Advertorial
Home » Tag Archives: chlamydia

Tag Archives: chlamydia

Penyakit Kelamin

PENYAKIT KELAMIN     “Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi  jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan?  Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea.   Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti.   Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan banyak keputihan, selagi dia tidak dijangkiti kuman penyakit kelamin, dia tidak dapat menjangkiti orang lain.     Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari ... Read More »

Kemudaratan Penyakit Kelamin ketika hamil

    Baru-baru ini saya ditemui oleh seorang wanita muda berusia awal 20an yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang bakal menjadi tunangnya.   Beliau tidak membuat laporan polis kerana mereka juga dijangka akan dinikahkan tidak lama lagi.   Malangnya ketika pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan, doktor yang bertugas disana beliau menghidap penyakit kelamin yang belum ditentukan lagi jenisnya.   Walau bagaimana pun beliau bernasib baik kerana tidak dijangkiti oleh HIV.   Apa yang dirisaukan oleh beliau ialah  kesan penyakit kelamin kepada diri beliau sebagai wanita hamil, dan dan anak yang di dalam rahim.   Soalan yang beliau tanyakan ialah “apakah kesan penyakit kelamin terhadap kehamilan dan bayi?” Kebanyakan kesan penyakit kelamin terhadap wanita hamil adalah sama dengan  wanita yang tidak hamil.   Kebanyakan penyakit kelamin ini menyebabkan penyakit yang ... Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergentung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

Pendarahan yang banyak setiap bulan

  “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan ... Read More »

Pendarahan selepas Pap smear

As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah.. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa susah hati. Banyaklah berdoa semua apa yang puan fikirkan itu tidak akan menjadi kenyataan. Saya tidak menafikan bahawa pendarahan selepas melakukan Pap smear bukanlah suatu yang biasa berlaku. Apatah lagi ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!