal keluar setiap bulan, akibat perubahan hormone. Pendarahan semasa hamil pula adalah darah yang disebabkan komplikasi semasa kehamilan dan ia bukanlah normal bagi wanita yang hamil. Ia mungkin tanda yang berbahaya bagi bayi dalam rahem.   ... Read More »

Sel darah merah, Hb rendah

SEL DARAH MERAH YANG SEDIKIT, HB RENDAH “Salam, doktor saya ingin bertanya pendapat dr. mengenai HB sy..pe mknn & minumn yg perlu utk sy naikkn hb tu..nk tahu juga supplement apa yg perlu sy ambil. Dr.skrg sy berasa sukar bernafas,pening n krg selera mkn..bacaan camni biasa/serius…dr klinik bg sy ubt tmbh drh”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tanda sukar bernafas, pening dan kurang selera adalah tanda puan mengalami kekurangan sel darah merah yang serius. Selalunya doktor akan memasukkan darah bagi menampung kekurangan darah merah dan membekalkan ubat untuk puan.   Walau bagaimana pun, apa yang penting, doktor akan menyiasat punca kekuarangan sel darah merah puan. Jika tidak ia akan berulang.   wallahu a’lam   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita ... Read More »

Lebam selepas suntikan

  “Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang.  Saya harap dr dapat menjawab masalah saya”   Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam   Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit.   Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit.   Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan tuala nipis. Ini bertujuan menghentikan pendarahan.   Beberapa hari sebelum berlakunya lebam, puan boleh tuankan dengan air hangat bagi merangsangkan pemecahan darah beku. ... Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergantung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

Pendarahan yang banyak setiap bulan

  “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Jangan berputus asa mencari kesembuhan kerana ia sebahagian dari tawakal. Kitaran haids akan berhenti apabila sesorang wanita mula hamil. Selepas melahirkan anak atau mengalami ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!