Advertorial
Home » Tag Archives: be parent

Tag Archives: be parent

Air Mani Cair

  “Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair. Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau? Mohon pencerahan. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Mungkin terma yang sesuai digunakan oleh doctor itu ialah “oligozoospermia”, iaitu  merujuk kepada kepekatan air mani dengan kepekatan yang rendah. Dalam bahasa mudahnya mungkin disebut sebagai air mani yang cair.   Ologosperma akan menyebabkan seorang suami akan mengalami masalah  kesuburan, selalunya mengambil masa yang ... Read More »

Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih

  “Assalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya.  Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya berusia 12 minggu. Sehingga saat ini, walaupun hamper setahun, saya berasa sangat sedih. Mohon nasihat doctor”   Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan kehilangan yang puan alami dan percaya, ALLAH memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNYA walaupun ia kelihatan merugikan kita.   ALLAH SWT pasti menguji setiap manusia yang mendakwa mereka muslim yang beriman. Tujuan diadakan ujian ini bagi membezakan mana di antara manusia yang benar-benar beriman dengan manusia yang hanya mengaku beriman.   Setiap pinjaman berupa ... Read More »

Keguguran Tanpa Disedari

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Gambar yang puan sertakan kelihatan seperti janin atau dipanggil “product of conception”.  Ia masih di peringkat seketul darah beku.   Ia diterangkan secara jelas dalam Penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14. Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku ... Read More »

Air Mani Warna Kuning

      “Assalam mu alaikum Dr Zubaidi, saya ingin bertanya apakah warna sebenar air mani? Adakah putih susu atau kekuningan. Untuk makluman doctor, air mani saya agak kekuningan. Adakah ia menghalang peluang saya untuk mempunyai anak?”   Wa alaikum mus salam.   Air mani adalah cecair yang membawa sperma bersama nutrisi yang diperlukan oleh sperma di sepanjang perjalanan untuk disenyawakan.   Warna air mani yang normal ialah jernih keputihan dan adakalanya kelihatan sedikit kelabu.   Antara punca warna air mani menjadi kuning ialah pemakanan yang mengandungi banyak sulphur seperti bawang putih dan bawang merah. Ia dapat diatasi dengan meminum air yang secukupnya. Dalam hal ini ia bukanlah suatu penyakit.   Air mani yang disimpan terlalu lama dalam testikel (kerandung zakar) juga akan bertukar warna menjadi kekuningan. Apabila beberapa kali ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!