MENGGUNAKAN EPO KETIKA MENYUSUKAN ANAK “Salam doctor, bolehkah ibu menyusu makan evening primrose oil? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai saintis berpendapat bahawa ibu yang menyusukan anak MUNGKIN selamat menggunakan minyak Evering Primerose. Sungguh pun MUNGKIN selamat (kerana belum ada kajian dan laporan yang mengatakan EPO berbahaya diambil ketika menyusukan anak), namun saintis mencadangkan agar mengelakkan penggunaan buat sementara waktu sehingga selesai tempuh menyusukan anaknya. Walau bagaimanapun, mereka juga mencadangkan agar tidak menggunakannya ketika hamil. Saya sendiri berpendapat bahawa EPO boleh diamalkan sebagai suplemen ketika menyusukan anak kerana susu ibu sendiri mengandungi LA …
Read More »Tag Archives: EPO
Minyak EPO dan Menopause.
Saya meragui keberkesanan Evening Primerose Oil sebagai suplemen bagi wanita yang sedang mengalami menopause. Saya mengakui bahawa gejala-gejala menopause kadang kala menyebabkan seorang wanita agak terganggu dalam menguruskan kehidupan sehariannya. Antara gejala dan tanda-tanda itu ialah: 1.rasa panas badan 2.sakit pada payudara 3.rasa kurang bernafsu untuk bersama suami 4.kitaran haids yang tidak teratur 5.rasa kekeringan pada faraj ketika bersama suami 6.ada kalanya mengalami masalah membuang air kencing, seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing 7.mood yang berubah-ubah 8.mengalami masalah tidur Saya ada menulis dalam artikel sebelum …
Read More »Hukum mengecilkan Payudara
HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA “TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT” Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai “mengada-ngada”. Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka. Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara yang terlalu besar berbanding dengan saiz tubuh mereka. Mereka mengalami perasaan rendah diri dan mengalami masalah fizikal yang tidak tertanggung. Pelbagai ubat yang telah dicuba sehingga mereka terpaksa merelakan untuk menjalani pembedahan. Antara pertanyaan yang saya terima: “ Assalamualaikum doctor, saya berumur 23 tahun..saya mempunyai masalah iaitu payudara jatuh sejak …
Read More »Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?
“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?” “Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya. Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen. Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan …
Read More »