Advertorial
Home » Tag Archives: cepat

Tag Archives: cepat

Kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah

  “Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.   Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.   Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.   Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih serius jika ia menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya.   Saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor semula bagi mendapatkan rawatan yang lengkap. Read More »

Dimarahi kerana kehamilan kembar

  “Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal.   Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan.   Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan melayan puan sebagai pekerja, dengan tidak membenarkan puan menjalani pemeriksaan prenatal terutama ketika puan sedang hamil kembar.   Ini kerana semua kehamilan kembar adalah kehamilan yang berisiko ... Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN     “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.   Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami.   Untuk menentukan peringkat endometriosis ini dialami, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan laparoscopy pada wanita itu.   Peringkat I endometriosis: Terdapat beberapa tisu endometriosis kelihatan, ... Read More »

Berkhatan secara SMART KLAMP

Berkhatan menggunakan teknik Smartklamp adalah satu inovasi baru dunia perubatan bagi memudahkan prosedur berkhatan yang diamalkan oleh seluruh umat Islam, Yahudi dan Orthodox Kritian. Semenjak ia diperkenalkan di pameran perubatan di Dusseldorf, German,pada tahun 2001, alat ini telah digunakan oleh jutaan kanak-kanak dan oraang dewasa di Eropah, Amerika Syarikatdan Asia Tenggara, termasuk Malaysia kerana alat sangat mudah digunakan. Dengan menggunakan smartclamp, pendarahan yang banyak dapat dihindarkan ketika prosedur berkhatan dan tidak memerlukan sebarang jahitan . Ia sangat mudah dan cepat antara 10-15 minit sahaja . Oleh itu menjadi alternative terbaik bagi kanak-kanak atau orang dewasa yang mengalami penyakit Diabetes, Hemofilia, anak-anak Autis atau anak-anak Hiperaktif. Smartclamp juga sangat ringan dan tidak mengganggu aktiviti knak-kanak atau orang dewasa yang disunatkan dan boleh mula berjalan tanpa tanpa menggunakan kain sarung lagi. Perbezaan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!