Advertorial
Home » Tag Archives: hamil (page 19)

Tag Archives: hamil

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

Pemindahan rahem dari ibu kepada anak

Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang  bernama Sara Ottoson berumur  25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012.     Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu  Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung.     Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun masih lagi tidak mengalami haids dan pemeriksaan lanjut seperti ultrasound dan CT scan pelvis menunjukkan kecacatan ini.     Sara mungkin akan menjadi pesakit pertama yang tidak mempunyai rahem sendiri ... Read More »

Perimenopause

Assalamu alaikum doctor. Saya mohon pendapat doctor. Saya berumur 46 tahun dan telah lewat kedatangan haids selama 2 bulan. Pemeriksaan UPT menunjukkan saya tidak hamil. Semalam doctor yang saya temui di klinik memberikan saya ubat hormone untuk menurunkan darah haids saya. Perlukah saya mengambil pil ini. Apakah sebenarnya penyakit saya. Adakah suplemen yang perlu dimakan? Terima kasih. Saya tidak dapat bertanya dengan lebih banyak kepada beliau. Jadi saya tidak dapat memberikan diagnose,  apakah penyakit yang beliau alami. Namun saya percaya, berdasarkan umur beliau, berkemungkinan besar beliau sedang memasuki fasa perimenopause. Perimenopause, adalah suatu fasa dalam kehidupan seorang wanita, berlaku beberapa tahun sebelum wanita itu mengalami menopause yang sebenar. Keadaan ini berlaku apabila kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormone estrogen secukupnya. Namun ketika ini ovum, benih wanita masih ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik yang lengkap dan sahih mengkaji hal ini. Namun begitu terdapat dakwaan menyatakan kebimbangan bahawa memakan nenas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan atau mempercepatkan proses kelahiran jika wanita itu berada ... Read More »

Makan Durian Ketika Hamil

As salam mu alaikum  doktor.. Saya sedang hamil 5 bulan. Saya mahu bertanya boleh ke wanita hamil makan durian? Nampak macam kelakar je soalan ini, tetapi saya hendak tahu sebab ramai orang kata kalau sedang hamil tidak elok makan durian sebab durian itu panas.. Terima kasih   Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan buah durian ini.   Setakat ini tiada sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan ... Read More »

Sakit pinggang dan abdomen semasa hamil 32 minggu.

Soalan: Salam doctor, saya  bernama XXX dari Pulau Pinang. Saya ingin bertanya masalah yang saya hadapi. Saya sedang hamil 32 minggu. Masalah saya ialah saya kerap mengalami lenguh dan sakit pinggang, terutama di tulang punggung. Sesekali saya mengalami sakit di bahagian bawah abdomen apabila berjalan dalam masa yang agak lama. Sakitnya seolah-olah rahem saya mengeras dan rasa mahu rasa kencing. Kadang kala di tengah malam saya rasa bahagian vagina saya rasa berdenyut dan merasa sakit di bahagian sekitarnya. Saya ada pergi melakukan pemeriksaan tetapi semuanya okay. Apa yang saya bimbangkan ialah saya akan lahir secara pramatang, dan pernah gugur dua kali. Saya mohon pendapat doctor. terima kasih… Jawapan: Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda yang puan rasakan ialah tanda-tanda kontraksi (contraction) pada rahem. Ia bukan tanda mahu melahirkan, tetapi rahem puan ... Read More »

Bayi Mendapat Jangkitan Hepatitis B Ketika Ibu Hamil

BAYI MENDAPAT JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA IBU HAMIL  Ramai pesakit hepatitis B yang mengalami penyakit hepatitis B tanpa mengetahui bahawa mereka mengalami penyakit ini dan tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas.  Bagi seorang wanita yang hamil, jangkitan virus ini boleh menjangkiti anak mereka. Penyakit ini boleh menyebabkan penyakit hati yang serius, menyebabkan kanser dan menyebabkan kematian. Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil berat terhadap isu ini. Apabila seorang wanita hamil melakukan pemeriksaan antenatal, antara pemeriksaan yang dilakukan ialah pemeriksaan darah untuk jangkitan virus hepatitis B (HBV). Hepatitis B mudah berjangkit melalui darah, air mani dan lendiran badan. Pesakit hepatitis B mendapat jangkitan ini melalui: 1.            Hubungan kelamin bersama pesakit hepatitis B 2.            Ketika dilahirkan oleh ibu pembawa penyakit hepatitis B 3.            Berkongsi jarum atau tercucuk jarum tanpa sengaja, yang digunakan oleh ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan ... Read More »

Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang ... Read More »

Asthma Ketika Hamil

“Doktor, tolonglah nasihat isteri saya. Dia tu penghidap penyakit asthma tapi tak mahu makan ubat. Dia takut apa-apa hal terjadi pada bayi dalam rahem. Sekarang ni tercungap-cungap” Saya meminta agar isterinya diberikan rawatan nebulizer dulu bagi mengurangkan rasa sukar bernafasnya. Kalau tidak dirawat segera, bukan saja anak dalam rahem akan terjejas, silap-silap nyawa ibu juga boleh melayang. Ramai yang memandang ringan serangan asthma. Saya pernah melihat ada pesakit asthma mati di hadapan mata, secara tiba-tiba dia mengalami kesukaran bernafas. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Asthma adalah salah satu penyakit kronik yang boleh menyerang wanita hamil. Selalunya seorang pesakit sudah diketahui menghidap penyakit asthma sebelum hamil. Sesetengah wanita diuji oleh Allah diserang asthma dengan lebih kerap ketika hamil. Banyakkanlah bersabar. Makanlah ubat yang diberikan oleh doctor. Cuba bayangkan, jika ibu sedang menghadapi ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah saya boleh dikurnikan anak?” Saya sebenarnya bukanlah orang yang terbaik menjawab soalan-soalan ini, namun saya cuba membantu menjelaskan masalah yang dihadapi. Berbincanglah dengan doktor pakar kesuburan mengenainya. Di antara punca ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. Saya mahu bertanyakan beliau, tapi beliau kelihatan sibuk dan tidak mesra pesakit. Boleh doktor terangkan?” Penambahan berat badan adalah penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahem, penambahan saiz organ-organ ibu ... Read More »

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk anak puan nanti” “Tapi saya masih menyusukan anak…” dia membantah. “Tidak ada masalah. Sepanjang pengetahuan saya kehamilan puan yang lepas adalah normal. Insya Allah puan boleh meneruskan penyusuan dan kehamilan ... Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh itu lakukanlah pembersihan gigi dan pemeriksaan dental setiap tahun walaupun sedang hamil. Ia selamat, malah digalakkan. Ada beberapa kajian yang mengaitkan jangkitan di dalam mulut dan gusi pada wanita hamil ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat pada dinding dalam rahem. Uri disambungkan kepada bayi melalui satu bukaan pada abdomen bayi melalui tali pusat. Itulah perlambangan hubungan erat antara ibu dan anak. Apabila telah melahirkan, seorang ibu ... Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit telah menjadi kering dan merasa gatal. ”Kenapa adik perempuan saya tidak mempunyai masalah kegatalan semasa hamil?” Kegatalan kulit ketika kehamilan adalah sesuatu yang sukar dirawat. Apatah lagi ada beberapa jenis ... Read More »

Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan kuantiti dari kualiti? Saya mendapati Rasulullah s.a.w juga tidak mempunyai ramai anak sampai berbelas-belas. Saya belum mendengar kata-kata ulamak yang membenarkan umat Islam ramai tetapi menjadi bangkai tidak bernyawa akibat ... Read More »

Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.   Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je lah arahan doktor…” ”Saya bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit, tak payah lah periksa kencing!” Suara wanita itu menegakkan hujahnya. Menyusahkan. Itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan. Namun penggunaan perkataan ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor. Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di ... Read More »

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

  ”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya dengar. Namun satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga ialah “Bila saya masuk bilik stor (yang gelap dan sempit) tu, saya terus berpeluh-peluh macam orang berlari doktor. Saya rasa bilik stor ... Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua orang kanak-kanak yang cedera ketika bermain sesama sendiri. Seorang luka di dahi dan seorang lagi luka di dagu. Saya sendiri pernah luka di kening kiri ketika berumur 5-6 tahun ketika ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit. Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya berlaku apabila pundi penuh. Selalunya apa yang dirasa ialah rasa hendak kencing (rasa pundi kencing penuh) tetapi bukanlah sakit yang teruk. Kemudian puan melepaskan kencing dan merasa lega. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!