Advertorial
Home » Tag Archives: GLA

Tag Archives: GLA

Makanan yang boleh menyebabkan pening

 “Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.   Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening.  Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.   Makanan masin Garam yang banyak dalam makanan yang dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku,  kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej, daging dan keju dalam tin boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam ... Read More »

Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?

“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?” “Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya. Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen. Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan sampingannya dengan pasti. Ini kerana belum ada kajian yang sahih sama ada EPO selamat diambil oleh wanita hamil. Dalam pada masa yang sama belum ada lagi laporan yang menunjukkan EPO ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!