Pada suatu masa dulu ramai menyangka bahawa jika bayi mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah tanda buruk. Pada hal proses pembentukan gigi bermula semenjak dari mereka dalam rahem lagi. Ini semua takdir ALLAH dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia. Gigi yang keluar ketika bayi, yang disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara sebelum digantikan dengan gigi yang lebih kuat. Gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi hanya akan menjadi bengkak dan kemudian lembut bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi. Ramai ibubapa yang agak risau apabila bayi mereka agak lambat mengeluarkan gigi berbanding dengan bayi-bayi yang lain. …
Read More »