“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka. Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi hanyalah berdsarkan logik dan pengalaman yang mereka timba sepanjang perjalanan hidup. Saya menasihatkan puan agar memeriksa setiap nasihat yang diterima dengan doktor yang merawat anak ... Read More »
