Tag Archives: doa anak sihat

Sakit di Tulang Ekor (Coccydynia) Selepas Melahirkan Anak

Seorang wanita bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh beliau setelah melahirkan anak secara normal. Beliau mengalami sakit di hujung tulang belakang (tulang ekor) yang berlarutan beberapa minggu. Akibat daripada ketidakselesaan dan kesakitan ini, beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan sempurna. Kehamilan dan melahirkan anak adalah proses fisiologi yang normal. Wanita yang hamil dan melahirkan anak bukanlah dianggap pesakit. Namun begitu proses yang normal ini adakalanya mendatangkan kemudharatan diri. Oleh itu banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam kedua-dua proses ini. Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. …

Read More »

Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala – Petanda bagi Neural tube defects (NTD)

“Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w“. Doa di atas adalah doa yang sering dianjurkan untuk dibaca selalu oleh ibu-ibu yang hamil. Tiada kekuatan dan daya usaha yang boleh mengatasi qadar Allah kecuali doa kerana Allah sajalah yang mampu melakukan apa saja untuk kebaikan bayi yang dikandung. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab kita telah cuba mengusahakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun siapa yang dapat menjamin, bayi yang bakal dilahirkan nanti …

Read More »
error: Content is protected !!