Tag Archives: goring

HADKAN PENGGUNAAN MINYAK MASAK UNTUK MENGGORENG

Penggunaan minyak masak dalam menyediakan makanan sama ada untuk tumisan atau menggoreng perlu dihadkan.  Ini kerana semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Jika minyak ini digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang terkumpul dalam minyak itu. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Menggunakan minyak yang telah digunakan beberapa kali akan mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah. Sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua …

Read More »

Beza Minyak Sawit dan Minyak Sayuran untuk Memasak

Pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu. Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging. Sementara  minyak zaitun contoh adalah minyak mono tidak tepu,  yang mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan. Selain itu minyak mono yang lain seperti minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari, sangat baik kerana mempunyai omega …

Read More »
error: Content is protected !!