Advertorial
Home » Tag Archives: cedera

Tag Archives: cedera

bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala

BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA       Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.     WALAIKUMUSALAM     Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.     Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan menekan luka atau bengkakan menggunakan kain yang bersih, pendarahan akan berhenti dan bengkakan(benjolan) akan mengecut.     Jika luka terlalu besar dan pendarahan terlalu banyak, bawalah anak ke klinik ... Read More »

Darah haid atau keguguran

DARAH HAID ATAU KEGUGURAN? “As salamu alaikum  Dr Zubaidi,  saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik,  saya hamil.  Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit.  Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG.   Ini kerana kebanyakan alat UPT yang dijual di Malaysia tidak sensitif pada hormone hCG yang rendah, yang dikeluarkan oleh uri di awal kehamilan.   ... Read More »

Bayi Jatuh Dari Katil

“Salam doktor. Baru-baru ini anak saya berusia 5 bulan telah jatuh dari katil tempat kami tidur. Kami tidurkan dia di atas katil kerana ia lebih selesa. Malangnya saya tidak menyedari dia telah bangun dan bergolek. Dia jatuh dan menangis kuat. Apakah ini berbahaya kepada anak saya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang sangat bahaya jika bayi yang kecil terjatuh dari katil. walaupun katil itu tidak tinggi, namun ketinggian katil itu sangat tinggi jika dibandingkan dengan ketinggian bayi. Bayangkan jika kita jatuh dari tempat yang setinggi aras kepala kita. Begitulah bahaya apabila bayi terjatuh dari katil. Namun begitu tidak semua keadaan menyebabkan bahaya yang serius. Selalunya hanya terdapat lebam dan bengkak saja pada kepala atau anggota lain pada bayi. Namun jika ada tanda-tanda berikut, perlu membawa anak berjumpa doktor ... Read More »

Kecederaan saraf “Long Thoracic Nerve”

    Kecederaan pada saraf long thoracic nerve menyebabkan lumpuh atau lemah pada otot “serratus anterior”. Pesakit mungkin mengalami rasa sakit, atau tidak boleh mengangkat lengannya dan tulang belikat (scapula) akan kelihatan jelas menonjol bila melakukan pergerakan bahu. Kecederaan saraf ini boleh disebabkan oleh kecederaan trauma atau tanpa sebab yang jelas. Wallahu a’lam Read More »

Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak

  Taman Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara mempunyai tahap keselamatan yang meragukan.   Dianggarkan sebanyak 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK.   Bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK dan tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh.   Selain itu, kemalangan lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam ruang pembukaan yang biasanya terdapat di platform gelongsor.     Oleh itu saya mencadangkan agar ibu bapa memainkan peranan dengan mengawasi anak ketika mereka bermain.   Ibu bapa juga perlu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!