Advertorial
Home » Tag Archives: #drzubaidipengalaman

Tag Archives: #drzubaidipengalaman

Tanda-tanda endometriosis

SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUMMUSSALAM. Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing.     Lapisan ini menebal dan berdarah pada setiap kali kitaran haid menyebabkan keradangan pada organ-organ dalam pelvis. Akhirnya ia menghasilkan parut, sehingga menyebabkan ovari membengkak dan saluran fallopian tersekat.     Selalunya wanita yang mengalami endometriosis mengalami tanda-tanda seperti berikut:   1. Sakit perut sebelum ... Read More »

perlukah pembedahan ovarian drilling pada pesakit PCOS

PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT  PCOS   “Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut?  Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan.     Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. Doktor akan membuat 5-10 lubang-lubang kecil pada setiap ovari.     Dengan menebuk ovari sebegini diharapkan mengakibatkan kerosakan sel-sel theca yang terlibat dalam penghasilan ... Read More »

Peluang hamil kembar bila mendapat rawatan kesuburan

APAKAH PELUANG HAMIL KEMBAR BILA MENDAPAT RAWATAN KESUBURAN   “Doktor, apakah peluang untuk mendapatkan kandungan kembar jika menggunakan rawatan kesuburan? Terima kasih”   Peluang untuk hamil bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, bergantung kepada punca masalah kesuburan. Selalunya selepas pemeriksaan, doktor pakar kesuburan akan memberikan ubat kesuburan yang akan merangsangkan kilang telur (ovari) untuk menghasilkan lebih dari satu telur. Oleh itu kebarangkalian untuk kehamilan kembar akan menjadi lebih tinggi.   Rawatan kesuburan pada peringkat awal, selalunya menggunakan pil subur untuk merangsang kilang telur. Peluang untuk hamil kembar dua dengan menggunakan pil Subur seperti ‘Clomid’ adalah lebih kurang 10%. Manakala kembar tiga adalah hanya 1-2%   Jika tidak berjaya, mungkin doktor akan memberikan suntikan hormon FSH sebelum rawatan kesuburan seperti IUI ataupun IVF diberikan. FSH dapat merangsang kilang telur dengan lebih ... Read More »

rasa sakit semasa hubungan intim

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM       Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.  Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.     Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.  Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.     Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal ataupun psikologi.       1. Kurang lendiran sebagai pelincin hubungan intim.   Semasa hubungan intim dilakukan, cecair akan dirembeskan oleh faraj dan pangkal ... Read More »

belum dapat anak, perlu bersyukur juga

BELUM DAPAT ANAK, PERLU BERSYUKUR JUGA     Hari ini sifat rasa syukur semakin berkurangan malah semakin malap dalam kehidupan kita. Kita hanya akan rasa bersyukur jika kita mendapat sesuatu yang dihajati. Kita tidak pernah rasa syukur terhadap apa yang telah kita perolehi.   Kita sentiasa menganggap kita masih tidak mendapat apa yang kita mahukan. Kita selalu menganggap kita masih kekurangan. Kita lupa tentang banyak nikmat yang kita telah perolehi.   Kita berlumba-lumba mengejar pangkat, jawatan, kekayaan. Kita lebih banyak mengeluh dari bersyukur.   Tanda-tanda hati tidak bersukur ialah kita sering melihat kekurangan kehidupan kita. Kita berasa tidak puas hati dengan rezeki yang diperolehi oleh rakan dan saudara di sekeliling kita.   Hati tidak tenang dan rasa dengki. Rasa gembira bila ada di antara mereka yang dilanda musibah. Kita sentiasa ... Read More »

Sabar Menghadapi Ujian Untuk Hamil

SABAR MENGHADAPI UJIAN UNTUK HAMIL         Banyak dugaan yang datang dalam pelbagai bentuk. Ada wanita yang mudah hamil, tetapi kemudian diuji dengan ujian kesihatan apabila jantung atau rahem menjadi lemah.       Ada yang hamil, tetapi keguguran. Ada yang ingin sangat zuriat, diuji pula mendapat anak Down Syndrome. Ada juga yang mengalami kesukaran untuk hamil walau pelbagai usaha yang dilakukan.     Semua ujian ini pada mata kasar amat menduga kita, membuatkan kita marah, kecewa dan benci pada semua orang.     Tapi itulah peringatan yang ALLAH berikan.     “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: 216)     Semua ... Read More »

kisah pesakit kanser payudara

KISAH PESAKIT KANSER PAYUDARA     Semasa saya bertugas di Palliative Care Unit, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, iaitu tempat di mana kebanyakan pesakit kanser yang telah disahkan mengalami metastasis (kanser merebak) ke bahagian lain (seperti paru2 dan hati), saya sangat komitted dengan kerja saya.   Ini kerana saya diminta memngaturkan wad (selepas kursus selama lima hari di Palliative Care Unit, Hospital Queen E, KK). Saya berseorangan doktor di wad itu, bersama 5 orang jururawat yang bergilir-gilir bekerja secara syif.   Sesekali doktor pakar akan datang melihat keadaan wad. Bukan pesakit. Sebab mereka tahu pesakit tiada lagi rawatan yang aktif dari mereka. Pesakit dibenarkan pulang jika mahu, atau tinggal di wad ini sehingga tiba masanya.   Di wad ini saya akan pastikan pesakit berada dalam keadaan lebih selesa jika dibanding ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!