Advertorial
Home » Tag Archives: durian

Tag Archives: durian

durian antara sihat dan nikmat

DURIAN ANTARA SIHAT DAN NIKMAT    Berikut adalah temuramah saya dengan wartawan Harian Metro pada 30 Julai 2018    1 . Boleh Dr jelaskan bahan-bahan  nutrisi atau zat yg terdapat dalam durian dan apakah kepentingan nutrisi ini?   Durian (Durio zibethinus) adalah buah tempatan yang enak dan bernutrisi. Ramai yang memakan durian kerana rasanya yang manis dan berlemak. Oleh itu kita selalunya mengambil isi durian dalam kadar yang berlebihan, tanpa mengetahui manfaat dan keburukannya.   Secara amnya. isi durian mengandungi 65% air, 27% karbohidrat termasuk 4% adalah serat, 5% lemak dan 1% protein.   Satu cawan (250gram) isi durian mempunyai 360 kCal yang kebanyakannya dari lemak dan karbohidrat. Berdasarkan keperluan tenaga seorang dewasa, pengambilan secawan isi durian (atau 2-3 ulas durian) hampir memenuhi keperluan kalori yang diperlukan oleh seseorang untuk ... Read More »

makan durian dengan selamat

MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya.     PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja.   MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil.   Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi.   Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih.   Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka durian itu.   Baka berkualiti tinggi seperti D24 dan Musang King lebih sedap, rasa berlemak dan kandungan karbohidratnya juga tinggi.   “Durian mengandungi vitamin C dan B serta mineral potassium. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!