Advertorial
Home » Tag Archives: bocor (page 4)

Tag Archives: bocor

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang juga akan membantu mengurangkan sakit kepala dan badan. Kanak-kanak yang mengalami HFMD juga digalakkan untuk minum secukupnya. Bagi luka di mulut yang menyebabkan rasa sakit ketika makan, doctor selalunya akan ... Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan.     Wa alaikum mus salam Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang ... Read More »

Rawatan untuk Keloid

  “Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa  panjang.   Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal.   Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi  memhentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini dilakukansebulan sekali sebanyak enam kali. Read More »

Parut Buruk di Dada

“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami jerawat di dada . Saya memicitnya sehingga pecah, dan akhirnya menyebabkan parut yang besar. Masalahnya parut ini terlalu besar dan buruk. Saya belum berjumpa doktor dan saya oleh rakan saya diberitahu bahawa saya mengalami masalah keloid. Mohon pencerahan, doktor” WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yang saudara alami ialah keloid, iaitu luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara kosmetik ia boleh mengubah fizikal seseorang.  Namun,  ia tidak mengundang bahaya kepada nyawa. Keloid boleh terhasil daripada luka terbakar, luka hirisan, luka yang terkena kuman, chicken pox (cacar), tempat vaksinasi ... Read More »

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.   Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak ... Read More »

Ubat Bagi Penyakit Gout

“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami masalah ginjal segala ubat-ubatan harus dipantau oleh doktor kerana dibimbangi akan menyebabkan masalah yang lebih besar pada ginjal saudara. Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar ... Read More »

Rawatan Kehamilan Luar Rahem

Pembedahan dengan kaedah laparoscopy “Salam doktor.  Saya ingin bertanya apakah vitamin yang terbaik untuk wanita yang baru saja menjalani pembedahan ektopik (hamil luar rahim) agar mudah untuk hamil semula?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada  kaedah laparoskopi atau laparotomi. Kaedah laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.   Walaupun begitu, penggunaan kaedah laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak , maka pakar boleh untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini ... Read More »

Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?

“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya. Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit. Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa. Ini kerana amalan berpuasa sendiri mempunyai hikmah yang banyak. Pengamal perubatan silam memberikan preskripsi “berpuasa” sebagai rawatan pada kebanyakan penyakit. Berpuasa juga diakui oleh pengamalan perubatan moden dapat menurunkan tahap kolestrol, gula ... Read More »

Mahu buang besi dalam tulang

    “Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah pembedahan yang mudah.   Banyak risiko yang mengkin dialami oleh saudara selepas pembedahan semula.   Oleh itu saya tidak menasihatkan saudara meneruskan hasrat untuk mengeluarkan besi dalam tulang saudara kecuali ... Read More »

Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman

    “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets.   Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit.   Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB).   Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk ... Read More »

Kekurangan gula dalam darah

    “Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan.   Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi dengan baik.   Apabila kita makan, sel-sel pankreas akan mengeluarkan insulin bagi mengawal aras gula supaya ia tidak menjadi terlalu tinggi.   Bagi orang yang ... Read More »

Lupa mungkin tanda penyakit bahaya

    “Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah lupa’ adakalanya suatu yang normal. Lebih-lebih lagi jika saudara telah melakukan pemeriksaan, dan doctor telah mengesahkan bahawa saudara tidak mengalami masalah yang serius.   Masalah ‘mudah lupa’ ... Read More »

Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon

  “Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone.   Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja.   Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian boleh menyebabkan kerosakan kelenjar yang mengeluarkan hormone.   Kadar kerosakan hormon tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain.   Kita tidak pernah sedar bahawa banyak ancaman bahan perosak ... Read More »

Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil

      “Salam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan.   Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon  “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam rahem mereka.   Apabila usia kehamilan semakin membesar,  selalunya wanita hamil itu kurang mengalami rasa ... Read More »

Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?

  “Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerhan, terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup sehariannya (seperti tidak dapat ke sekolah atau ke tempat kerja) saya mencadangkan agar pemeriksaan yang lebih teliti dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa wanita itu tidak mengalami masalah yang lebih serius seperti ... Read More »

Ambil Ponstan ketika haid

  “Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah lebih kecil, maka otot pada dinding rahem terpaksa mengecut dengan lebih kuat bagi mengeluarkan darah haid yang berketul-ketul itu. Bagi mengurangkan rasa sakit senggugut, doctor selalunya memberikan ubat penahan sakit ... Read More »

Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

  “Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.   ‘Janin yang tidak kuat’ bermakna telur ovum dan sperma yang bersenyawa mempunyai kualiti yang rendah dan menghasilkan janin yang tidak mempunyai kekuatan untuk terus hidup apabila dilahirkan kelak.   Keguguran disebabkan ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN     “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.   Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami.   Untuk menentukan peringkat endometriosis ini dialami, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan laparoscopy pada wanita itu.   Peringkat I endometriosis: Terdapat beberapa tisu endometriosis kelihatan, ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!