Advertorial
Home » Tag Archives: genetik

Tag Archives: genetik

Umur 17 belum datang haid

  “Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam   Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal.   Keadaan ini dinamakan amenorrhea primer.   Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula mengalami haid antara umur 9 dan 18 , dengan purata berusia kira-kira 12 tahun.   Banyak punca berlaku ... Read More »

Lelaki Gugur Rambut Awal mudah kena Kanser Prostat

  Masalah rambut gugur  pada usia awal 20an boleh dikaitkan dengan penyakit kanser prostat.   Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr Philippe Giraud, dari Hospital European Georges Pompidon di Paris pada tahun 2004, mendapati lelaki yang mengalami tanda keguguran rambut pada usia 20 lebih mudah mengidap masalah  kanser prostat, berbanding dengan lelaki yang mengalami keguguran rambutnya pada usia 30-an atau 40-an.   Ini kerana keguguran rambut dikaitkan dengan masalah hormone lelaki androgen yang terlalu banyak, sehingga boleh merangsangkan  kanser prostat.   Hasil penyelidikan dipersetujui oleh Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City Amerika Syarikat.   Selain dari masalah keguguran rambut, kanser prostat juga dipengaruhi oleh faktor genetik atau keturunan. Ini bermakna lelaki yang mempunyai bapa saudara, bapa atau ... Read More »

Bahayakah Thalassaemia?

  “As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan.   Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan.   Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah.   Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu   ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat.   Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, haruslah pastikan isteri beliau tidak mempunyai penyakit yang sama.   Sekiranya kedua-dua pasangan mempunyai Beta Thalassaemia Trait, dibimbangi anak yang dilahirkan nanti, mengalami penyakit ... Read More »

Bayi yang mengalami masalah Pierre Robin Syndrome mudah tercekik

    Pierre Robin syndrome adalah keadaan di mana bayi dilahirkan dengan tulang rahang bawah yang kecil, menyebabkan lidah boleh menyekat tekak sehingga menyebabkan sukar bernafas.   Ia adalah masalah genetik, dan tidak perlu diubat. Ia bukan kecacatan seumur hidup. Selepas berumur setahun, selalunya tulang rahang bawah akan membesar dengan lebih cepat.   Oleh itu ibubapa yang mempunyai anak seperti ini harus memerhatikan anak mereka kerana bayi seperti ini mudah mengalami ‘choking’ dan sukar bernafas ketika berbaring.   Wa allahu a’lam. Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

    Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress.   Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim.   Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil.   Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula.   Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini mengalami diabetes akan meningkat apabila berusia 35 tahun ke atas.   Doktor akan melakukan ujian untuk mendiagnosis seorang wanita yang hamil mengalami diabetes pada usia kehamilan selepas 20 minggu, dengan menggunakan ... Read More »

Punca Rambut Beruban pada kanak-kanak

    “Ingin penjelasan Dr., mengapa kanak-kanak usia di bawah 12 boleh  ada rambut beruban yg banyak? kekurangan vitamin atau masalah pemakanan. Dr.Terima kasih”   Salah satu tanda bagi seorang dewasa semakin meningkat usianya ialah terdapat banyak rambut berubat di kepala. Ini kerana semakin kita berumur, sel melanocytes yang membekalkan pigment pewarna melanin pada rambut semakin berkurangan dan menyebabkan rambut kita tidak lagi berwarna hitam. Kehilangan warna hitam pada rambut menyebabkannya kelihatan coklat dan kemudian menjadi putih, dan kita namakannya uban.   Imam Nawawi menulis dalam kitab al-Majmoo’ (1/344) bahawa hukum mencabut uban adalah makruh, berdasarkan satu hadis dari ‘Amr ibn Shu’ayb dari bapanya, dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan mencabut uban, kerana ia akan menjadi cahaya pada Hari Kebangkitan.”   Dalam satu hadis yang lain dalam kitab Sahih ... Read More »

Psoriasis boleh diwarisi?

Salam doctor, Saya bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan saya menghidap penyakit kulit yang serius iaitu Psoriasis selama 10 tahun, terutama pada kaki, badan dan kulit kepala. Adakah bakal zuriat saya nanti akan mengalami psoriasis juga ? Adakah ia penyakit genetik ? Sekian .   Saya amat bersimpati dengan ujian yang diterima oleh pasangan puan dan mengucapkan tahniah atas kesabaran beliau menghadapi ujian itu selama ini.   Sebenarnya agak sukar untuk menjawab soalan puan kerana ia adalah kebarangkalian yang belum dapat dipastikan.   Firman Allah bermaksud, “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja.” (Surah Al-An’am: 59)   ALLAH AWT berfirman lagi “Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui ... Read More »

Mengesan Duchenne Muscular Dystrophy ketika hamil

    As salam mu alaikum doktor,   Dua minggu lepas 2 orang anak lelaki kakak saya telah diagnose sebagai penghidap Duchenne Muscular Dystrophy (DMD). Selama yang saya ketahui tiada susur galur keturunan saya yang mengidap penyakit ini. Saya dimalumkan bahawa penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit yang jarang dihidapi dan ia adalah penyakit genetik. Perlukah saya atau anak lelaki saya melakukan ujian utk mengesan sama ada saya juga adalah pembawa DMD/pengidap DMD? Sekiranya saya hamil, perlukan saya memberitahu pakar sakit puan tentang penyakit ini supaya ujian pengesanan dapat dibuat?   Terima kasih.   Walaiakum mus salam, Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Banyaklah bersabar dan berdoalah agar ALLAH permudahkan puan menjalani ujian ini.   Duchenne Muscular Dystrophy (DMD) adalah penyakit yang dibawa melalui genetik, iaitu X-linked recessive gene. Ini ... Read More »

“Meramal” hayat anak menggunakan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis

Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu  Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh doctor pakar, bahawa kebarangkalian untuk isteri beliau hamil semula dan mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi, beliau mengharapkan dan berdoa agar biarlah selepas ini mendapat anak yang sihat. Perkataan ‘meramal’ adalah perkataan yang agak keras dan sensitif. Saya bimbang rakan saya mungkin akan salah faham. Isu sama ada Islam membenarkan para doktor dan saintis menggunakan teknologi moden untuk ‘meramal’ kesihatan bayi apabila dilahirkan, saya akan bahaskan dalam penulisan yang lain. Namun begitu secara ringkasnya, doktor tidak menggunakan sesuatu yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!