Advertorial
Home » Tag Archives: diuretic

Tag Archives: diuretic

Wanita hamil dan kafeine

  “Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana.   Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh).   Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.   Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi.   Kafein melintasi masuk ke dalam uri dan seterusnya akan memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahem kerana akan menyebabkan bayi akan terus ... Read More »

Kencing sakit minum caffeine

  “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya sedang hadapi sehingga hari ini. Sejak bulan Julai 2013 lepas, saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan kencing berbau.  Pada mulanya, saya beranggapan “stress induced” sahaja kerana ia berlaku dalam beberapa minggu sebelum final exam. Warnanya kekuningan emas dan saya juga merupakan pengambil caffeine yang tegar ia bagi membolehkan saya berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Jumlah maksimum caffeine yang saya ambil ada dua sachet setiap hari dan sekurang-kurangnya satu sachet. Tetapi saya masih mengabaikan symptom saya hadapi ini namun ia tetap membuatkan fikiran saya risau mengenai kebarangkalian penyakit yang saya hadapi.”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami.   Saya percaya saudari mengalami sakit ketika buang air kecil disebabkan oleh jumlah caffeine yang saudari ambil ... Read More »

Nenas banyak khasiat tetapi boleh menyebabkan keguguran?

  Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak.   Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.   Antara kegunaan nenas ialah:   1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade.   2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.   3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.   4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran.   5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lender.   6. Jus nenas juga ... Read More »

Makan Chocolate semasa Hamil

Banyak kajian yang menyokong bahawa wanita hamil seharusnya tidak dihalang daripada memakan produk makanan berasaskan koko termasuk chocolate ketika hamil, kecuali jika wanita hamil itu mempunyai alahan terhadap koko dan chocolate.   Walaupun produk makanan berkoko seperti chocolate mengandungi caffeine, masih tiada bukti saintifik  yang menunjukkan kandungan caffeine yang rendah dalam koko dan chocolate membahaya kepada wanita yang hamil dan bayi mereka.   Chocolate juga kaya dengan magnesium, yang sangat perlu bagi perkembangan otak bayi dalam rahem. Flavonoids dalam chocolate berfungsi sebagai antioxidant membantu kesihatan jantung dan daya tahan untuk melawan sel-sel kanser. Malangnya, bahan bersusu pada chocolate boleh menghalang penyerapan flavonoids .   Buah koko sendiri kaya dengan bahan yang dinamakan theobromine, yang berfungsi merangsangkan saraf dan otak. Semua produk makanan berasakan koko mengandungi theobromine namun kandungan mereka berbeza-beza. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!