Advertorial
Home » Tag Archives: dehidrasi (page 2)

Tag Archives: dehidrasi

Bahaya menggunakan Sauna selepas bersenam

  Assalamu alaikum. Saya nak tanya dan minta pendapat doktor. Saya sedang mulakan aktiviti jogging setiap hari.selepas  joging dlm 10 minutes sy akan sauna dalam gym.Bolehkah kita ber-sauna setiap hari.Mohon pendapat doctor,terima kasih doctor     Ramai orang yang berpendapat bahawa sauna boleh mengurangkan berat badan. Apatah lagi jika sauna dilakukan selepas senaman kardio yang mengeluarkan peluh. Sudah tentu mesin penimbang berat badan akan menunjukkan pengurangan yang mendadak.     Tetapi adakah kita benar-benar kehilangan berat badan? Adakah yang hilang itu hanya kandungan air dalam badan atau lapisan lemak?     Sauna sebenarnya boleh memberikan kebaikan dan boleh mendatangkan keburukan.     Bayangkan puan telah bersenam dengan bersungguh-sungguh sama ada berlari di padang atau berada gym. Sudah tentu banyak peluh yang keluar. Apabila memasuki sauna, sudah tentu lebih banyak peluh ... Read More »

Anak Kecil Demam Berpanjangan

  As salam mu alaikum. Doktor anak saya berumur 3 tahun. Pada awal tahun ini anak saya demam selama sebulan. Namun beliau demam pada waktu tertentu saja, sekejap demam sekejap ok. Selepas sebulan anak saya sihat, namun pada bulan berikutnya beliay demam kembali terutama waktu petang hingga malam. Saya ada berjumpa dengan doktor pakar namun beliau mengatakan anak saya sebagai demam biasa saja. Saya amat risau.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Demam di kalangan kanak-kanak adalah suatu perkara yang membimbangkan.   Namun suatu perkara yang menjadi tanda Tanya ialah berapa tinggi demam anak puan? Mungkin puan berasa anak puan mengalami demam, tetapi suhu badannya tidak terlalu tinggi atau mungkin juga normal.   Oleh itu perkara yang puan perlu ada ialah alat thermometer yang baik bagi ... Read More »

Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Baru-baru ini seorang rakan FB menandakan gambar anaknya yang sedang dirawat di ICU di sebuah hospital awam ke dalam dinding GB saya. Beliau mengesahkan bahawa nak beliau sedang dijangkiti oleh virus RSV. Melihat gambar bayi yang sedang dimasukkan tiub melalui mulut dan beberapa wayar di beberapa tempat di tubuhnya, saya dapat memahami kepiluan seorang ibu. “Bersabarlah dengan ujian ini, dan harapkanlah yang terbaik dari ALLAH.” Dalam keadaan ini, doctor hanya melakukan rawatan setakat yang mereka mampu. ALLAH yang akan menyembuhkan kanak-kanak ini. Banyaklah berdoa…   Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV), boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan yang lain, terutama pada kanak-kanak kecil. RSV adalah virus dalam kumpulan Paramyxoviridae, yang juga mempunyai ‘adik beradik’ virus yang menyebabkan jangkitan measles dan mumps.   Jangkitan ini cepat merebak melalui pergaulan kanak-kanak ... Read More »

Bolehkah bayi minum air mineral?

Baru-baru ini seorang rakan doktor memberitahu ada satu kes seorang bayi berumur 4 bulan mengalami sawan seterusnya koma apabila ibu yang menjaga bayi itu mmberikan terlalu banyak air kepada bayi dalam bancuhan susu formula.   Apa yang berlaku ialah ibu bayi itu adalah seorang ibu tunggal yang kesempitan hidup, lalu cuba mencairkan susu formula yang diberikan dengan lebih banyak air dari kadar sukatan yang sepatutnya.   Setelah diberikan beberapa hari, bayi itu menunjukkan perubahan yang yang tidak baik seperti tidak aktif, menangis dengan suara yang perlahan dan selalu tidur. Tidak lama selepas itu bayi itu mengalami sawan dan mengeluarkan buih pada mulutnya. Apabila dibawa ke hospital, bayi itu telah tidak sedarkan diri dan koma.   Anak adalah amanah   Oleh itu saya sering menasihatkan para ibu bapa agar lebih berhati-hati ... Read More »

Asthma dan Dehidrasi

Asthma dan Dehidrasi

“Kenapa anak saya kerap sangat diserang asthma, doktor?” Saya menarik nafas panjang. Hari ini saja sudah enam orang pesakit asthma yang diberikan nebulizer. Cuaca di luar sangat panas, ditambah dengan jerebu yang menyesakkan. Alhamdulillah mereka respond baik dengan rawatan nebulizer. Walaupun masih berkahak ketika batuk, mereka mengakui merasa amat lega kerana dapat bernafas dengan baik dan tidak rasa sakit dada lagi. “Cuba puan perhatikan cuaca sekarang. Panas membahang” “Tapi bukankah asthma disebabkan oleh cuaca sejuk?” “Betul puan, cuaca sejuk boleh menyebabkan asthma. Namun ada satu lagi punca asthma, iaitu kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi)” “Ya lah doktor, sekarang pun kita tengah berpuasa Ramadhan. Kurang air agaknya” Asthma bukanlah satu perkataan yang asing di Malaysia. Ramai kanak-kanak menghidap penyakit ini dan sering dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan. Ia adalah ... Read More »

Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil

Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil

“Teruk betul isteri saya hamil kali ini. Asyik muntah saja sampai badannya lemah…” Saya tersenyum kerana rakan saya ini bercerita dengan bersungguh-sungguh. “Habis tu siapa yang masak di rumah?” saya menduga beliau. “Makan kat kedailah doktor. Dia bukan saja lemah badan dan tak terdaya hendak masak, bau makanan dia pun tak boleh nak hidu..” “Sekarang ini dia di mana?” “Kat rumah. Sudah 3 hari terbaring di atas katil..” “Kalau sudah terbaring  3 hari, itu sudah tanda bahaya. Kena bawakan ke hospital. Jangan dibiarkan tanpa rawatan. Berbahaya pada ibu dan anak dalam rahem” Terbeliak mata dia mendengar penjelasan saya. Tidak sempat menjawab salam yang diberikannya, kelibatnya telah hilang, memandu kereta pulang ke rumah. Dalam istilah perubatan, ‘dehidrasi ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Ia bukan masalah ringan. Dehidrasi yang ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Berapa Banyak Air yang Perlu Diminum?

Cerita tentang air Kembali kepada asas. Itulah yang sering saya katakan kepada pesakit saya. Minumlah air sebanyaknya kerana ia adalah ubat yang paling mujarab. Bila berbicara tentang air, teringat cerita seorang kawan. Di saat suatu negeri dilanda panas terik dan ramai yang sakit akibat kepanasan itu, ramai yang putus harap. Lalu mereka berjumpa seorang tabib yang terkemuka di negeri itu. Mereka bertanya kepada tabib, ”Wahai tabib, apa yang harus kami lakukan untuk mengelak bala bencana di negeri ini?” Lalu tabib itu menasihatkan ”Minumlah banyak air !” ”Berapa banyakkah air yang harus diminum sehari?”  Tanya mereka beramai-ramai. Si tabib seolah-olah memberikan fatwa. “Lapan gelas sehari” Maka ramailah yang cuba minum sebanyak lapan gelas sehari. Ada yang minum sekali teguk, ada yang minum sedikit sedikit. Malah yang pelik atas kejahilan mereka, anak ... Read More »

Apakah Punca Bibir Kering?

  Bagaimana keadaan bibir yang kering? Ramai orang menghadapi masalah kekeringan pada bibir, malah mulut, bermula dari kekeringan biasa akhirnya masalah melarat menjadi luka dan kadang kalanya bernanah atau menjadi kuping (scaling). Bibir yang kering lalu merekah dan menyebabkan luka mengganggu aktiviti seharian yang melibat bibir seperti senyuman, berciuman, makan malah ketika bercakap. Saya cuba memaparkan kepelbagaian sebab terjadinya bibir kering. Perlu dibezakan antara bibir kering yang disebabkan oleh faktor non-infeksi dan faktor infeksi. Bezanya adalah kadar masa yang diambil untuk menjadikan bibir itu menjadi luka (atau bernanah). Jika kekeringan bibir disebabkan oleh faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), maka biasanya keadaan di mana bibirnya menjadi kering dan kemudiannya bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari. Namun jika ianya disebabkan infeksi, terutama virus herpes simplex, pesakit kadang kala tidak mengalami kekeringan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!