Advertorial
Home » Tag Archives: bengkak payudara

Tag Archives: bengkak payudara

Adakah saya hamil?

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera.  Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda.   Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil.   Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan air kencing, darah dan ultrasound.   Masalah yang seperti puan rasakan hanya tanda-tanda yang menunjukkan puan MUNGKIN hamil saja.   Beberapa jenis penyakit ... Read More »

Demam Ketika Dalam Pantang Bersalin

Ramai yang menyangkakan bahawa demam ketika dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak adalah proses fisiologi yang biasa. Saya dapati ramai yang hanya membeli ubat panadol di farmasi dan tidak datang untuk melakukan pemeriksaan sehinggalah mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu atau mengalami demam yang terlalu tinggi. Demam dalam ‘tempoh pantang’ ini adakalanya merbahaya jika ia adalah sebahagian kesan komplikasi proses melahirkan anak. Di bandar-bandar besar di mana kemudahan kesihatan mudah didapati, selalunya wanita yang demam sebegini dapat dirawat segera. Namun bagi wanita yang tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari kemudahan kesihatan, demam sebegini boleh membawa maut. Demam dan rasa sakit ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh berlaku ketika proses kelahiran sama ada kelahiran normal melalui faraj (vaginal delivery) atau secara pembedahan Cesarean. Ia juga boleh ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!