Advertorial
Home » Tag Archives: berulang

Tag Archives: berulang

kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAM RAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut.   Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”.   Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini.   Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik dalam bentuk norethisterone.   Jika puan sedang hamil janin perempuan, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan jika janin puan mengalami kesan ‘kelelakian’.   Namun ... Read More »

Pemeriksaan kromosom bagi keguguran berulang

PEMERIKSAAN KROMOSOM DAN DNA BAGI KEGUGURAN BERULANG “Assalamualaikum doctor, saya telah mengalami keguguran sebannyak 5 kali dalam usia kehamilan 10 minggu ke bawah. Semua keguguran saya disebabkan janin tidak membesar mengikut usianya. Saya sudah berjumpa doktor pakar dan diberitahu tiada mempunyai masalah. Doktor ingin membuat ujian kromosom tetapi saya belum bersedia. Adakah saya masih berpeluang untuk hamil dan tidak mengalami keguguran lagi. Terima kasih doktor.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah atas dugaan yang puan hadapi. Semoga ALLAH berikan kesabaran pada puan dan memberikan ganjaran yang terbaik (syurga) atas kesabaran puan.     Keguguran sebanyak 5 kali adalah satu fenomena kehamilan yang tidak normal. Pasti ada punca keguguran sebegitu. Ia dikenali sebagai keguguran di awal kehamilan (Early preganancy loss). Ia  ditakrifkan apabila seorang wanita tidak lagi ... Read More »

Gemuk akibat antibiotik yang berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini hanya berlaku apabila ibubapa memberikan ubat tersebut tanpa mendapat pandangan doctor.   Saintis Amerika Syarikat dari Universiti Pennsylvania mengkaji rekod kesihatan lebih daripada 64,500 kanak-kanak Amerika antara 2001 dan 2013. ... Read More »

Anak sering demam sejak masuk TASKA

ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA   “Salam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah  anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya sangat risau Adakah beliau mengalami penyakit berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Demam di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah suatu fenomena yang biasa. Ini disebabkan daya tahan kanak-kanak adalah rendah.   Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia akan mengalami demam.   Demam juga sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang dijaga di  TASKA, kerana kanak-kanak ini mudah dijangkiti dari teman-teman yang sama tinggal di TASKA tersebut.   Jika anak puan hanya mengalami ... Read More »

Salah faham mengenai “darah kotor”

    Dalam  perubatan moden, tiada yang diistilahkan sebagai darah kotor. Darah kotor adalah istilah longgar yang sering digunakan bagi menggambarkan beberapa penyakit. Ia sebenarnya salah faham pada konsep hematology (ilmu tentang darah).   Antara salah faham yang mengatakan seseorang itu mempunyai darah kotor apabila:   1. Keadaan kulit bagi pesakit yang ekzema, dermatitis, kulit kering, kulit mengelupas, ruam merah, kulit gatal yang sama ada berulang atau bergerak ke tempat yang lain.   Ramai yang berpendapat bahawa apabila banyak toksin dalam darah dan ginjal tidak dapat membuang toksin itu melalui air kencing, maka toksin ini akan keluar melalui kulit dan menyebabkan penyakit kulit.   Hal ini benar bagi pesakit ginjal yang menjalani hemodialysis. Selalunya toksin yang dikeluarkan dari permukaan kulit akan hilang apabila dibersihkan dan tidak menyebabkan penyakit kulit.   ... Read More »

KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI

  “ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj.   Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans.     Lendiran yang melekit, berbau dan menyebabkan kegatalan akan menyebabkan puan akan merasa tidak selesa.   Selalunya jika puan sihat dan tidak mengalami penyakit yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!