Advertorial
Home » Tag Archives: fizikal

Tag Archives: fizikal

Bengkakan lemak pada kulit

  “Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya tidak memeriksa puan. Namun saya percaya doctor yang memeriksa puan telah pun memberikan penerangan dan rawatan yang terbaik berdasarkan pemeriksaan yang dilakukannya.   Jadi janganlah bimbang tentang ... Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

  “Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”   Walalaikum mus salam.   Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.   Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada bayi mereka.   Kolostrum dalam susu ibu, adalah sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan ... Read More »

Anak 5 tahun masih tidak dapat bertutur

  “Assalam mu alaikum doktor. Saya mempunyai anak yang sudah berusia 5 tahun. Masalah anak saya ialah dia masih belum bertutur dgn baik. Dia boleh bercakap (mengeluarkan bunyi), tetapi belum boleh bertutur seperti kanak-kanak yang sama usia dengan beliau. Jika dia bertutur, hanya satu patah perkataan sahaja, dan kami juga tidak faham pertuturan dia kerana seperti bercakap dalam bahasa asing. Kebanyakan doktor memberitahu saya bahawa secara fizikal anak saya ok. Lagipun anak saya aktif. Sekarang ni saya tidak tahu tahu apa yang patut saya lakukan. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang dialami oleh anak puan. Saya tidak menyalahkan puan kerana sepatutnya doctor yang memeriksa anak puan mengetahui bahawa jika seorang kanak-kanak tidak dapat bertutur dengan baik ketika berumur 5 tahun, maka  bahawa anak ... Read More »

Mengapa isteri suka dipeluk

    Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan ... Read More »

Panduan untuk wanita hamil yang berkerja.

    “Salam doktor. Saya seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan. Ini kehamilan pertama saya. Walaupun saya tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, ada kalanya saya merasa stress dengan kerja dan kerenah ketua pejabat saya. Ada kalanya saya  duduk di hadapan komputer dalam jangka masa yang lama. Adakah semua ini akan menjejaskan kehamilan saya?”   Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang bekerja ketika hamil tidak begitu menitikberatkan soal kesihatan dan  keselamatan di tempat kerja.   Sebagai contoh, mereka menganggap kerjaya sebagai pegawai tadbir yang bekerja di pejabat, tidak mengganggu kehamilan dan kesihatan diri mereka.   Mereka berpendapat dengan menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala di klinik kesihatan telah cukup baik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi sepanjang tempuh kehamilan.   Mereka bagi lupa bahaya isu kesihatan dan keselamatan ... Read More »

Bahaya Mandi Malam

  Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.   Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.   Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.   Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.   Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.   Setelah bekerja ... Read More »

Suami Isteri Perlu Berpelukan

Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan. Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan. Keperluan pelukan antara suami-isteri Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi. Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!