Advertorial
Home » Tag Archives: beranak (page 2)

Tag Archives: beranak

Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem

“Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahem. Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak. Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran aiakan melindungi alat kelamin bayi itu. Terlalu sukar bagi menentukan jantina bayi di awal kehamilan kurang 20 minggu kerana secara amnya walau secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa persenywaaan, namun ... Read More »

Bagaimana melatih bayi tidur sepanjang malam

“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari itu. Jadi puan banyaklah bersabar. Jika puan mahu bayi puan tidur sepanjang malam, puan boleh membantu anak puan tabiat tidur yang baik seawal mungkin. Antaranya ialah : 1. Belajar mengenal ... Read More »

Suplemen vitamin semasa hamil

    “As-salam Dr Zubaidi. Sy ingin bertanyakan pendapat Dr. Harap Dr x keberatan. This is regarding supplement tambahan spt vit C, folic acid etc yg diambil oleh ibu mengandung selain drpd yg diberi oleh pihak hospital spt jenama xxxxxx atau any brand. Would it give any affect? What is the good supplement? Any brand? Would appreciate your kind advise “   Wa alaikum mus salam Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen ... Read More »

Mempercepatkan proses kelahiran bayi

  “Salam doktor. Bolehkah doktor beri petua agar proses kelahiran bayi saya cepat berlaku. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Ramai wanita yang hamil inginkan agar proses kelahiran bayi berjalan dengan cepat dan selamat. Antaranya perasaan takut yang boleh membuatkan hormon yang membantu proses kelahiran menjadi tidak menentu. Oleh itu dapatkan seorang yang terdiri dari ahli keluarga seperti suami, ibu atau ibu saudara bagi menemani proses kelahiran ini, jika wanita itu terlalu takut. Banyakkan zikir dan membaca al Quran. Pada minggu ke 38, amalkan Ekstrak Kacip Fatimah bagi membantu proses kelahiran dengan menguatkan pengecutan rahem. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah Namun begitu ada beberapa sebab di mana proses kelahiran menjadi agak sukar. Antaranya: 1.posisi bayi dalam rahem yang menyongsang atau melintang; 2.kontraksi (pengecutan) rahem tidak berapa kuat; 3.struktur pelvis ibu yang agak kecil ... Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. Selain dari kanser, terdapat beberapa punca lain pendarahan selepas bersetubuh seperti jangkitan kuman pada pangkal rahim, hakisan atau erosion pada pangkal rahim dan tumbuhan polyp atau fibroid pada pangkal rahim. ... Read More »

Implanon dan Kitaran haid tidak menentu

  “SALAM… Dr Zubaidi, saya hendak bertanya sikit, semasa anak saya baru berumur 4 bulan dan saya sudah pasang implan untuk merancang keluarga. Pada mulanya saya mencuba suntikan sebanyak 2 kali, kemudian saya terus ke LPPKN untuk memasang implan. Masa saya pasang saya perasan ada datang haid sikit saja. Kemudian selepas dua kali, haid saya mula tidak datang langsung. Kini anak saya berumur 1 tahun 1 bulan. Saya bimbang hal ini akan menjejaskan kesihatan saya. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Doktor biasanya akan menggunakan alat perancang keluarga yang dimasukkan ke bawah kulit lengan puan, sama ada Nexplanon atau Implanon, mengandungi mengandungi etonogestrel.   Alat ini akan menghalang ovulasi pada pada wanita yang menggunakannya, jadi menyebabkan seorang wanita itu tidak subur.   Antara  kesan sampingan yang biasa berlaku ... Read More »

Hamil perpanjangan melebihi 40 minggu

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh yang sepatutnya beliau melahirkan, atau dinamakan Expected Date for Delivery (EDD).   Semakin lama seorang wanita itu hamil (melebihi 40 minggu) semakin tinggi risiko pada wanita yang hamil dan ... Read More »

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

  “Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula.   ALLAHU AKBAR !!.   Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya.   Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, tahap kerosakan buahpinggang, tahap kawalan penyakit darah tinggi yang datang bersama penyakit buah pinggang itu, dan berapa banyak kuantiti protin dalam air kencing.   ... Read More »

Haid tidak menentu selepas melahirkan anak,

  “As salam mu alaikum. Dr, saya baru melahirkn anak bulan September 2013. Saya hanya datang haid pada Jan 2014 sekali saja. Sampai sekarang bulan April, saya belum kedtangan haid lagi. Ujian UPT saya negatif dan saya mengambil pil perancang keluarga. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih” Dr Zubaidi Hj Ahmad WA ALAIKUM MUS SALAM Untuk mendapat kitaran haids yang normal seperti kitaran haids sebelum hamil, akan mengambil masa yang lebih lama kerana wanita-wanita sedang mengalami perubahan hormone dan tubuh mereka sedang mengatur semula ketidakseimbangan ini. Namun ini semua bergantung pada individu. Jadi jika darah haids yang keluar sama ada terlalu sedikit, terlalu banyak, hanya beberapa hari atau berpanjangan sehingga melebihi 15 hari adalah menjadi kebiasaan pada beberapa bulan selepas keguguran atau melahirkan anak. Namun begitu jika keadaan ini berulang selama ... Read More »

Membantu pesakit dalam penerbangan

  Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan.   Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini.   Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada.   Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R.   Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan?   Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan yang melibatkan perubatan berlaku di atas kapalterbang, berlaku kira-kira 15 kali sehari.   Apabila berlaku kecemasan dalam penerbangan, kebanyakan doctor agak keberatan untuk membantu ... Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN     “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.   Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami.   Untuk menentukan peringkat endometriosis ini dialami, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan laparoscopy pada wanita itu.   Peringkat I endometriosis: Terdapat beberapa tisu endometriosis kelihatan, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!