Advertorial
Home » Tag Archives: ethanol

Tag Archives: ethanol

Hukum menggunakan ethyl alkohol @ ethanol sebagai bahan antiseptik

HUKUM MENGGUNAKAN ETHYL ALKOHOL @ETHANOL SEBAGAI BAHAN ANTISEPTIK     Semasa saya bekerja sebagai houseman di sebuah hospital awam di selatan tanahair air, tugas yang agak mencabar ialah melakukan rutin mengambil darah setiap pesakit sebelum kami melakukan ward-round setiap pagi.   Tujuan pengambilan darah di waktu pagi ialah agar keputusan darah akan dapat diketahui dan dibincangkan ketika melakukan ward-round di waktu petang.   Pada satu pagi seorang pakcik telah dimasukkan ke wad kerana disyaki mengalami demam denggi. Saya memberi salam dan memberitahu beliau hasrat saya untuk mengambil darah.   Beliau enggan. Ini kerana cecair sapuan yang saya lakukan sebelum saya menyuntik dan mengambil darah mengandungi alcohol, yang mana haram digunakan.   Saya terdiam. Pakcik itu benar-benar marah dan menghalau saya. Saya mengalah dan berundur diri.   Saya berkata dalam hati, ... Read More »

Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah “haram ” mengikut syariat Islam.   Tidak semua makanan yang mengandungi alcohol tidak dibenarkan.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi, cider buah-buahan termasuk epal. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.   Namun jika proses penapaian dilakukan dengan tujuan untuk menghasilkan makanan atau minuman yang memabukkan dan ... Read More »

Cara menggunakan cuka kurma dam epal

      Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.   Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid  (CH3COOH) dan air.   Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida.   Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.   Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian yang lama yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. Ini memastikan keseluruhan bahan ethanol dari kurma atau epal itu telah ditukarkan kepada acetic acid.   Cuka biasanya digunakan dalam masakan. Ia ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!