Advertorial
Home » Tag Archives: berat (page 13)

Tag Archives: berat

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari ... Read More »

Mudharatkan bayi dalam rahem jika ibu hamil muntah keterlaluan beberapa hari?

  Loya dan muntah ketika hamil tidak akan mengancam bayi anda jika ia tidak serius dan puan masih lagi dapat menyimpan sedikit makanan dan minuman yang dimakan dalam perut.   Jika puan tidak mampu menelan makanan yang seimbang kerana tidak berselera dan amat loya, puan boleh makan apa saja yang puan mampu.   Insha ALLAH bayi puan akan mendapat manfaat dari makanan yang puan makan.   Jangan terlalu risau kerana kebanyakan nutrient sebelum hamil disimpan sebagai stok dalam organ hati, dan akan dikeluarkan ketika puan mengalami masalah tidak ada selera dan tidak dapat makan dengan sempurna.   Jadi insha ALLAH ... Read More »

Loya dan Muntah Ketika Hamil Sehingga Berat Badan Turun

“Assalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) ..   Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah.   Saya juga tidak ada selera untuk makan, sehinggakan hanya makan nasi putih, ikan dan sedikit buah-buahan. Saya mengalami masalah untuk tidur.   Dokter, saya sangat risau dan mohon nasihat doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya menasihatkan puan agar berbincang tentang masalah kehilangan berat yang agak ketara dengan doctor yang merawat puan sepanjang kehamilan. Agak sukar ... Read More »

Wanita Hamil dan Kafeine

“Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM, Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana. Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh). Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi. Kafein melintasi ... Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka ... Read More »

Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

  “Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor”   Wa alaikum mus salam.   Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka.   Nasihat yang diberikan bukanlah atas ... Read More »

Steroid dalam Ubat Herba

  “Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”   Wa alaikum mus salam. Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi. Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi untuk ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. ... Read More »

Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?

“Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik. Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan  bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula. Ini adalah konsep yang ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang ... Read More »

Bagaimana Meningkatkan Berat Badan Bayi Saya?

        “As salam mu alaikum doctor. Saya ingin bertanya bagaimana untuk meningkatkan berat badan bayi saya berusia 11 bulan. Beratnya hanya 6.8kg. Saya sudah beri dia makan bubur nasi. Dia masih masih menyusu badan dan campur susu formula. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan perasaan risau puan alami. Sememangnya pada umur 11 bulan dan mempunyai berat 6.8 kg, agak sedikit ketinggalan. Namun puan masih berpeluang untuk meningkatkan berat bayi puan.   Peningkatan berat bayi mengikut berat yang  sepatutnya amat penting bagi bayi kerana pertumbuhan otak berlaku dengan hebatnya sehingga anak puan berumur ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya ... Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran ... Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang ... Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan ceserean

    “Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”       Wa alaikum mus salam.   Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu.   Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh ... Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa ... Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.   Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83).   Bagaimana diagnose ... Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih ... Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

  Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.   Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.   “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”   Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.   Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.   Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti ... Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis ... Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang ... Read More »

Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. ... Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat ... Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit ... Read More »

Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan ... Read More »

Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.   Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!