Advertorial
Home » Tag Archives: gout

Tag Archives: gout

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.   Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak ... Read More »

Ubat Bagi Penyakit Gout

“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami masalah ginjal segala ubat-ubatan harus dipantau oleh doktor kerana dibimbangi akan menyebabkan masalah yang lebih besar pada ginjal saudara. Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar ... Read More »

Steroid dalam ubat herba.

  “Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi.   Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk melegakan kesakitan.   Padahal banyak kesan sampingan yang boleh didapati dari ubat-ubat tiruan yang mengandungi steroid. Antaranya ialah peningkatan berat badan secara tiba-tiba.   Tanpa disedari, ginjal mereka ... Read More »

Suntikan Voltaren

Seorang lelaki berumur 30an, berbadan besar mengejutkan saya di Pusat Kesihatan seawal 3.30 am. Dia berjalan terhencut-hencut. Seolah-olah ada luka di kaki kanannya. ”Cepat doktor, saya sudah tak tahan ni. Saya ada gout. Tak tahan ni. Bagi saya injection !” Setelah mengambil history-taking dan menjalankan pemeriksaan, saya mendapati dia mengalami bengkakan di sendi. ”Doktor nak beri injeksion ubat gout atau ubat penahan sakit?” beliau bertanya dan siap meniarap. “Saya berikan suntikan voltaren. Insya Allah akan berikan kelegaan dengan cepat. Boleh rehat dengan aman. Esok kita buatlah pemeriksaan darah untuk masalah gout tu” Saya memberikan suntikan voltaren. Voltaren mengandungi bahan non-steroidal yang bertindak menghalang bahan prostaglandin dalam darah dari memberikan kesakitan. Maka ia sesuai bagi rawatan yang melibatkan anggota sendi kerana ia mempunyai kebolehan untuk merawat radang dan memberikan kelegaan yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!