Advertorial
Home » Tag Archives: debar

Tag Archives: debar

Punca keguguran

    “Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) Struktur pangkal rahem yang lemah (cervical incompetence). Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor bagi memastikan rahem telah kosong-tiada baki janin yang tertinggal) ... Read More »

Punca keguguran

“Saya amat sedih dengan kehilangan kandungan saya. Saya tidak tahu apa puncanya. Secara tiba-tiba ada banyak darah yang keluar. Bila buat pemeriksaan,  doktor sahkan saya keguguran” Sebenarnya banyak punca keguguran. Ada faktor yang tidak dapat dielakkan. Ini yang dinamakan takdir. Jangan bersedih tentu ada kebaikannya. Antara punca keguguran ialah: a) Masalah kromosom yang tidak normal dalam janin.  b) Janin ditanam (implantasi) dengan tidak baik pada lapisan endometrium (lapisan dalam rahem).  c) Wanita yang hamil mengalami penyakit yang kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau autoimmune disease.  d) Jangkitan kuman pada faraj.  e) Jatuh atau mengalami kemalangan jalanraya.  f) Struktur pangkal rahem yang lemah (cervical incompetence).   Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan doktor bagi memastikan rahem telah kosong-tiada baki janin yang tertinggal) di ... Read More »

Sedihnya keguguran

SEDIHNYA KEGUGURAN       Ramai yang mengalami keguguran terutama di awal kehamilan.  Keguguran sebenarnya kehilangan (tidak bernyawa) janin dalam rahem sebelum mencapai usia kehamilan 22 minggu.  Dianggarkan sebanyak 20% dari kehamilan akan mengalami keguguran, dan 80% keguguran itu berlaku sebelum mencapai usia kehamilan 12 minggu. Jadi maknanya setiap wanita yang hamil akan mempunyai risiko untuk keguguran. Bagi wanita yang pernah mengalami keguguran, risiko untuk mengalami keguguran seterusnya ialah 25%.  Risiko ini akan meningkat sekiranya jika pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.  Bagi wanita yang hamil, saya cadangkan banyakkan berdoa semoga kehamilan mereka dipermudahkan. Jaga pemakanan, minum air dan tidur secukupnya, lakukan amalan agama (dapat membantu mendapatkan ketenangan jiwa) dan lakukan pemeriksaan doktor mengikut tarikh yang ditetapkan. Bagi mereka yang keguguran, saya cadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah (setelah mendapat pemeriksaan ... Read More »

punca keguguran berulang

PUNCA KEGUGURAN BERULANG   “Salam dokter, saya mengalami keguguran setiap kali saya hamil. Saya keguguran selama 3 kali dan kali terakhir pada Jan 2014. Semua kehamilan saya semua pada awal kehamilan Antara 8-12 minggu. Apakah punca keguguran seperti ini ? Mohon pencerahan.”   WALALAIKUM MUS SALAM   Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai ‘habitual miscarriage’.   Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaa dan ujian yang detail bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walau bagaimana pun tidak semua punca kegiguran dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.   Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah ... Read More »

kenapa ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak?

UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK       “Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih elsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemberian ubat selsema bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya memang ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk batuk dan selsema).   Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yg mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan ... Read More »

telur berwarna putih atau perang

TELUR BERWARNA PUTIH ATAU PERANG ?         Telur ayam mempunyai pelbagai warna. Sesetengah orang percaya telur perang lebih sihat atau lebih semula jadi, manakala yang lain merasakan bahawa telur putih bersih atau hanya rasa lebih baik.   Pigmen utama dalam kulit telur perang dipanggil protoporphyrin IX. Ia diperbuat daripada heme, sebatian yang memberikan darah warna merah. Warna telur bergantung kepada baka ayam. Ayam akan menghasilkan pigmen-pigmen ini berdasarkan kod genetik yang dimilikinya.   Warna-warna kulit telur yang berbeza datang dari pigmen ayam-ayam betina menghasilkan telur-telur tersebut. Secara mudah, baka ayam kampung biasanya mempunyai kulit telur yang berwarna putih, sementara kebanyakan ayam yang diternak di dalam reban (ayam reban) berwarna perang. Namun ada juga baka ayam kampung yang diternak dalam reban.   Selain itu, warna kulit telur boleh ... Read More »

Guna cuka epal semasa hamil

SELAMATKAH MENGGUNAKAN CUKA EPAL SEMASA HAMIL DAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK       “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya doktor berkenaan cuka epal. Sebelum hamil saya sentiasa amalkan makan cuka epal. Tapi saya berhenti makan bila hamil kerana ada yang mengatakan ianya tajam dan tidak sesuai untuk ibu hamil. Bolehkah ibu hamil dan ibu yg baru lepas bersalin makan cuka epal? Terima kasih atas pencerahan doktor. Semoga khidmat nasihat dan info doktor mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah swt.”   WA’ALAIKUMMUS SALAM   Cuka buah-buahan termasuk cuka epal diperbuat dari buah-buahan yang dihancurkan kemudian ditapaikan sehingga menjadi asid acetic, yang menyebabkan ia berasa masam. Cuka buah-buahan ini kemudian akan dibersihkan melalui proses penyulingan dan dijual sebagai minuman kesihatan.   Ada pengeluar yang meletakkan cuka ini dalam proses  “pasteurization” untuk membunuh kuman ... Read More »

SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN.

SALAH FAHAM TENTANG STEVIA BAGI MENGURANGKAN KEKELIRUAN.       1. Ramai yang menganggap bahawa Stevia adalah ubat diabetes. Stevia bukanlah ubat yang menggantikan ubat diabetis. Oleh itu ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti ubat mengawal gula dalam darah. Stevia adalah pemanis natural yang membantu pesakit diabetes untuk meninggalkan gula pasir jika masih tidak dapat menahan ketagihan gula. Dengan ini dapat mengurangkan kemasukan karbohidrate ringkas (atau gula dalam tubuh). Bila kemasukan gula dalam darah semakin sedikit dan terkawal, kawalan terhadap gula dalam darah semakin baik.     2. Ramai yang mengambil stevia, dalam masa yang sama mengambil gula pasir. Ini adalah suatu kesilapan. Ibarat kita mahu membersihkan kolam. Kolam akan tetap kotor jika masih lagi mengisikan dengan air kotor, walaupun kita telah menukarkannya dengan air bersih. Kita harus meninggalkan gula ... Read More »

“DAB DIB DUB …JANTUNGKU BERDEBAR-DEBAR”

“DAB DIB DUB …JANTUNGKU BERDEBAR-DEBAR” BERNAMA RADIO 24 PADA 2 FEB 2017     APAKAH YANG DIKATAKAN BERDEBAR-DEBAR. Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupanan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub.   Berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan perminit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit dengan drama yang sekata. Ia masih dianggap normal jika iramanya atau rentak degupan jantung sekata, walaupun kadarnya bertambah. Degupan jantung melebihi 100 degupan perminit kita namakan tachycardia.   ... Read More »

Punca berdebar-debar

PUNCA BERDEBAR-DEBAR.         “Salam, doktor. Apa sebenarnya rasa berdedar-debar ini? Terima kasih” Banyak punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar. Antaranya: 1.riadah atau senaman 2.demam 3.gangguan emosi seperti rasa takut, risau dan stress 4.minuman bercaffeine. 5.menghisap tembakau (merokok) 6.minum minuman beralkohol 7.ubat-ubat seperti ubat batuk dan selsema, 8.suplemen pelangsing yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine.   Berdebar-debar ini boleh berlaku pada pesakit yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia), masalah pengeluaran hormone thyroid yang berlebihan (hyperthyroid), komplikasi dari serangan sakit jantung atau lemah jantung.   Wallahu a’lam. Semoga bermanfaat.   SAKANJABEEN ADALAH MINUMAN BOTANI YANG TERBAIK, FORMULA PERMAKANAN ZAMAN SILAM.  MENAMBAHKAN TENAGA DAN MENINGKATAN KESIHATAN DALAMAN. MOHON KE FARMASI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI http://needsvenue.com.my Read More »

BAGAIMANA KITA TAHU BERDEBAR-DEBAR. “Salam doktor. Bagaimana kita mahu tahu yang kita benar-benar mengalami masalah berdebar-debar ini?”     Selalunya kita sendiri mengesyaki yang kita mengalami degupan jantung yang laju apabila kita dapat rasakan debaran itu. Jika kita dilatih dalam ilmu pertolongan kecemasan dan CPR, mungkin kita mahir mencari nadi dan mengira degupan jantung kita. Jika kita tidak pasti, saya nasihatkan agar berjumpa doctor.   Apabila kita berjumpa doctor di klinik atau di Jabatan Kecemasan doctor akan melakukan pemeriksaan fizikal kita, terutama mengesan degupan jantung yang laju pada nadi. Doktor bertanyakan beberapa perkara yang berkaitan (medical history). Kadang kala doctor bertanya soalan seperti adakah rasa berdebar-debar ini belangsung sepanjang hari atau berlaku sesekali. Adakah ada masa-masa tertentu yang menyebabkan rasa debar-debar atau apakah yang berlaku yang mungkin dia tahu menyebabkan ... Read More »

Adakah berdebar-debar itu bahaya?

ADAKAH BERDEBAR-DEBAR ITU BAHAYA?   “Doktor saya sering mengalami rasa berdebar-debar, adakah ia berbahaya?”     Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata.   Masalah kadar yang laju. Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”. Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan. Supraventricular tachycardia. Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium) Ventricular tachycardia. Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle) Sinus tachycardia. Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang terlalu cepat.   Masalah yang berlaku apabila jantung berdegup terlalu cepat ialah darah yang mengisi ruang dalam jantung ini tidak mencukupi, akhirnya menyebabkan jantung yang mengalir ... Read More »

Apa yang dikatakan berdebar-debar

APAKAH YANG DIKATAKAN BERDEBAR-DEBAR. “Doktor, dada saya kadang kala tidak selesa, adakah ia disebabkan oleh berdebar-debar?”     Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupanan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub.   Berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan perminit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit dengan drama yang sekata. Ia masih dianggap normal jika iramanya atau rentak degupan jantung sekata, walaupun kadarnya bertambah. Degupan jantung melebihi 100 degupan perminit kita namakan tachycardia.   ... Read More »

Scroll To Top