Advertorial
Home » Tag Archives: bomoh

Tag Archives: bomoh

Pengalaman seorang pesakit SLE

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya   mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik.   Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja.   Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat keadaannya.   Kami membawanya ke hospital semula. Saudara-mara semua mahukan adik saya dihantar berjumpa bomoh atau ustaz bagi membuang sihir.   Saya berkeras membawa adik saya ke hospital. ... Read More »

Amalan syirik, khurafat, tahyul dalam perubatan

  Soalan: Saya ingin mengutarakan satu soalan di mana soalan ini adalah berkaitan budaya biasa masyarakat setempat. Saya rujuk kepada kaedah perubatan di mana insan itu apabila diduga oleh Allah SWT dengan kesakitan, amalan masyarakat setempat adalah di antara hukum syirik, khurafat, tahayul dan bid’ah. Di antara empat perkara ini, ada atau tidak ruang yang boleh membawa kepada niat doa dan usaha serta ikhtiar manusia. Mohon penjelasan ustaz.   Jawapan:   Berkenaan dengan sikap masyarakat setempat yang seringkali mengamalkan kaedah rawatan yang dirujuk sebagai rawatan alternatif; seperti bertemu dengan bomoh, dukun, dan terlibat dengan perkara-perkara syirik, khurafat, tahyul, sihir, dan hal-hal yang seumpama dengannya.   Kita kena tahu bahawasanya rawatan di dalam Islam terbahagi kepada dua jenis. Pertama, rawatan hasil daripada kajian saintifik seperti yang diamalkan doktor-doktor pakar dan sebagainya. ... Read More »

Hyponatraemia: Penyakit Misteri?

”(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali” (al Baqarah 156) Membongkar misteri dengan usaha dan doa Saya masih ingat lagi satu kes yang agak pelik ketika saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Seorang wanita dalam usia 30an mempunyai seorang anak dimasukkan ke hospital kerana lemah badan dan ketika itu dia tidak mampu berjalan, malah sukar berdiri. Saya mengingati kes ini kerana pada masa itu banyak kedengaran kata-kata yang menyindir wanita itu. ”Ala mengada-ngada pesakit ni. Harap je muka cantik, tapi lembik” Saya tidak pasti mana datangnya suara itu. Namun ianya tentulah tidak adil baginya kerana hanya orang yang sakit saja mengetahui keadaan dirinya. Dan apa yang lebih menjadikan saya geram apabila suaminya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!