Advertorial
Home » Tag Archives: bibir

Tag Archives: bibir

Ubat yang boleh menyebabkan alahan teruk

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK   Orang ramai boleh mengalami alahan kepada mana-mana ubat, akan tetapi terdapat sebahagian ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat-ubatan lain. Antibiotik merupakan punca alahan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan ubat. Baru-baru ini, ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal juga dikatakan mendorong tindak balas anafilaksis. Berikut adalah senarai ubat-ubatan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan (atau bukan alahan dalam beberapa kes): 1. PENICILLIN . Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. alah kepada ubat tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar alah kepada penicillin terdedah kepada gejala anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa ... Read More »

Fordyce Spots

  “Salam, doktor. Apakah rawatan terbaik untuk penyakit FORDYCE SPOTS pada bibir dan mulut. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Fordyce Spot atau Fordyce Disease sebenarnya adalah kelompokan kelenjar yang mengeluarkan lendiran sebum (minyak)  yang kelihatan jelas pada penglihatan kasar.       Ia berlaku pada kulit kemaluan (batang zakar dan sekitar clitoris) dan bahagian sekitar bibir.     Ia tidak berjangkit, bahkan ianya berlaku secara semulajadi apabila kelenjar-kelenjar ini menjadi aktif mengeluarkan sebum (minyak).   Ramai yang berjumpa doctor kerana bimbang dan keliru jika ia adalah tanda kanser atau jangkitan penyakit kelamin.   Dalam beberapa keadaan, kelenjar ini membesar sehingga boleh mengeluarkan lendiran berminyak.   Oleh kerana kebanyakan doctor menganggap bahawa ia adalah berlaku secara semulajadi, maka doctor tidak memberikan rawatan kecuali jika individu itu terlalu risau dengan penampilannya.   ... Read More »

Ujian darah untuk mencari punca alahan

    “Salam docter, saya mahu membuat pertanyaan. Saya mengalami kegatalan sejak bulan Feb yang lalu. Saya tidak tahu apa punca kegatalan itu. Saya memang ada alahan tetapi sebelum itu saya tidak ada makan makanan seafood dan telur. Sampai sekarang gatal bertambah teruk sehingga menjadi sampai dekat kedua-dua siku dan lutut saya. Mula-mula kegatalan itu hanya dekat celah peha saja, yang mana telah menjadi kurap. Apa sebab kegatalan ini berlaku ya dokter? Saya sudah tidak tahan setiap mlm asyik menggaru sampai menjadi luka. Apa yang bagus diamalkan untuk kurangkan rasa gatal ini ya doc? Mohon bantuan dr doc. Terima kasih.”   WALAIKUM MUS SALAM   Ramai di antara kita yang mempunyai alahan yang menyebabkan kita bersin atau rasa gatal pada kulit. Malangnya kita tidak pasti apa punca alahan yang kita ... Read More »

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus HSV-1 merebak melalui sentuhan pada cecair dalam lepuhan itu. Jangkitan juga boleh berlaku melalui oral seks.   Nasihat saya agar jagalah kebersihan dan amalkan pemakanan yang seimbang kerana ianya dapat ... Read More »

Suntikan Pethidine untuk sakit kronik

    “Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala.  Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan”   Wa alaikum mus salam.   Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan.   Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit.   Selain itu kesan ubat ini selalunya akan berkurangan di mana pesakit memerlukan dos yang semakin tinggi, selain boleh menyebabkan masalah ketagihan.   Kesan sampingan yang lain ialah: 1. masalah penghadaman seperti rasa loya, muntah, sembelit ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!