Advertorial
Home » Tag Archives: berair

Tag Archives: berair

Jangkitan kudis buta Impetigo

JANGKITAN KUDIS BUTA IMPETIGO     ” Salam doktor, baru-baru ini anak saya mengalami penyakit kudis buta. Doktor hanya memberikan ubat gatal dan sapu saja. Namun tidak berkesan. Mohon pandangan doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kudis buta disebut dalam bahasa perubatan sebagai IMPETIGO. Impetigo adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin.   Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali menyebabkan jangkitan ini iaitu Methicillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA).   Impetigo mudah terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitive dan masalah kulit seperti  ekzema, ... Read More »

Pelajar Perempuan Taiwan Tidak Menukarkan Contact Lens Selama 6 bulan dan menyebabkan hampir buta

PELAJAR PEREMPUAN TAIWAN TIDAK MENUKARKAN CONTACT LENS SELAMA 6 BULAN DAN MENYEBABKANNYA HAMPIR BUTA       Seorang pelajar di Taiwan hampir buta akibat tidak menukar kanta lekap (contact lens) beliau selama enam bulan.   Akhirnya dijangkiti  Acanthamoebic Keratitis yang menyebabkannya hampir buta.  Acanthamoebic Keratitis menyebabkan rasa kesakitan, kemerahan dalam mata dan penglihatan kabur.   Pelajar Taiwan ini bukan saja tidak tanggalkan kanta lekap beliau selama enam bulan, tetapi juga tidur dan berenang juga. Amoeba ini mungkin berasal dari kolam renang itu.   Ruang di antara kanta lekap dan mata adalah sesuai untuk mikroorganisma anaerob Acanthamoeba yang tidak memerlukan oksigen untuk membiak, dan menjadikan kornea sebagai makanan mereka.   Acanthamoeba sebenarnya tidak merosakkan lapisan cornea. Ia makan bakteria yang hidup pada lapisan itu setelah lensa lekap itu tidak ditukar pada jangka ... Read More »

Pterygium Selaput pada Mata.

      Pterygium berlaku apabila terdapat satu lapisan selaput pada mata. Ia bukanlah penyakit yang berbahaya namun boleh menghalang penglihatan seseorang apabila selaput itu mula menutupi anak mata (pupil).   Pterygium biasanya berbentuk selaput segi tiga atau di mana hujung segi tiga ini menuju ke bahagian tengah mata.   Ia berlaku secara perlahan-lahan, dan selaput ini semakin mengeras. Ini dinamakan selaput yang matang.   Punca yang menyebabkan terjadinya pterygium masih tidak diketahui dengan pasti, dan selalu berlaku pada pekerja yang berada di bawah cahaya matahari yang mengandungi sinar ultraviolet (UV), atau pekerja di kawasan yang berhabuk atau penunggang motorsikal yang tidak memakai cermin mata menyebabkan matanya kering.   Oleh itu bagi mengelakkan terjadinya pterygium, pekerja yang bekerja di bawah terik matahari dinasihatkan memakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan ... Read More »

Mata Bayi Kerap Berair

  ‘Salam doktor,  saya ada bayi  berumur 3 bulan, Masalahnya dia mengalami  mata sebelah kanan yang sentiasa  berair. Saya sudah berjumpa dengan doktor tetapi  dia memberikan  ubat mata saja, tetapi  sampai sekarang pun lagi mata dia masih  berair. Ada cara lain untuk menguraangkan mata berair mata bayi saya? “ Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam. Anak puan mengalami satu masalah salur air mata yang tersumbat, yang dikenali sebagai “blocked nasolacrimal duct”. Terdapat salur-salur halus di bahagian tepi mata, yang menyalurkan air mata ke dalam rongga hidung. Kadangkala, salur-salur ini tidak terbuka sepenuhnya, atau tersumbat, terutama di kalangan bayi baru lahir. Ini menyebabkan air mata berkumpul di dalam mata, dan mata kelihatan berair. Apabila air mata tidak mengalir dengan biasa, air yang bertadah ini boleh dijangkiti kuman, dan menyebabkan terbentuknya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!