Tag Archives: darah haid

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN

Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui. Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis. Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil. Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini. Namun apabila …

Read More »

PENGALAMAN PESAKIT ENDOMETRIOSIS YANG HAMPIR KEHILANGAN NYAWA

JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid.  Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid. Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal. Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’. Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu …

Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir …

Read More »

Amalan mencuci faraj (Douching)

          “Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan  vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?”    Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini.   Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’.   Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka …

Read More »

Pendarahan Haid yang banyak dan tidak menentu

  “Assalamu alaikum, saya  berusia 40 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Saya amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Untuk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2009 disahkan normal.”   Wa alaikum mus salam.   Cara terbaik bagi masalah puan yang mengalami masalah kitaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal.   Doktor bertanyakan tentang sejarah perubatan puan sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan kitaran haid yang puan alami. …

Read More »

Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal

    As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim?     Wa alaikum mus salam..   Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan.   Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam …

Read More »
error: Content is protected !!