Advertorial
Home » Tag Archives: gelembung air

Tag Archives: gelembung air

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.   Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat ... Read More »

Pemakanan untuk Chicken Pox

“Doktor, saya ingin bertanya anak saya mengalami Chicken Pox sudah beberapa hari. Ibu saya menasihatkan agar menghindarkan kicap, telur, ayam dan pelbagai lagi agar ia mudah sembuh. Adakah boleh saya mengikuti nasihat ibu saya” Chicken Pox atau dikenali sebagai penyakit cacar air (kerana ia menyebabkan gelembung air pada kulit) merupakan penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella. Ia akan menyebabkan ruam pada badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari, ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini, ia mungkin akan menyebabkan kegatalan. Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam mulut dan mehnyebabkan luka pada mukosa mulut. Oleh itu pesakit yang mengalami cacar air harus meminum air secukupnya dan kekal terhidrat, mengambil makanan yang berkhasiat supaya tubuh cepat sembuh dan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!