Advertorial
Home » Tag Archives: cholestrole (page 5)

Tag Archives: cholestrole

Tidak rugi membantu orang

  Gambar hiasan Pagi ini saya agak lambat sedikit ke tempat kerja. Badan rasa tidak berapa sedap. Mungkin perubahan cuaca dan serangan virus yang menyebabkan tekak saya agak perit, berkahak dan rasa mahu demam.   Tetapi kerja macam saya mana boleh MC dengan mudah. Siapa mahu menggantikan tempat saya?   Jadi mahu atau tidak terpaksalah saya menguatkan semangat, bangun dan meneruskan kehidupan.   Selepas menghantar anak ke rumah ibubapa saya untuk dijaga, saya bergegas ke tempat kerja.   Memang agak lambat, tetapi masih tiada pesakit menunggu.   Saya bergerak ke warung di bawah pokok untuk membeli sarapan. Bungkus sahaja untuk makan di Pusat Kesihatan. Kalau berlengah-lengah di warung, bimbang nanti ada pesakit yang menunggu.   Saya tidak memesan roti canai kerana bimbang tahap kolestrole saya akan melonjak. Jadi saya beli ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

Phthalates Menyebabkan Diabetes Mellitus

Seperti mana yang ramai ketahui bahawa peningkatan kes diabetes mellitus semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari saya berhadapan dengan kes-kes baru di pusat kesihatan tempat saya bekerja. Yang pelik, kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 30an. “Doktor bagaimana saya boleh kena diabetes. Badan saya tidak gemuk. Mak dan ayah saya tiada diabetes. Agaknya mesin yang doktor guna tersilap” Saya mengulangi pemeriksaan gula di awal pagi di mana pesakit belum lagi  bersarapan dan belum mengambil apa-apa makan semenjak pukul 10pm malam tadi. Bacaan pertama tadi 12.0mmol/L, bacaan ulangan kedua pula 12.5mmol/L. Lebih kurang saja. Saya mencadangkan pemeriksaan semula setelah dua jam pesakit mengambil sarapan berat. Saya juga mencadangkan pemeriksaan Hb1Ac agar saya dapat memberikan diagnosa sama ada pesakit itu sudah mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak. Saya termenung memikirkan fenomena yang menjadi-jadi, ... Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi di samping mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, and vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan dan suplemen. Lebih 1,500 tahun orang ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!