Advertorial
Home » Tag Archives: bulu

Tag Archives: bulu

Jangkitan Hepatitis B ketika hamil

JANGKITAN  HEPATITIS  B  KETIKA  HAMIL     “Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis B. Ramai pesakit pulih setelah diberikan rawatan dan tubuh pesakit membentuk antibodi bagi untuk melawan jangkitan virus hepatitis B.   Tidak semua virus Hepatitis B yang dapat dibunuh dan sebahagiannya ... Read More »

Wanita Berhalkum

WANITA BERHALKUM   Salam Dr., adakah normal untuk wanita mempunyai benjolan di leher (menyerupai halkum lelaki)? Adakah ini mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut? Ciri-ciri lain seperti berbulu lebat seperti lelaki. Walaubagaimanapun, suara, haid, dan bentuk tubuh adalah seperti wanita normal yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM Benjolan di leher tidak semestinya halkum, tetapi ia boleh jadi beberapa masalah yang lain antaranya Thyroglossal cyst, kelenjar thyroid yang membesar, dan beberapa masalah yang lain. Oleh itu pemeriksaan yang teliti harus dilakukan. Jika benar ia adalah halkum, puan tidak perlu risau. Halkum terbentuk apabila tulang rawan thyroid yang menjadi membesar ketika seseorang itu menjadi dewasa. Pada lelaki ia lebih menonjol kerana pertemuan dua bahagian tulang rawan ini membentuk sudut lebih kurang 90 °, manakala pada wanita, pertemuan dua bahagian ... Read More »

Memotong kuku semasa hadas besar

      “Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?”   Dijawab oleh  Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad,   Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.   Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu ... Read More »

Wanita bermisai dan berbulu tebal

  “Assalamu’alaikum doktor saya mempunyai masalah bulu yang tebal dan sehingga kelihatan bermisai. Saya risau kerana beberapa rakan saya selalu mengusik saya dan mengalatakan saya mempunyai hormone lelaki. Mengapa wanita seperti saya boleh tumbuh misai? Mohon pencerahan”       Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah saudari. Ini sebenarnya ujian ALLAH untuk saudari, semoga saudari dapat bersabar dan tidak berputus asa mencari rawatan terbaik untuknya.   Dalam bahasa perubatan, wanita yang mempunyai bulu yang berlebihan di kawasan tubuh yang tertentu dinamakan “hirsutism”. Ia bukanlah penyakit tetapi adalah tanda sesuatu penyakit.   Bulu yang berlebihan selalunya tumbuh di bahagian muka, leher, kaki dan tangan, tubuh, dada, payudara, pinggang belakang, bahagian atas kawasan ari-ari dan bahagian dalam peha.   Hirsutism boleh disebabkan oleh:   1.         Pengeluaran hormon lelaki androgen ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!