Advertorial
Home » Tag Archives: fallopian

Tag Archives: fallopian

Punca sumbatan pada saluran fallopian

SUMBATAN PADA SALURAN FALLOPIAN        Kira-kira 20 % wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil berpunca dari masalah saluran fallopian yg tersumbat. Antara puncanya ialah: 1. Jangkitan kuman yg bermula dari faraj , masuk kedalam rahim dan akhirnya menjangkiti saluran fallopian. Jangkitan kuman ini menyebbakan keradangan, lekatan dan parut yang akhirnya menyebabkan sumbatan. Jangkitan kuman sering berlaku tanpa disedari. Ia boleh berlaku lepas bersalin, keguguran, atau selepas prosedur pakai iucd. Jangkitan kuman ini mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau hanya setakat keputihan saja. Ia munkin berlaku sejak remaja dan berterusan sehingga selepas berkahwin. 2. Penyakit-penyakit seperti endometrioisis, fibroids, ovarian cyst atau appendicitis boleh menyebabkan kerosakkan dan kesumbatan saluran faalopian. 3. Selepas pembedahan cesarean, pembedahan buang fibroid, atau pembedahan merawat endometriosis. Terdapat dua pilihan. 1. IVF 2. Merawat saluran ... Read More »

Luka pembedahan lambat baik

LUKA PEMBEDAHAN YANG LAMBAT SEMBUH   “Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan DR. Saya telah menjalani pembedahan pada 17/4/2015 akibat saluran tiub kiri ovari pecah disebabkan kandungan luar rahim yang berusia 7minggu dan telah berlaku pendarahan didalam perut. Selepas menjalani pembedahan buang tiub ovari kiri doktor telah mengesahkan masih terdapat fibroid kecil dirahim saya. Selepas 14 hari pembedahan, luka pada pembedahan masih tidak sembuh,  kulit kering tetapi di hujung kiri dan kanan masih terasa pedih dan panas, serta lukanya bernanah(tetapi tidak banyak). Saya juga mengalami batuk dari sebelum pembedahan sehingga sekarang masih tidak pulih. Setiap kali batuk, luka pada kawasan pembedahan akan terasa sakit dan pedih. Kadang2 akan terasa berdenyut di kawasan ovari sebelah kiri dan kanan. Adakah fibroid yg masih ada dirahim saya membahayakan dan bagaimana utk menghilangkan fibroid selain drpd ... Read More »

Bolehkah guna ubat Clomid untuk saluran fallopian tersumbat

  “Salam doktor, saya memang memerlukan pendapat dari doktor tentang masaalah saya.saya ada anak berusia 7tahun. 2tahun lepas saya penah mengandung luar rahim.setelah tiub kiri dibuang hasil dari pemedahan itu doktor mengesahkan right tube of fallopian tube adheret  to pouch of douglas dan retroverted uterus. hampir 2tahun ni saya berusaha untuk mengandung semula tapi masih tidak berhasil. saya sudah mengambil clomid selama 5pusingan haid dengan kadar dos yg paling tinggi 150mg. hasil dari sperm count dan blood test saya semua normal. Adakah usaha lain yang boleh saya lakukan selain IVF?   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan  masalah puan. Masalah puan sekarang ialah   1. saluran fallopian sebelah kiri dipotong dan dibuang.   2. saluran sebelah kanan pula melekat pada peritoneum pouch of douglas.   3. retroverted uterus ... Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

  “Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika kualiti sperma suami rendah, boleh gunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma suami.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Untuk info Proxeed Plus di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   wallahu a’lam. Read More »

Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan  belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat pemeriksaan doctor dan doctor memberitahu saya bahawa keputihan yang saya alami tidak ada kaitan dengan keputihan. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan.   Memang benar keputihan tidak ada kaitan dengan sukar untuk hamil, tetapi ia boleh berlaku secara tidak langsung.   Keputihan yang berlaku boleh jadi disebabkan oleh jangkitan penyakit kelamin pada saluran fallopian puan sehingga menyebabkannya tersumbat.   Jadi kesukaran puan untuk hamil mungkin disebabkan oleh saluran fallopian yang tersumbat akibat jangkitan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!