Advertorial
Home » Tag Archives: ectopic pregnancy

Tag Archives: ectopic pregnancy

Amalan mencuci faraj (Douching)

          “Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan  vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?”    Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini.   Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’.   Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka berbaur kuat. Ada di antara mereka pula yang membasuh baki-baki darah haid dengan cara ini. Wanita yang tidak mahu hamil juga melakukannya untuk mengelakkan kehamilan.   Namun mereka tidak menyedari ... Read More »

Pendarahan di awal kehamilan dan Keguguran

  As salam dr…. sy ada sedikit masalah. bln ini sy lewat haid seminggu dan telah berjumpa doktor skit puan. doktor telah buat utp dan ultrascan. hasilnya utp ade 2 line tp ultrasound msih xnmpk mgkin krn msih awal. esoknye, darah sprt haid keluar pula.. selepas habis haid, sye buat utp dan masih wujud 2 line itu. skrg sye selalu alami sakit ngilu pada rahim bila sye bergerak bnyk n bile angkat brg. boleh doktor bntu sye dlm hal ini? minta tlog sgt ye. terina kasih   Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut kefahaman saya, puan telah disahkan hamil apabila ujian UPT puan positif, walaupun ujian pemeriksaan ultrasound masih tidak menunjukkan apa-apa kerana mungkin masih awal.   Kemudian puan mengalami pendarahan. Ia berlaku  berkemungkinan disebabkan fenomena “implantation bleeding”, bermakna ... Read More »

Punca Pendarahan di Awal Kehamilan

Sebelum ini saya ada menulis tentang pendarahan di awal kehamilan. Kebanyakan isunya mengenai keguguran dan mengapa kita harus bersabar dengan musibah yang Allah turunkan. Anda boleh membacanya di http://drzubaidi.com/blog/?p=750. Namun banyak juga pertanyaan yang masuk di dalam inbox facebook saya bertanyakan mengenai punca-punca pendarahan itu. Malah ada yang keliru antara pendarahan dan darah haids. “Doktor, saya tidak pasti tentang maksud pendarahan yang disebut orang. Tetapi saya mengalami haids sekarang walaupun saya hamil” Pendarahan (atau istilah perubatan dinamakan sebagai spotting) bermaksud ialah keluarnya darah dari vagina setelah didiagnosa hamil oleh doktor. Darah yang keluar biasanya ‘ringan’ iaitu darah yang berwarna merah-coklat atau merah kehitaman, jumlahnya tidak banyak dan waktunya juga tidak lama. Jika darah haids keluar pada waktu yang biasa selama seminggu, darah yang keluar ini adakalanya berlangsung selama 2-3 hari ... Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) menerbitkan satu artikel yang menyatakan bahawa kebarangkalian untuk mengesan hormone hCG menggunakan UPT yang dilakukan selepas seminggu tidak datang darah haid (missed period) adalah 97 peratus. Namun begitu saya selalu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!